"Asal muka kau bengis semacam ni Syakir. Tak handsome lah baby boy aku ni."
Haa tu diaa, suara Afiq sudah kedengaran.
Mereka yang lain sudah duduk di kerusi masing-masing. Memandang wajah kusut Syakir.
Afiq pula sibuk mengusutkan rambut milik Syakir. Cari pasal betul budak ni.
"Ish tak payah lah." Syakir menepis. Tengah-tengah kusut, jembalang ni pula datang mengacau.
"Why, dude? " Tanya Haikal. Ini tidak lain mesti tentang Medina.
"Hm Medina." jawabnya pendek. Mereka yang lain diam. Menunggu Syakir bertenang. Muka diraup kasar. Dia mengeluh.
"Kejap Medina mana ni?" tanya Mikael. Dia lansung tidak tahu apa-apa.
"Medina yang kita jumpa dekat majlis malam tu. Dress merah tu." Mikael cuba mencerna satu persatu. Dia sedaya upaya mengingati wajah gadis itu.
"Ouh hah kenapa dengan dia, assistant Faiz kan?" Mikael bertanya.
"Aduh kau ni. Susah lah tak tahu cerita dari awal." Mikael membuat muka. Macam mana nak tahu kalau Syakir sendiri tidak pernah bercerita dengannya. Lelaki itu lebih suka berahsia dengan nya.
Dia akan bercerita setelah dipaksa oleh Mikael sendiri.
Nampak tak macam mana susah nya untuk tahu rahsia peribadi Tengku Syakir Adam yang seorang ni.
"Aku...sayang dia wei. Aku still tak dapat nak lupa kan dia. Jujur aku cakap perkara lima tahun lepas, bukan salah dia lansung. Tapi aku sendiri yang tak percaya dengan apa yang dia cakap." Syakir menggenggam tangannya. Afiq yang dari tadi mengusutkan rambut milik Syakir akhirnya berhenti.
Tangannya pula menggosok belakang badan Syakir. Dia tahu rakannya itu memendam seribu penyesalan dalam diri.
Dan mereka semua juga begitu. Kerana mereka juga lah saksi melihat momen-momen yang tidak dapat dilupakan lansung.
"Kau...dengan...dia..." Mikael tergagap untuk bercakap. Matanya sudah bulat membesar. Dia seperti berada di dalam satu kisah novel yang penuh dengan pelbagai konflik.
"Ya bro. Tak tahu tak payah menyampuk. Diam je. Nanti cerita lah si Syakir ni." tangan Haikal yang berada di bahunya itu ditepis perlahan.
Haikal dan Mikael memang tidak pernah sebulu. Ada je benda yang nak digaduhkan. Benda kecik pun nak dibesarkan. Macam budak-budak lah. Walaweh bethol.
"Kau boleh ke dengar masalah orang tu kalau kau sendiri tak tahu kisah dia dari awal sampai akhir?" tanya Mikael tidak puas hati.
"Eh tengku, aku akan tanya lepas dia habis bercerita lah. Ni tengah sedap-sedap cerita, ada yang datang menyampuk. Kau nak kena sebat bontot ke dengan dia?" Mikael berdecit.
"Aku tahu lah kau sebenarnya macam aku."
Belum sempat Haikal membalas, akhirnya datang satu suara yang menyelamatkan keadaan. Ceit.
"Korang ni, nak gaduh balik. Syakir, baby boy aku ni tengah kusut. Tolonglah faham keadaan dia." Afiq masih lagi menggosok belakang badan Syakir.
"Hak alah kau. Kalau Syakir baby boy kau, aku apa?" tanya Haikal.
"Kau faham-faham je lah. Haiwan pink comel tu lah kau. Aku malas nak cakap, aku puasa." Sejurus selepas itu, Afiq menyedut perlahan jus epal itu.
Mikael sudah menepuk dahi. Haikal sudah menunjukkan jari tengah beliau. Syakir masih lagi diam.
Ingatkan jumpa mereka boleh lah hilang sedikit serabut. Tapi mereka sendiri yang bawa serabut tu datang balik. Apahal? Muhasabah.
YOU ARE READING
Hadirkan Rasa Bahagia
Romance"Sayang tidak semestinya memiliki. " - Tengku Syakir Adam "Dan sayang tidak semestinya membahagiakan. "- Medina Tasnim . . . . .