Part 32

1.1K 65 22
                                    

Beberapa bulan kemudian...

"Hati-hati jalan tu, yang laju sangat kenapa? Terberanak kat situ nanti kang!"

Frostfire menegur Gempa yang berjalan begitu laju sekali menuju ke arahnya yang sedang bersantai di ruang tamu. Risau pula dianya, sudahlah perut si isteri membonyot kedepan. Kalau tersalah langkah mahu ke hospital juga budak nakal tu.

"Ishh, orang tau lah. Bising aje." omel Gempa, dia melabuh duduk disebelah Frostfire. Dibetulkan sedikit posisi duduknya, agar lebih selesa. Dia mengadap suaminya.

"Frosty.."

"Ya? Kenapa? Awak sakit ke? Dah nak bersalin ke?" bertalu-talu Frostfire bertanya, tangannya pula menyentuh perut Gempa yang membonyot itu.

Dahi Gempa berkerut. "Bukanlah! Ishh, ke situ pula dia. Saya okey lah, lagipun lambat lagi lah. Lagi seminggu lebih."

"Hm, yelah. Habistu kenapa?"

"Tak ada apa. Saja nak bermanja."

Gempa menjatuhkan kepalanya pada bahu Frostfire seraya memeluk lengan si suami.

Frostfire tersenyum, rambut lebat Gempa yang tampak sedikit memanjang itu diusapnya lembut. Kalau sekilas pandang, seperti perempuan pula dia tengok Gempa. Dengan rambut panjang hampir mencecah ke bahu.

"Rambut awak ni dah panjang sangatlah, tak nak potong ke?"

"Emm, awak nak saya potong ke?"

Frostfire termenung seketika, dia pandang pula rambut Gempa. Cantik aje, kalau Gempa berambut panjang. Ehek nampak ayu... Tapi perangai dia tidak seberapa nak ayu...

"Nanti saya potong lah lepas lahirkan bakal anak kita ni eh? Saya nak awak yang tolong potongkan boleh?"

"Anything for you, my sweety Gemmy."

Gempa tersenyum. "Daddy dan mommy bila nak balik dari Istanbul?"

Bahu Frostfire terjongket, tanda tidak tahu.

"Entah, biarkan diorang. Diorang masih perasan yang diorang tu muda lagi, padahal dah tua. Tua-tua pun nak pergi honeymoon."

Gempa tergelak kecil, pipi Frostfire dicubit geram membuatkan Frostfire mengadu sakit.

"Tak baiklah mengata diorang, biarlah diorang nak bahagia. Awak jeles eh?"

"Mana ada. Kita pun boleh bersweet juga tau. Tapi tulah, awak tengah mengandung sekarang. Kalau tidak, boleh kita honeymoon lagi. Buat projek rumahtangga."

Gempa memandang Frostfire datar, dia menyiku perut Frostfire seraya melepaskan pelukan Frostfire padanya.

"Tch, tu aje yang awak fikir? Patutlah mommy kata yang awak ni mesum tahap tak ingat, perangai macam daddy juga. Gedik!"

Frostfire mencebik. "Alah, saya gedik dengan isteri saya aje. Eleh, kata orang. Awak tu dulu, bukan tergedik-gedik dengan saya ke?"

Frostfire memulangkan paku buah keras. Tepat mengenai hidung Gempa.

Gempa menjeling. "Mengungkit lah tu! Babap kan!"

"Tapi betul kan?" Sakat Frostfire. Suka benar dia melihat wajah masam Gempa.

Gempa merengus.

"Awak tidur luar malam ni!!"

"Apa?! Tidak!!"















Tbc...

Lagi beberapa chapt ff ni mahu tamat... Stay tuned guys! 😘

My Naughty Student (FrostGem) [C]√Where stories live. Discover now