Part 19

1K 84 6
                                    

Kepala Frostfire tergeleng melihat Gempa yang makan begitu lahap sekali. Sudah tidak pandang kiri dan kanan.

"Makan tu perlahan lah, tak ada orang yang nak ambil makanan kamu lah. Nanti tercekik baru tahu." tegur Frostfire.

Gempa hanya mengerlingkan mata, tidak pula menyahut. Dia mengunyah roti berperisa coklat itu dan ditelan. Dengan tidak malunya dia sendawa.

Sekali lagi Frostfire menggeleng kepala dengan tingkah tidak senonoh Gempa itu. Nasib baik comel, kalau tidak sudah di lepuknya mulut budak itu. Senonoh sangat.

"Kenyang, thanks cikgu sebab belanja! Jimat duit poket saya muehehe."

"Yelah. Dah makan kan? So, pergi sambung denda kamu."

"Alaaa... Nak rehat, saya penat cikgu. Kasihani lah seme cikgu ni."

Frostfire smirk. "Tak nak buat eh? Tak apa."

Frostfire mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mengetik sesuatu di skrin telefon, tidak lama kemudian terdengar seperti deringan telefon. Frostfire membuat panggilan pada seseorang.

Gempa sudah waswas, takut juga jikalau lelaki itu menghubungi keluarganya. Sudahlah mamanya garang mengalahkan singa, bapa singa pun dia main libas saja asalkan dia puas. Lol.

"Mana budak tu?!"

Kening Gempa berkerut bila mendengar suara lelaki. Suara itu sepertinya dia kenal tapi di mana ya?

Frostfire mengerling ke arah Gempa di hadapannya, lalu dia menghala telefonnya mengarah pada Gempa.

"Tu dia mommy."

"Gempa!!"

Melompat Gempa dibuatnya akibat terperanjat dengan jeritan yang berasal dari panggilan video itu. Terpapar wajah Ice di skrin telefon Frostfire. Dia telan liur yang terasa kesat, bila mendapat renungan membunuh dari lelaki separuh baya itu.

"Ha..hai mommy.. Mommy sihat? Hehehehe.."

Tangan Gempa terlambai spontan.

"Hai atas dahi kamu! Frosty kata kamu nakal di sekolah, tak nak dengar kata dia betul ke?! Budak ni, nasib baik kamu tak ada depan mata kalau tak dah lama telinga tu mommy pulas biar jadi capang!"

Gempa meringis. Dia pegang telinganya, boleh dibayang macam mana telinganya yang akan dipulas nanti. Seram juga bakal mak mertuanya. Sudah macam mak-mak tiri sahaja.

"Hehehehe, mana ada mommy. Cikgu Frosty tu aje buat cerita, Gem mana nakal mommy. Tch, tak sangka yang cikgu Frosty akan mengadu kat mommy. Dasar anak mak." kata Gempa, terselit sedikit perlian.

Frostfire yang mendengarkan itu sudah menjegilkan biji mata. Mulut budak tu, tiada insurans betul. Salah ke dia jadi anak mak?

"Memang anak mak pun budak huduh tu. Tahu nak berkepit bawa ketiak mommy aje."

Ice dan Gempa ketawa, yang paling keras sekali adalah Gempa.

Frostfire sudah tarik muka bila mendengar hinaan maknya padanya. Bapak kejam.

"Mommy kejam! Dah jatuhkan maruah Frosty!" rajuk Frostfire, masam wajahnya. Dia menjeling ke arah Gempa yang seronok mentertawakan dirinya itu. Hilang sejenak sifat coolnya yang selama ini dia sanjung, bila sudah berhadapan dengan maknya. Tahu nak membulinya sahaja.

"Sudahlah, mommy nak kemas rumah ni. Kamu Gempa, datang lah rumah. Dah lama kamu tak datang."

Gempa tersenyum manis.

"Boleh aje, tapi tulah anak mommy kedekut nak bawa Gem ke sana. Dia kata Gem akan hasut mommy jadi nakal."

Bulat mata Frostfire mendengarkan itu. Dia tenung tajam wajah selamba Gempa itu. Bila masa dia mengatakan itu? Rasanya dia tidak pernah berkata begitu, itu fitnah!

"Apa?! Frostfire!!"

Kini Frostfire pula yang diomel berbakul-bakul oleh Ice. Si anak hanya mampu menadah telinga. Dalam hatinya sudah berbakul nama kandang yang dia sebut.

"Sudahlah mommy, dah macam nenek sihir bila mommy membebel. Tahi telinga Frosty dah nak cair dah ni. Bye mommy!"

"Dasar anak durhaka!"

Frostfire terus mematikan panggilan video tersebut sebelum Ice makin melarat membebel padanya.

Frostfire berkalih pandang, bila mendengar suara gelak yang berasal dari Gempa.

"Hahaha, dasar takut mak."

Jelingan maut diberikan pada Gempa. Malu pula dia bila sifat yang tidak pernah ditunjukkan pada sesiapa kini sudah diketahui oleh budak nakal itu. Mana dia nak sorok mukanya yang hensem melebih Charlie Puth itu?

"Diamlah budak nakal, lepuk kang."




















Tbc...

My Naughty Student (FrostGem) [C]√Where stories live. Discover now