Part 8

1K 80 16
                                    

"Berikan maksud dari perkataan butterfly."

"Saya cikgu! Maksud butterfly, ialah mentega terbang!"

Semua pelajar kelas 5 Indah menoleh ke arah Gempa selepas mendengar jawapan daripada lelaki itu, mereka semua menghamburkan gelak terbahak-bahak.

Cikgu Anis yang mengajar bahasa English hanya mampu menggelengkan kepala.

"Salah! Kamu berdiri luar kelas dengan kaki diangkat satu dan kedua belah telinga dipegang."

Gempa mencebik, dengan riang dia berlalu keluar kelas.

"Kejap pakai ni dulu." Cikgu Anis menghentikan langkah Gempa, dia mendekati pelajarnya itu lalu dia menampalkan sehelai kertas didada Gempa.

"Saya budak nakal? Apa ni cikgu!" protes Gempa bila melihat tulisan yang besar terlakar indah di permukaan kertas yang Cikgu Anis tampalkan padanya.

"Sudah pergi!" arah cikgu Anis.

"Bersabarlah wahai kawan." laung Taufan dan Thorn atas penderitaan kawannya itu.

Gempa menjeling sambil menghentak kakinya lantas dia berlalu keluar kelas.

Gempa memegang kedua cuping telinganya dan kaki kanannya diangkat.

"Tak guna punya cikgu, aku balas nanti. Tunggulah." bisik Gempa.

"Oit, budak nakal kena denda ke?"

Kepala Gempa terdongak, dia memandang kelas sebelahnya. Dia melihat Halilintar dan Solar tengah mentertawakan dirinya yang malang itu. Gempa memberi jelingan maut.

"Wahh! Jelingan matanya membuatkan tulang rusukku bergetar."

Halilintar dan Solar bertepuk tangan dengan gelak jahat, bila melihat wajah masam mencuka Gempa.

"Tsk! Dua malaun tu, berani betul perli aku ya? Tak apa, tak apa. Ada hari ada batas suatu hari nanti aku balas." gumam Gempa geram.

"Saya budak nakal ya?"

Gempa menoleh pada suara yang seperti familiar di pendengarannya. Tidak lama kemudian dia hanya menjeling malas bila mendapati Frostfire yang sedang memeluk tubuh di muka pintu kelas sebelah.

"Sibuk aje." cebik Gempa. Tubuhnya sedikit bergerak-gerak kerana tidak seimbang. Bibirnya digigit kuat bila terasa kaki kirinya mula kebas kerana menahan beban.

"Cikgu rasa dah beri amaran kat kamu kelmarin. Kamu lupa ya?" Frostfire tersenyum kecil, dengan kening dijongket tinggi.

Gempa tidak menjawab bahkan menoleh untuk memandang wajah guru muda itu. Baginya hanya buang masa sahaja melayan guru muda itu.

"Hei budak seme jadian yang nakal, mogok bercakap ke? Atau dah bisu?"

"Diamlah! Bising aje, Gemgem tengah badmood ni jangan kacau!" marah Gempa dengan wajah cemberut.

"Fine. Cikgu pun tak nak kacau orang yang datang angin kus-kus ni. Bye." kata Frostfire selamba lantas dia masuk ke dalam kelasnya kembali.

Gempa merengus. "Sibuk aje nak kacau orang."

•••••

Gempa menyisip air kotak yang berperisa susu pisang, setelah habis minum dia meniup kotak air itu sehingga mengembung lantas kotak air kosong itu diletakkan di bawah kakinya. Kotak air itu Gempa pijak dengan kuat sehingga meletup.

"Opocot hantu kak limah balik rumah!" latah seseorang kerana terkejut.

Gempa menoleh ke belakang bila mendengar latahan seseorang. Dia mendapati Frostfire sedang mengusap dada sambil memungut kertas yang terjatuh kerana perbuatannya.

My Naughty Student (FrostGem) [C]√Where stories live. Discover now