Part 28

1K 75 21
                                    

Beberapa hari kemudian...

Anak mata Frostfire memandang segenap kelas 5 Indah, dia mengeluh kecil bila mendapati Gempa tidak hadir pada hari itu.

"Gempa tak datang? Padahal ni last day aku. Dia memang nak jauhkan diri dari aku ke? Tapi perlu ke dia buat aku sampai macam ni sekali?" bisik Frostfire lirih.

Taufan dan Thorn yang perasan akan kegelisahan Frostfire, saling membalas pandangan mata.

"Cikgu Frosty kenapa? Dia nampak muram aje?" soal Thorn pada Taufan.

"Mungkin ada berkaitan dengan Gempa." bisik Taufan.

"Cikgu Frosty!"

Frostfire mengangkat wajah bila ada yang memanggilnya.

"Ya?"

"Kita tak ke padang ke cikgu?"

Frostfire tersenyum. "Tak, harini cikgu nak kita lepak kat kelas. Cikgu nak buat kenangan dengan korang, memandangkan harini adalah hari last cikgu berada di sini."

Suasana kelas yang tadinya sedikit bising mula sepi bila mendengar ucapan Frostfire. Mata Taufan dan Thorn membulat.

"Maksud cikgu? Masa praktikal cikgu dah habis? Maknanya cikgu akan tinggalkan kami?"

Frostfire tersenyum kecil. "Ya, macam tu lah. Kerana ni last day cikgu di sini, cikgu nak belanja korang semua makan kat kantin. Korang makan aje apa, biar cikgu bayar. Okey?"

"Wahh! Terima kasih cikgu!" sorak mereka tapi tidak dengan Taufan dan Thorn.

"Fan, macam mana ni? Perlu ke kita beritahu Gempa?" bisik Thorn.

Taufan hanya diam, tidak tahu hendak berkata apa.

"Aku tak tau Thorn. Kenapa dia tak datang sekolah ha, dia memang bertekad nak jauhkan diri dari cikgu Frosty ke? Sengal punya budak."

"Aku rasa dia memang nak mengelat daripada cikgu Frosty."

Taufan dan Thorn berbalas pandangan mata.

"Kemungkinan, ya."

"Ehem. Taufan, Thorn boleh saya nak bercakap dengan kamu berdua?"

Kedua remaja itu mendongakkan kepala. Mereka berdua memandang Frostfire yang masa bila sudah berdiri di hadapan mereka.

"Boleh."

Frostfire tersenyum. "Boleh tak kamu beritahu Gempa untuk jumpa saya di..."

•••••

"Betul ni, kamu tak nak daddy dan mommy hantar sampai ke lapangan terbang?"

Frostfire mengangguk kepala dengan senyum tipis. Rasa sedih pula bila mengingatkan yang dia akan berpisah dengan kedua ibu bapanya, dalam kurun waktu yang agak lama.

"Ya mommy, daddy. Frosty tak nak susahkan korang berdua. Lagipun dah malam, Frosty dah tempah taksi. Kejap lagi maybe pakcik taksi sampai."

Ice memandang wajah anak terunanya, tubuh tegap si anak tunggalnya dipeluk erat. Frostfire membalas pelukan si ibunya. Perasaan sebak mula hinggap didadanya.

"Ingat, duduk di negara orang. Jaga adab okey? Jaga diri kamu juga dan jangan nak menggatal, belajar tu biar bersungguh-sungguh. Kalau ada masa call kami ya? Kami akan rindukan kamu sayang."

"Ya mommy. Frosty ingat pesanan mommy. Frosty pun sayang mommy dan daddy. Doakan Frosty selamat sampai kat sana."

"Ya."

Dua beranak itu meleraikan pelukan, Ice mengusap birai matanya yang basah itu. Blaze hanya tersenyum, dia mengusap kepala Ice lalu beralih pada Frostfire.

My Naughty Student (FrostGem) [C]√Where stories live. Discover now