Cermin mata besar di atas meja solek diambil. Senyuman yang lebar terukir di wajah Medina Tasnim. Tubuhnya yang gemuk tidak menjadi masalah untuk dirinya. Dia tahu, rupa paras dan bentuk tubuh yang dimiliki olehnya membuat orang lain tidak mahu berkawan dengannya. Tetapi dia lansung tidak kisah. Mamanya pernah berpesan, rupa paras bukan selamanya. Itulah kata-kata yang sehingga kini dipegang oleh Medina.
"Medina sayang, jom sarapan. " Panggilan dari Puan Roslindah mematikan lamunan Medina dari terus mengelamun. Buku nota dimasukkan kedalam beg sebelum digalas. Tidak dilupakan juga buku diarinya yang berada diatas meja.
Buku itu umpama nyawanya. Setiap detik yang berlaku sepanjang hari akan tertulis didalam buku itu. Sehingga kini, buku diari yang berwarna pink itulah sahabatnya. Segala suka dan duka, pasti akan dikongsikan bersama dengan bukunya. Dia tersenyum manis. Cermin mata sempat dibetulkan.
"Morning mama !" Tubuh Puan Roslindah dipeluk dengan sangat erat. Bagai tidak mahu melepaskannya. Medina Tasnim merupakan anak tunggal Encik Mokhtar dan Puan Roslindah. Jadi dia juga mendapat gelaran anak manja mereka.
"Wah semangat ya nak sekolah." Puan Roslindah mencuit hidung mancung yang dimiliki oleh Medina. Comel sungguh anaknya ini. Medina tersenyum lucu. Roti bakar diambil lalu dikunyah.
"Mestilah mama. Hari pertama sekolah kena lah semangat. Kalau lesu, pelajaran nanti langsung tak masuk. Anak mama ni kan pelajar cemerlang, kena sentiasa happy dan ceria." Puan Roslindah tergelak perlahan mendengar celoteh anaknya ini.
Dia mengusap kepala Medina yang berlapikkan tudung. Puan Roslindah sangat bangga mempunyai anak seperti Medina Tasnim. Walaupun Medina sering dibuli dan diejek, tetapi itu tidak pernah menjadi alasan buat diri Medina untuk terus patah semangat. Malah hari-harinya ditemani dengan senyuman. Tetapi jauh disudut hati seorang ibu, Puan Roslindah tahu anaknya juga inginkan kawan yang mampu mendengar luahan hatinya. Dan dia juga tahu, Medina sedih kerana selalu diejek rupa paras. Bukan dia tidak tahu, Medina selalu menangis didalam bilik ketika pulang dari sekolah pada tahun lepas.
Hatinya ibunya sangat simpati apa yang dihadapi oleh anaknya. Puan Roindah sentiasa mengawal pemakanan Medina. Lansung anaknya tidak membantah. Malah dituruti setiap apa yang diperkatakan.
"Mama, papa mana?" Soalan yang terbit dari mulut Medina mematikan lamunan Puan Roslindah.
"Papa ada meeting sayang. Dia tak dapat nak breakfast sama-sama dengan kita. " Medina hanya menganggukkan kepalanya. Mukanya kelihatan sedih. Sudah dua hari, Encik Mokhtar tidak bersarapan bersama.
"Sayang, nanti dekat sekolah belajar betul-betul. Ni tahun akhir Medina dekat sekolah tu. Nanti tahun depan, Medina dah sambung belajar dekat tempat yang baru. Banggakan mama dengan papa ya sayang. " Medina menganggukkan kepalanya dengan sangat laju. Sudah pasti itu adalah keinginan bagi setiap pelajar.
"Baik mama." Medina mahu melihat kedua orang tuanya bahagia. Itu adalah tanggungjawab sebagai anak untuk membalas jasa mereka.
Setelah lama mereka berborak, Medina mengambil keputusan untuk berangkat pergi ke sekolah.
"Medina tak nak mama hantar kan ke?"
"Taknak lah mama, Medina ingat hari ni Medina nak jalan kaki je pergi sekolah. " Dia tidak mahu memanjakan dirinya. Biarlah dia berjalan kaki untuk pergi ke sekolah. Sekurangnya itu boleh menjadi senaman paginya. Medina bersalaman dengan Puan Roslindah lau mencium kedua-dua pipi mama nya. Dia melambaikan tangan lalu keluar dari rumah.
.
.
.
.
."Woi gemuk. Kau tak nampak ke aku dekat sini. Yang kau main langgar aku tu kenapa. Bodoh !" Medina hanya menundukkan pandangannya. Bukannya dia sengaja. Perempuan dihadapannya ini malah ingin membesarkan hal pula. Medina berdecit perlahan.
YOU ARE READING
Hadirkan Rasa Bahagia
Romance"Sayang tidak semestinya memiliki. " - Tengku Syakir Adam "Dan sayang tidak semestinya membahagiakan. "- Medina Tasnim . . . . .