Part 23

900 69 5
                                    

"Macam tulah mommy."

"Oh, macam tu ya? Tak apa. Nanti tau lah mommy nak ajar si mesum siluman ayam tu. Tapi, mommy nak kasi tips yang bernas kat kamu Gem."

"Apa mommy?"

Gempa membetulkan posisi duduknya diatas katil, dia memeluk bantal golek. Dia menunggu si bakal mertuanya bersuara di hujung talian. Ya, dia dengan Ice sedang membuat panggilan. Gempa sempat mengadu pada Ice tentang kelakuan curang si anak manjanya itu.

Habis sebakul jugalah si Ice membebel. Nasib tidak berair tahi telinganya. Sabar sahaja.

"Hmmm, cuba kamu jauhkan diri kamu dengan dia. Buat dia yang terkejar-kejarkan kamu, biar dia rasa pula macam mana nak hargai orang yang selalu kejar dia tu. Amacam?"

"Menjadi ke mommy?"

"Belum cuba belum tau kan? Lagipun, pada zaman muda mommy dulu pun hmm lebih kurang dengan kamu lah. Perangai Frostfire sama aje dengan bapaknya tu. Dasar bapak ayam, tahunya nak berkokok aje kalau jumpa betina."

Gempa tergelak terbahak-bahak, pandai juga bakal mertuanya melawak eh? Ingatkan tahu nak membebel dan serius saja memanjang. Boleh tahan juga...

"Tak apa lah Gem, si bapak ayam tu dah memanggil. Ajak tido.. Kamu tu jangan nak membuta pula memalam, kamu kena ingat kamu tu kejap lagi nak exam besar. Nanti dapat result teruk macam mana? Belajar bersungguh-sungguh, jangan nak main aje kerja. Main-main juga, pelajaran jangan sampai digantung sepi. Faham bakal menantuku sayang?"

"Iyalah mommy sayang, okeylah mommy kita berbual lain kali lah pula. Pergilah kat daddy tu, nanti merajuk pula orang tua tu kang masuk kandang ayam malam ni. Bubye mommy, goodnight!"

"Hm yelah, goodnight too."

Panggilan dimatikan seusai berbalas salam. Gempa mencampak telefonnya di tilam sebelahnya lalu dia menjatuhkan tubuhnya ke tilam. Siling bilik menjadi santapan matanya.

"Frostfire.. Betul ke aku ni bukan taste dia? Teruk sangatkah perangai aku? Hodoh ke aku? Ke ideal type dia seperti pompuan lintah tu? Hmmm.. Kalau betul, perlu ke aku move on?"

Gempa memeluk erat bantal golek miliknya. Wajahnya dibenamkan pada bantal tersebut. Tidak lama setelah itu, terdengar dengkuran halus berasal daripadanya. Gempa tertidur dengan fikiran yang bercelaru memikirkan pelbagai masalah.





















Tbc....

Fyi, ff ni otw nak habis... Stay tuned guys. (^.^)

My Naughty Student (FrostGem) [C]√Where stories live. Discover now