Part 29

1K 78 55
                                    

Beberapa tahun kemudian...

Gempa memeluk gulungan Ijazah, dia tersenyum lebar. Gembira hatinya, kerana dia berjaya menghabiskan zaman belajarnya dengan keputusan yang dapat membanggakan kedua ibu bapanya. Dia membetulkan topi berbentuk segiempat berwarna hitam dengan jalur line kuning yang terpasang di atas kepalanya.

"Tahniah korang, aku tak percaya yang kita akhirnya tamat juga daripada menghadap hal-hal berbauk buku dan exam yang memeningkan. Dan yang paling aku tak sangka, kita bertiga yang dulunya nakal kini berjaya juga akhirnya."

Gempa memandang kedua kawannya, Taufan dan Thorn. Mereka bertiga saling membalas senyuman.

"Tulah. Aku harap lepasni kita tak akan berpecah. Aku nak kita selalu bersama walaupun lepasni kita akan bawa haluan masing-masing. Jangan lupa dengan persahabatan kita ya?"

"Yup!! TTG tetap di hati!!"

"Hidup Trio Terung Goyang! Ayeee!!"

Mereka bertiga saling berpelukan dan berpusing-pusing di tengah dewan itu. Pemandangan mata orang yang berada disitu, tidak mereka hiraukan.

"Okeylah, korang. Aku nak pergi kat parents aku. Jumpa nanti ya! Nanti kita celebrate bersama!!"

"Otey!!!"

•••••

"Ha how you like that. That, that, that.. Badabing badaboom boom!"

Gempa menuruni anak tangga sambil bersenandung riang. Dia mengedarkan pandangan matanya sekeliling ruang rumahnya, mencari kelibat kedua ibu bapanya.

"Mama? Papa? Yuhu!!! Mama ku bucuk-bucuk dan papa ku kereput-kereput..aduh!"

Gempa mengaduh sakit bila kepalanya terkena balingan sendok terbang daripada mamanya. Sendok itu berasal dari dapur, tidak lama kemudian keluarlah orang yang dicari-carinya sebentar tadi.

"Amboi... Amboi.. Amboi.. Sedap betul kata kita busuk, ingat kamu tu wangi sangat? Dah meh tolong mama masak, kalau tak jangan harap mama nak kasi kamu makan free." Kata si ibu dengan nada mengugut.

Gempa tersengih, sambil mengusap kepalanya. Sakit kut kena baling dengan sendok.

"Yelah! Tapi kan mama, kejap lagi Gem nak keluar boleh? Nak jumpa geng TTG. Boleh eh mama?"

"Yelah, tapi jangan balik lambat sangat."

"Otey mamaku sayang! Mumuah!"

•••••

"Jadi kau dah minta mana-mana syarikat untuk bekerja?"

Thorn buka suara selepas menyisip segelas air Green Tea Ice. Anak matanya memainkan peranan, menatap kedua kawannya.

"Dah, semua syarikat dah aku minta. Tunggu panggilan telefon dari mereka aje, tu pun aku tak pasti dapat ke tidak. Korang pula?" kata Gempa.

"Aku dah dapat, esok aku akan pergi interview kat salah satu syarikat ni. Syarikat ni famous juga."

"Aku pun sama Fan, tapi aku dapat syarikat permodelan."

Taufan dan Gempa memandang Thorn dengan tatapan tidak percaya. Kawan mereka dapat tawaran jadi model? Wahh!

"Wahh! Tak ku sangat kau akan jadi model! Wahh, kawan kita jadi model lah lepasni Gem! Cayalah!" seru Taufan sambil menepuk meja di hadapannya. Gempa mengangguk setuju.

Thorn pula sudah tersenyum malu. Pipinya yang tidak gatal digarunya perlahan.

"Hehehe.. Biasa ajelah. Tu pun belum tentu aku dapat terima nanti." Kata Thorn merendahkan dirinya.

My Naughty Student (FrostGem) [C]√Where stories live. Discover now