Loceng menandakan waktu rehat. Medina menyusun buku-buku yang berselerakan di atas meja. Rakan di meja sebelah nya masih tidak hadir ke sekolah. Apa yang didengari, gadis di meja sebelah nya ini ada hal yang perlu diselesaikan.
Medina mengeluh. Perutnya sudah berkeroncong dan berbunyi. Tetapi duit yang dibawa hanya satu ringgit.
Terasa mahu menjerit sahaja. Dahlah makanan di kantin sekolah ini cekik darah. Roti yang selalu dibeli oleh nya itu harganya sudah meningkat.
RM 2.50 !
Medina menapak menuju ke kantin. Dia tidak mahu lambat.
Apabila sudah sampai, terpaksa lah Medina beratur panjang. Sudah lah lambat, kena beratur pula.
Medina tetap sabar. Tetapi yang Medina geram, ramai pula pelajar yang bersikap kurang ajar. Memotong barisan.
Lagi-lagi geng Maisarah !
"Maaf ya gemuk. Aku lapar, so bagi aku depan ya." sinis sahaja kata-kata yang dilontarkan oleh Maisarah. Medina tersenyum paksa. Dia tahu akibat jika dia melawan.
Apabila sampai ke giliran nya, makanan yang dihidang kan dipandang.
Terliur melihat menu-menu tersebut. Tapi ditahan setelah melihat harga makanan itu. Satu ringgit sahaja duit yang dia ada sekarang ini.
Mahu membeli nasi goreng yang berharga RM 5 ?
Mimpi !
"Saya nak air sirap limau makcik." Medina senyum manis. Setelah mendapat air tersebut, Medina terus menghulurkan wang tersebut.
Tetapi makcik tersebut mengambil kasar wang yang berada di tangan Medina. Tiada secalit senyuman yang terpamer pada wajah makcik itu.
"Buat apa tercegat dekat sini. Berambus lah. Ramai lagi pelajar nak beli ni." kata makcik itu.
Medina terkejut. Tidak menyangka bahawa makcik kantin itu juga bersikap seperti pelajar-pelajar yang sering membulinya.
Memberikan kata-kata hinaan kepada diri nya.
Medina memendam rasa di dalam hati. Dia percaya, jika dia menangis sekali pun di situ, tiada siapa yang akan kisah. Jadi lebih baik sekiranya dia hanya berdiam diri.
Perut Medina masih berbunyi. Dia memang lapar. Botol air pula tertinggal di rumah. Pagi tadi juga dia tidak sempat untuk bersarapan.
Wang nya pula tercicir. Nasib ada satu ringgit di dalam beg nya. Betapa malang nya nasib dia pada hari ini.
Sedang Medina melangkah menuju ke pondok bersebelahan kantin, kaki nya disadung oleh Maisarah. Air yang baru dibeli tanpa sempat diminum tumpah begitu sahaja.
"Ops sorry." Medina mahu menangis, meraung, melalak dan yang paling penting, mahu sahaja dia memaki Maisarah.
Air itu dipandand sayu. Sudah lah dia sekarang ini lapar dan dahaga. Duit pula tidak ada.
"Ala tak payah lah nak nangis. Setakat air macam ni, berapa berapa je aku boleh bagi dekat kau." Maisarah memeluk bahu Medina.
Medina menangis. Pelajar yang lain memandang. Ada yang turut bersiul nakal.
"Aku...dah tak ada...duit Mai." kata Medina tersekat-sekat. Agak payah kerana air mata yang semakin banyak mengalir.
Yuna dan Syafiqah sudah tergelak mengejek.
"Alolo kesian tak ada duit." pipi Medina diusap.
"Meh sini aku bagi air dekat kau." Maisarah mencapai air bandung yang terletak di atas meja. Yuna dan Syafiqah menanti tidak sabar. Begitu juga pelajar yang lain.
YOU ARE READING
Hadirkan Rasa Bahagia
Romance"Sayang tidak semestinya memiliki. " - Tengku Syakir Adam "Dan sayang tidak semestinya membahagiakan. "- Medina Tasnim . . . . .