Part 6

1.1K 82 5
                                    

Baca sampai habis ya? Ada scene baru 😂
***

"Membaca, membaca, membaca bersama si pikachu Halilintar. Yehet! Si pikachu Halilintar anaknya bahenol, bahenol yehat!"

Halilintar yang sedang membaca buku, hanya mengerling Gempa yang duduk dihadapannya. Wajahnya datar sahaja.

"Diam boleh tak? Bising aje kau ni, kau tak tau peraturan kat library ke? Tolong senyap." bidas Halilintar.

Mulut Gempa memuncung sedepa.

"Alah, kau ni bosan lah. Layan lah aku ni."

Halilintar berdecit perlahan. "Kau ni, kalau sehari tak usik aku tak boleh ke? Cuba kau pergi kacau orang lain lah."

"Kacau orang lain tak best, kalau kacau orang depan aku ni baru best."

"Whatever." jawab Halilintar acuh. Dia kembali menelaah bukunya.

Gempa tersenyum sinis, dia turun daripada kerusi. Dia merangkak di bawah meja dan keluar di sebelah Halilintar. Dia berdiri di belakang lelaki itu. Gempa menyeluk poket seluar sekolahnya lalu dia mengeluarkan sebiji belon dan jarum.

Belon tersebut ditiupnya, setelah selesai dia meletakkan belon tersebut disamping telinga Halilintar. Dia tersenyum nakal sambil mencucuk belon tersebut dengan menggunakan jarum.

Boom!

"Opocot keboom belon meletop-letop!"

Gempa tergelak terbahak-bahak sambil berguling-guling di atas lantai library apabila mendengar latahan Halilintar.

"Tak guna kau Gempa! Sini kau."

Halilintar menghempas buku yang dia baca di atas meja, dia bangun dan menuju ke arah Gempa yang asyik mentertawakan dirinya sambil berguling di atas lantai.

Halilintar menindih tubuh Gempa, lalu dia mula melancarkan serangan balas dendam. Pipi tembam Gempa dicubit dan digomolnya kasar sehingga membuatkan pipi Gempa kemerahan kerana perbuatannya.

"Sakitlah, lepaskan pipi aku Halilintar! Kau nak pipi aku jadi makin gemuk ke apa, lepaskan." jerit Gempa bila Halilintar tidak berhenti mengomol pipinya.

"Biarkan, jahat lagi." marah Halilintar sambil mencubit pipi Gempa makin kuat.

"Sakitlah wey pikachu! Huargh!"

"Ehem!" dehaman dari seseorang menghentikan aksi Halilintar pada Gempa. Mereka berdua menoleh pada si penganggu.

"Cikgu Frosty?"

"Kamu berdua buat apa ni?" soal Frostfire dengan anak matanya merenung Halilintar tajam lalu beralih pada Gempa yang sedang ditindih oleh Halilintar.

"Err kitorang main gurau-gurau aje. Cikgu jangan salah faham, kan Gempa?"

Gempa mengangguk laju dengan wajah polosnya. "Ya, cikgu. Kita orang main gurau aje. Hehehehe."

Gempa tergelak kecil namun tidak bertahan lama bila menangkap tatapan tajam daripada Frostfire.

"Err.."

"Sudah. Pergi masuk kelas masing-masing. Waktu relief cikgu dengan kelas korang berdua dah habis. So, pergi balik ke kelas, yang lain sudah pun pergi."

"Baik."

•••••

Gempa bersama dua kawannya keluar dari bangunan sekolah dan berjalan beriringan ke stesen bas.

"Korang malam ni jangan lupa lawan mb bang, bang okey?" kata Gempa pada dua rakannya.

Taufan dan Thorn mengangguk kepala dengan senyum lebar.

My Naughty Student (FrostGem) [C]√Where stories live. Discover now