"Medina."
Medina berpaling ke belakang apabila merasakan nama nya dilaung. Tangannya melambai ke arah Trisya.
"Wah awal awak sampai." kata Medina. Bahunya dipeluk oleh Trisya.
"Mestilah. Awak ada dengar apa-apa tak? " Medina mengangkat kening. Setahu dia, tiada apa-apa berita yang sampai di pendengarannya.
"Akan ada wakil dari sekolah kita untuk pindah sekolah yang ditetapkan." Matanya sudah bersinar-sinar. Itu lah yang ditunggu-tunggu selama ini.
"Ada-ada kita ada dengar. Wah itu yang kita tunggu. Setahu kita tiga orang je yang akan terpilih." Medina sudah memasang impian.
"Ya and saya harap kita berdua dapat pergi. Saya pun nak pergi tau. Hahaha." Mereka menuju ke dewan dengan segera.
"Tapi kalau awak tak dapat pergi macam mana? " tanya Medina ingin tahu. Kalau dia sudah pasti kecewa. Kerana ini lah yang dia nanti-nantikan selama ini. Markah koko akan banyak sekiranya dapat peluang untuk menyertai, itulah yang dinantikan oleh setiap murid.
"Kecewa tu of course lah. Tapi nak buat macam mana tak ada rezeki." Buku nota dikeluarkan. Pen telah pun disediakan. Wah semangat betul nak perhimpunan.
"Trisya, kalau contoh saya tak dapat pergi, and awak pula dapat pergi. Ngorat lah lelaki untuk saya." Terus cubitan singgah di peha kanan milik Medina. Medina mengekek ketawa apabila Trisya mengacah-acah ingin mencubitnya sekali lagi.
"Taknak saya ngorat lelaki untuk awak. Baik saya ngorat untuk diri saya. Maklum lah saya ni dah lama single. Hahaha." Ketawa mereka makin kuat sehingga menarik perhatian Natasya yang duduk bersama-sama rakannya membentuk bulatan. Berkerut dahinya memandang Medina yang sibuk berborak dengan Trisya.
"Iyo lah Trisya Ratna binti Datuk Khuzairi."
"Eee apa sebut nama panjang orang ni. Tahu lah sedap." Dia memejamkan mata. Eww perasan !
"Takde nya nama saya lagi sedap. Medina Tasnim binti Mokhtar. Unik tau."
"Ye cantik nama awak secantik tuannya." Mereka bertepuk tampar. Ramai lagi pelajar yang belum sampai ke perhimpunan. Ada yang sibuk melepak di kantin, di bus stop dan ada juga yang berani duduk di belakang sekolah. Terutamanya pelajar lelaki.
Apa yang mereka lakukan? Semestinya melagha seperti menghisap rokok. Tahu dek cikgu, pasti rekod pelajar mereka teruk.
Medina tahu siapa pelajar lelaki yang selalu dikenakan tindakan disiplin, tidak lain tidak bukan kumpulan Haziq. Disiplinnya amatlah teruk seperti tuannya. Ceit.
.
.
.
.
."Kau tengok Medina gemuk tu. Bukan main bahagia dia sejak budak baru tu pindah sekolah. Mentang-mentang Trisya tu anak Datuk. Mula lah Medina tu nak kikis duit." Farah masih merenung Trisya dan Medina. Hati dia sedang membara. Mereka sudah jarang untuk membuli Medina kerana Trisya selalu bersama dengan perempuan itu. Dan pasti Trisya akan melaporkan kepada pengetua sekolah merangkap paksu nya sendiri.
Itu lah yang mereka takuti. Bukan mereka tidak tahu bahawa Trisya sangat rapat dengan paksu nya. Jikalau kegiatan jahat mereka ini dilaporkan, pastinya mereka akan digantung sekolah. Nama mereka juga akan dipandang buruk.
"Gemuk tu tak pernah rasa nak ada kawan. Biar lah dia berseronok dulu. Tak lama lagi Trisya tu nanti bosan lah nak kawan dengan Medina." Fakhira menambah perisa agar gosip semakin hangat.
"Aku tak tahu kenapa Trisya tu nak kawan sangat dengan Medina tu. Padahal Trisya tu jauh lebih cantik, kaya kot kalau nak dibandingkan dengan si gemuk tu. Orang cakap apa, bagai langit dengan bumi. Aku rasa Trisya Ratna tu lebih layak untuk kawan dengan kita lah wei." Natasya bersuara. Dia sudah berniat ingin membuat hubungan Trisya dan Medina renggang. Dia juga tidak suka melihat Medina bahagia. Hatinya akan merasa panas.
YOU ARE READING
Hadirkan Rasa Bahagia
Romance"Sayang tidak semestinya memiliki. " - Tengku Syakir Adam "Dan sayang tidak semestinya membahagiakan. "- Medina Tasnim . . . . .