Part 15

1K 82 12
                                    

Frostfire mencampak tubuhnya ke atas katil, tangan kanannya dia selitkan di bawah kepalanya manakala tangan kiri pula dia letakkan di atas dahinya.

Siling bilik dia tenung, keluhan berat terluah dari belah bibirnya.

"Apa aku nak jawab nanti kalau mommy tahu yang aku dah lecehkan anak murid sendiri, Gempa pula tu. Dahlah mommy dengan budak tu dah satu kepala. Kalau daddy pula.. Hmmm, baik tak payah. Makin di sokong pula dia nanti."

"Tapi aku tak salah kan? Dah budak tu nakal, setimpal lah dengan apa yang dia buat hari tu.."

Rambutnya yang rapi kini mula kusut bila dia meramas dan di tarik.

"Ha.. Kenapa aku rasa tak sedap hati ha?"

Frostfire bangun dari pembaringannya, dia menoleh ke tepi dan apa yang dia dapat adalah mommynya sedang berdiri di muka pintu biliknya dengan rotan buluh ada di tangannya. Liurnya sampai tidak tertelan melihat wajah garang mommynya.

"Mommy.."

Berdiri terus Frostfire dari katil, wajahnya sudah memucat.

"Ohhh, mommy tak salah dengarkan tadi yang kamu rogol anak orang. Apa tadi, Gempa? Dah besar sekarang eh, dah pandai buat hal! Kau dengan bapak kau sama aje, dasar kaki buaya laut. Sini kamu!"

"Ampun mommy-auch!"

Frostfire mengerang sakit bila rotan buluh yang di baling oleh Ice mengenai dahi seksinya. Lol.

"Buka seluar kamu tu!"

"Apa?! Tak boleh! Mengarut apa mommy ni!"

"Apa yang mengarutnya? Tak payah nak malu, mommy dah tengoklah dari kamu kecil lagi. Malu konon, buat anak dengan murid sendiri tak malu pula? Buka sekarang!"

Ice memulas telinga Frostfire kuat, buatkan si anak terunanya itu memekik sakit.

"Mommy! Kalau mommy nak tengok, pi tengok yang daddy punya. Harta karun Frosty berharga okey!"

"Buka!!"

Hampir pitam dan gugur jantung Frostfire dengan jeritan membahana Ice. Boleh pekak dia dibuatnya nanti.

"Tapi, bagi sebab dulu!"

Ice memandang Frostfire sinis.

"Mommy nak sunat adik kamu tu, biar tak gatal nak masuk lorong yang salah nanti. Kalau dah masuk lorong tu, adik kamu harus setia!"

"Apa?! Tidak!!"

"Apa yang bising-bising ni?"

Blaze datang selepas mendengar kebisingan dari bilik anak lelakinya.

"Daddy! Tolong ambil singa betina daddy ni, dia nak sunat adik Frosty!"

Blaze buat muka simpati, dia tepuk dada dan tanya pada akal ceteknya. Dan akalnya menolak untuk tolong anaknya, nanti dia pula yang kena baham dengan isterinya sendiri. Dia serik okey.

"Sorry my son, daddy tak boleh tolong. Tapi daddy boleh tolong ucapkan takziah untuk adik kamu tu ya? Semoga berbahagia di alam sana. Paipai!"

Dan setelah itu, Blaze terus melesap dari hadapan bilik Frostfire.

"Daddy!! Dasar daddy takut bini!"

"Tsk! Tak payah nak mengata, kamu juga akan lalui semua itu nanti."

















Tbc...

My Naughty Student (FrostGem) [C]√Where stories live. Discover now