Pintu dikuak perlahan. Medina yang sedang jauh termenung menoleh ke arah pintu. Bubur di hadapannya hanya dipandang. Tiada selera untuk menikmati makanan itu.
Matanya melihat sosok tubuh seseorang yang turut memandang ke arah nya. Berkerut dahi Medina.
Lelaki tersebut memandang sayu.
"Macam mana awak boleh ada dekat sini?" tanya Medina memecahkan kesunyian.
"Awak okay?" Syakir duduk di kerusi yang berada di sebelah katil.
Medina menjeling. Pantang sungguh apabila soalan nya hanya dibalas dengan soalan.
"Saya okay atau tak tu bukan masalah awak. Yang saya nak tahu sekarang ni macam mana awak boleh ada dekat sini?" tanya Medina sekali lagi.
Syakir tersenyum nipis.
"Balik." Mati senyuman Syakir. Perkataan yang keluar dari mulut gadis itu menyentap hatinya.
"Saya tak nak tengok muka awak Syakir. Balik." Medina memandang pemandangan di luar tingkap. Lutut dirapatkan di dada nya. Tidak mahu melihat wajah lelaki itu.
"Saya nak lawat awak. Tak akan itu pun salah." kata Syakir perlahan. Medina tergelak. Cukup sinis di pendengaran lelaki itu.
"Saya benci awak Syakir. Tak akan benda itu pun saya masih perlu untuk bagitahu awak. Saya malas nak gaduh. Saya taknak tengok muka awak." Selimut ditarik.
"Saya tahu awak tak pernah benci saya. Cuma ego awak terlalu tinggi. Kenapa susah sangat untuk awak maafkan benda yang dah lepas. Lima tahun Medina, lima tahun. Jangka masa yang lama. Lupakan lah Medina. Maafkan apa yang dah berlaku."
Medina memandang tajam ke arah Syakir.
"Maafkan. Kau bodoh ke Syakir? Kau tak faham perasaan aku. Kau tak ada dekat situasi aku. Dan kau tak akan pernah rasa apa yang aku rasa. Lima tahun yang lalu membuatkan aku jadi macam ni. Semua tu disebabkan hati kau orang semua yang busuk." Tangan digenggam.
"Kalau masa boleh diputarkan balik, aku tak mahu kenal kau. Kau bodoh Syakir !" nadanya dinaikkan seoktaf. Bergema ruangan bilik itu.
"Medina Tasnim !" muka Syakir merah.
Dia tahu perasaan gadis itu. Tetapi dia tidak boleh membiarkan memori pahit itu membelenggu diri gadis itu.
"Saya menyesal. Menyesal dengan perkara yang lalu. Saya masih cintakan awak Medina. Dari awal perkenalan kita, cinta dan sayang saya tidak pernah berubah." jatuh air mata Medina.
"Kalau awak sayang saya, kenapa awak sendiri yang seksa perasaan saya?" tanya Medina perlahan.
"Kalau awak sayang saya, kenapa awak khianati saya?"
Nada suara Medina tidak tinggi seperti tadi.
"Kalau awak sayang saya, kenapa awak lepaskan saya?" mata yang berkaca itu memandang raut wajah Syakir.
"Kalau awak sayang saya, kenapa awak mungkiri janji yang awak sendiri cipta?"
"Why Syakir why?"
Syakir diam. Mendengar kata-kata Medina membuatkan hatinya rapuh.
"Saya sayangkan awak Syakir. Saya bodoh kerana masih sayang kan awak." lebat air mata yang turun di pipi gadis itu. Syakir terus memeluk gadis itu.
Medina menangis di dalam dakapan Syakir.
"Saya cintakan awak juga." Dia menggosok-gosok bahu Medina. Membiarkan hati gadis itu tenang.
.
.Pintu ditutup rapat. Kerusi roda dipusingkan untuk kembali ke kamarnya. Wajah pucat milik Faiz dibiarkan. Segala perbualan antara Medina dan Syakir didengari oleh nya.
Luahan dari mulut Medina membuatkan hatinya sayu. Semalam dia ingin melihat gadis itu. Tetapi tidak sangka perkara sebegini terjadi.
Faiz berhati-hati naik ke atas katil. Tidak sanggup untuk masuk ke dalam wad milik Medina. Hatinya cukup sakit. Apabila melihat adegan Syakir memeluk Medina menambahkan hiba di dalam hatinya.
Tiba-tiba dadanya merasa sesak. Sakit mencengkam sehingga dahi Faiz berkerut. Menahan sakit yang tidak terperi. Nafas nya sudah tidak teratur.
"Doktor." panggilnya namun tidak didengari oleh sesiapa. Faiz hanya ingin mengharapkan bantuan ketika itu. Muka sudah merah menahan sakit. Loceng kecemasan di sebelah katil sedaya upaya cuba ditekan.
"Doktor, sakit." tubuh Faiz tumbang. Mata dipejam. Tidak mampu untuk bertahan.
.
.
.
.
.Tubuh Medina diselimut kan. Tersenyum melihat wajah gadis itu tidur. Suci dan comel di matanya. Umpama baby.
"Ehem." tertoleh Syakir melihat gerangan tersebut.
"Hai pakcik." Syakir menghulur tangan untuk bersalam.
Encik Mokhtar menyambut.
Wajahnya yang beku menambahkan rasa takut dalam diri Syakir.
"Boleh pakcik cakap sedikit dengan kamu?" Syakir menganggukkan kepala nya.
"Kita bincang dekat luar." Encik Mokhtar terus keluar dari bilik itu.
Terlepas keluhan yang berat dari mulut Syakir. Sempat matanya memandang wajah cantik Medina.
"Ada apa yang pakcik nak bincangkan?" tanya Syakir.
"Syakir tahu kan yang Medina dah bertunang? Dan dalam masa yang terdekat dia akan kahwin." ujar Encik Mokhtar.
Dia berpeluk tubuh.
Syakir tersenyum nipis lalu menganggukkan kepala nya.
"Saya tahu." balasnya pendek. Sebenarnya perkara itu lah yang tidak mahu difikirkan.
"Pakcik tak pernah benci kamu. Cuma pakcik nak ingatkan, yang Medina bakal bergelar isteri. Tak manis kalau kamu berdua-duaan dengan dia macam tadi. Syakir fahamkan maksud pak cik?" nada suara Encik Mokhtar semakin lembut. Berhati-hati dalam bercakap agar tidak mahu hati Syakir terguris.
"Saya faham. Dan saya minta maaf tentang perkara tadi. Saya janji benda macam tu tak berlaku lagi." Syakir tertunduk.
Bahunya ditepuk lembut oleh Encik Mokhtar.
"Pakcik doakan supaya kamu jumpa wanita yang baik." kata Encik Mokhtar.
Dia faham dengan perasaan lelaki itu. Tetapi dia juga terpaksa untuk bertindak sedemikian. Tidak mahu hati lain terluka.
Syakir membalas senyuman Encik Mokhtar.
"Saya hanya mahu Medina." hanya itu yang mampu terluah di dalam hatinya.
"Kalau dah tak ada apa-apa, saya minta diri dulu." Syakir bangun. Tangan dihulur untuk bersalaman.
Setelah itu kaki laju mengorak langkah pergi meninggalkan tempat tersebut dengan hati yang menyimpan pelbagai perasaan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.tbc
.
.
.
.
.hmm anda boleh marah sis sebab lambat sangat update. Huaaa maafkan saya. Waktu hari raya aidiladha, sis dekat kampung. Lepastu lepastu line lembap sangat sangat. Sedih bukan. Jom meraung sesama.
InsyaAllah sis akan update lagi, mwahh sikit.
Nota cinta : Okay tu je. Still vote and vote. Haa vote jangan lupa. Lagi satu vote tau. Babai cayang korang.
YOU ARE READING
Hadirkan Rasa Bahagia
Romance"Sayang tidak semestinya memiliki. " - Tengku Syakir Adam "Dan sayang tidak semestinya membahagiakan. "- Medina Tasnim . . . . .