Part 17

1K 82 7
                                    

"Cikgu nak kamu semua kecuali Gempa, boleh rehat sekarang."

"Apa?! Apa ni cikgu!!"

Gempa menghentak meja belajarnya, anak matanya merenung tidak puas hati dengan ucapan Frostfire sebentar tadi. Kenapa yang lain boleh rehat sedangkan dia tidak? Ini tidak adil!

Frostfire hanya membalas pandangan mata Gempa dengan tatapan datar.

"Kamu semua boleh keluar, kecuali seme jadian itu."

Semua pelajar berdesup keluar kecuali duo T. Mereka berdua memandang simpati pada kawannya.

"Cikgu kenapa Gempa tak boleh rehat?" soal Taufan, Thorn mengangguk. Dia pandang wajah cemberut Gempa. Alahai kesian pula dianya.

"Sebab dia ada denda yang harus dijalankan, sudahlah kamu berdua pergi rehat."

"Fanfan, Thotho help Gemgem..."

Duo T itu serba salah melihat wajah suram kawan mereka, lalu wajah cikgu Frostfire mereka pandang. Cikgu muda itu buat bahasa isyarat, menyuruh mereka berdua bergegas pergi dengan wajah tegas.

"Maaf Gem, kami tak boleh tolong kau. Kami pergi dulu, jangan risau kitorang beli makanan kegemaran kau ya? Bye Gem! Selamat menikmati hukuman kau!"

Duo T itu tersenyum penuh makna dan berlari keluar kelas selepas melihat Gempa seperti ingin membaling meja belajar pada mereka berdua.

"Ehem.. Follow me."

"Apa cikgu nak ha? Saya tak ada buat salah pun! Cikgu ni sejak masuk sekolah ni, tau nak cari gaduh dengan saya.."

"Bukan kamu ke yang start dulu? Nak cari attention dari saya kan? Dasar genit."

Gempa menjeling maut. "Perasan! Tak ada maknanya lah! Siapa nak sangat attention dari dia! Puih!"

Gempa menjelirkan lidahnya pada Frostfire.

Frostfire berdecak kesal dengan respon biadap dari budak genit itu.

"Sudah! Ikut saya sekarang!"

"Tak nak!!"

"Ikut!"

"Tak nak!! Cikgu siapa nak arahkan saya? Isteri saya ke?"

Terhambur gelak Frostfire mendengarkan itu. Isteri katanya? Masih tak sedar diri rupanya budak genit tu.

"Sudah! Ikut sekarang, sebelum hukuman kamu bertambah."

"Tapi apa salah saya?!"

Keluhan terluah dari Frostfire, penat melawan kata dengan budak keras kepala itu. Apa salah dia sampai, dia berjumpa dengan budak yang begitu degil sekali.

"Apa salah kamu? Tadi kamu datang lambat kan? Dan kamu lari dari denda kamu, so cikgu nak kamu buat denda kamu sekarang!"

"Tapi saya lapar cikgu!! Saya ada gastrik tau, kalau saya mati macam mana? Cikgu nak tanggungjawab?"

Frostfire ketap bibir. Budak ni, banyak betul putar belitnya. Suka buat alasan.

"Betul kamu ada gastrik?"

Gempa mengangguk laju, dengan wajah seperti ada harapan untuk lari dari dendanya.

"Ya! Kalau cikgu tak percaya, cikgu pergilah tanya cikgu yang bertugas di bilik kesihatan. Saya dah beberapa kali masuk ke sana tau."

"Okey, saya masih ragu-ragu dengan kamu so saya akan ambil tahu nanti. Kalau kamu tipu siaplah. Sekarang gastrik ke tidak, denda tetap denda!"

"Barbie cikgu."

"Apa kamu kata?"

"Barbie."

"Budak ni, kamu pun barbie."


















Tbc....

My Naughty Student (FrostGem) [C]√Where stories live. Discover now