Part 34

1.1K 64 23
                                    

Frostfire tersengih-sengih, apabila mendapat renungan maut daripada Gempa sambil itu dia mendukung seorang bayi kecil. Berjantina lelaki.

"Korang berdua ni kenapa?" dua ahli keluarga mereka memandang pelik, pada pasangan suami isteri yang baru sahaja menimbang cahaya mata yang pertama.

Gempa merengus. "Betul lah mommy cakap, si anak mommy ni kalau bab buat anak laju aje tapi kalau bab yang lain slow pula dia. Mesum macam daddy dia."

Blaze menunjuk dirinya apabila mendengar leteran Gempa yang tidak puas hati itu. Anak dia yang salah, dia pula yang kena sekali. Sabar sahaja lah dapat menantu bermulut laser. Sama laser dengan mulut isterinya. Pedas.

Frostfire hanya tersenyum malu apabila semua mata memandang ke arahnya dengan pelbagai ekspresi muka. Yang ketara sekali adalah Ice.

Ice segera menjentik cuping telinga Frostfire, ringisan pelan keluar dari belah bibir Frostfire.

"Sakitlah mommy..."

"Dah tu gatal lagi. Mehh sini cucu nenek." kata Ice seraya merampas bayi kecil daripada Frostfire.

Frostfire merengus.

"Cucu nenek comel aje, apa nama dia yang korang nak kasi?" soal Puan Lily.

Semua memandang ke arah dua pasangan suami isteri itu. Mahu tahu nama apa yang akan di kasi oleh mereka berdua.

Frostfire dan Gempa berpandangan, lalu mereka berdua tersenyum lebar.

"Nama dia Flint."

•••••

Beberapa minggu kemudian..

"Awak makan dulu, Flint biar saya yang jaga."

Frostfire ingin mengambil Flint daripada dukungan Gempa, seusai Gempa membancuh susu botol untuk si anak. Namun perbuatannya di halang oleh Gempa.

"Tak apa, awak makan dulu. Saya nak bagi budak ni susu. Kasihan dia lapar."

"Tapi.."

"Makan Frostfire." apabila Gempa sudah memanggil nama panjangnya, bermakna Gempa tidak menerima bantahan.

"Fine, tapi saya suapkan awak ya? Saya tak suka makan sendiri. Okey Gemmy?"

"Yelah."

Gempa mengambil tempat duduk di sebelah Frostfire. Dia menaruh puting botol susu pada mulut kecil Flint. Laju sahaja budak kecil itu menghisap botol susu itu. Lapar betul.

"Nahh."

Gempa membuka mulutnya untuk menerima suapan daripada suaminya. Dia mengunyah perlahan nasi putih berlaukkan sup ayam.

"Gem.."

"Ya?"

"Ada niat nak buat adik untuk Flint?"

Mata Gempa membulat, dia pandang Frostfire yang sudah tersengih-sengih.

"Oit! Dasar mesum! Yang ni pun belum besar lagi, baru 3 minggu keluar dah nak buat adik dia? Otak tu tau nak.. Hmph! Malas layan."

"Alah, saya gurau aje lah. Jangan lah marah."

Gempa menjeling dengan wajah cemberut. Dasar suami mesum. Itu saja yang dia fikir, tak ada benda lain ke?



















Tbc...

Otw ending. ... 😚

My Naughty Student (FrostGem) [C]√Where stories live. Discover now