Part 12

1K 76 10
                                    

Beberapa hari kemudian..

Gempa menongkat wajahnya di atas meja, sambil memandang Frostfire yang sedang mengajar bahasa matematik. Relief.

"Semua sudah faham?" soal Frostfire pada anak didiknya.

"Faham cikgu!"

"Tapi saya tak faham cikgu!" semua mata tertumpu pada Gempa yang duduk di meja paling belakang.

"Apa yang kamu tak faham?"

"Saya tak faham kenapa hati saya selalu berdegup kencang bila terpandang wajah cikgu yang hemsem nak mati tu. Aduhai labu.."

"Cia cia cia!" sahut para pelajar kelas 5 Indah dengan siulan mengusik.

Frostfire memandang Gempa yang tersengih polos itu dengan wajah datar.

"Ohya ke? Terima kasihlah. Ada lagi?" sindir Frostfire.

"Ada!"

"Apa lagi?"

Gempa bangun dari duduk, dia membuat mini love dengan menggunakan jarinya.

"Apa lagi ku sayang padamu cikgu Frosty!"

"Pewitt!! Cia!"

Kepala Frostfire tergeleng mendengar pickupline Gempa itu. Dasar budak genit.

"Kamu ni memang susahlah."

Kening Gempa terangkat. "Susah apa?"

"Susah nak difahami, rasanya cikgu nak campak awak ke dalam lautan cinta yang penuh duri."

Para pelajar menghamburkan tawa mendengar balasan dari Frostfire. Manakala Gempa merengus geram.

"Cikgu lagi susah tau tak!"

"Apa?"

"Susah untuk saya lupakan wajah cikgu yang hemsem itu."

Gempa tersengih sambil melempar flying kiss pada Frostfire namun cikgu muda itu menepis selamba seolah tidak mahu menerima ciuman terbang dari remaja nakal itu.

"Oh yeke? Saya memang hensem dari perut mak saya lagi. Kamu baru tahu ke?" balas Frostfire dengan senyum sinis. Rambut pendeknya dilibas kebelakang.

Tercenggang pelajar di kelas 5 Indah itu dengan aksi diva cikgu muda itu. Setelah itu mereka ketawa.

Gempa mencebik. "Cikgu ni, tak penat ke?"

"Penat? Penat layan perangai seme jadian kamu tu?"

"Hahahah!" satu kelas itu ketawa terbahak-bahak. Bahkan Taufan dan Thorn sudah berguling-guling di atas lantai kelas mentertawakan kawan mereka yang kena smash dengan cikgu Frostfire. Terdiam terus si montel nakal itu.

Gempa mengembungkan pipinya. Kesal. Dia menjeling maut pada kedua kawannya bahkan Frostfire pun dia jeling.

"Bukan tu lah!"

"Habistu?"

"Hm, cikgu rambut cikgu cantiklah. Tapi sayang..."

Frostfire mengerutkan dahi, dia pandang Gempa sejurus menyebak rambut lebatnya ke belakang. Perbuatannya itu, mengundang jeritan histeria dari anak muridnya.

"Kenapa sayang?"

"Oh akhirnya cikgu panggil saya sayang! Ehek, saya pun sayang cikgu. Mumuah!" Gempa sengih sambil mengenyit sebelah matanya. Genit betul.

Frostfire mendengus halus. Ingatkan apa lah tadi.. Dia pula yang terkena. Sabar ajelah.

"Sudah! Kamu ni makin merepek aje. Dahlah, waktu relief saya dah habis. Korang semua jangan bising, kelas sebelah nak belajar. Faham!"

My Naughty Student (FrostGem) [C]√Where stories live. Discover now