Bab 19 | Part 10 ♡

115 11 6
                                    

Kaki melangkah menuju ke kelas. Beberapa orang sahaja perlajar yang ada di kelas itu kerana masih awal pagi lagi. Medina duduk di kerusi lalu meletakkan kepala nya di atas meja.

Ngantuk masih tidak hilang. Semalam dia lansung tidak dapat melelapkan mata kerana mimpi buruk yang bertandang.

Mimpi dimana dia seolah-olah diherdik, dibuli dan lebih teruk lagi dipermalukan di depan semua orang. Lansung tiada siapa yang membantu diri nya pada ketika itu. Mereka hanya ketawa melihat keadaan nya.

"Arhh tolong lah pergi mimpi tu." dia menghantuk kan kepala di atas meja. Cuba mengusir mimpi itu pergi.

"Medina."

Dia mengangkat wajah. Wajah cikgu Murni, guru fizik nya terpampang di depan mata nya. Anggun bertudung biru. Tenang melihat muka guru tersebut. Walaupun usia sudah menginjak 47 tahun, tetapi muka nya cukup manis kerana murah dengan senyuman.

"Ya cikgu." Medina sempat menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"Boleh saya mintak tolong awak, ambil fail di bilik stor di tingkat atas?" tanya cikgu Murni.

Medina sudah menelan air liur. Bukan dia tidak tahu, kawasan di bilik stor itu sungguh sunyi. Lagi-lagi pada waktu begini. Memang tiada pelajar yang lalu lalang. Pelajar yang lain juga tidak berani menjejak kan kaki di situ.

Medina tersenyum paksa. Mahu tidak mahu dia merela kan hati untuk membantu guru tersebut.

"Boleh cikgu." Medina menapak keluar menuju ke bilik stor. Hati sudah berdebar-debar apabila menaiki tingkat atas.

Gelap!

Banyak air liur yang ditelan. Mulut pula terkumat kamit membaca surah-surah yang di ingati.

Langkah nya cukup perlahan. Pintu bilik stor dibuka.

Suis lampu dipasang. Terdapat banyak fail di dalam bilik stor tersebut. Tangan mencapat fail yang betul lalu keluar dari bilik stor itu. Belum sempat melangkah keluar, tangan nya ditarik sehingga terasa seperti berada di dalam pelukan seseorang. Wajah diangkat. Jantung berdetak laju. Mahu tercabut disebab kan terkejut yang melanda.

"Syakir?" Medina terkejut.

Syakir tersenyum manis. Dia menunjukkan isyarat agar diam.

Terdapat beberapa lelaki yang baru keluar dari bilik yang berada di dalam stor tersebut. Bau rokok menyengat hidung Medina. Nasib Medina tidak terserempak dengan mereka.

Wangian dari tubuh Syakir membuatkan Medina terbuai. Lagi beberapa inci sahaja muka mereka. Syakir merenung tepat ke dalam anak mata milik Medina. Begitu juga Medina.

"Cantik." Hanya mampu terluah di dalam hati. Syakir tidak tahu mengapa, wajah di hadapan nya ini mampu membuatkan dia tenang.

Medina yang sedar akan ketelanjuran mereka, lantas menjauh kan diri. Syakir pula berdehem kecil.

"Awak buat apa dekat sini?" tanya Medina memecahkan kesunyian.

"Ouh saya memang selalu lepak dekat sini juga dengan kawan-kawan saya." jawab Syakir. Dia perasan pipi Medina sudah bertukar kemerah-merahan. Comel !

Dia tahu pasti gadis itu malu dengan apa yang baru berlaku sebentar tadi.

"Tadi tu kawan-kawan awak ke?" tanya Medina. Dia juga sudah tidak jadi tentu arah apabila melihat senyuman nakal yang dilorekkan oleh Syakir.

"Yup." balas Syakir pendek.

"Awak..." Syakir menunggu soalan yang diajukan oleh Medina. Keningnya terjongket.

Hadirkan Rasa BahagiaWhere stories live. Discover now