Rambut yang basah dilap. Tuala disangkut di bahu nya. Syakir terbaring di katil empuk milik nya. Meregangkan setiap sendi dan otot. Letih hari ini kerana terpaksa berdiri di tengah panas melihat kawasan tapak pembinaan.
"Letih sayang?" Tengku Syazreena berdiri di hadapan bilik Syakir. Dia tersenyum manis melihat wajah anaknya. Sambil itu dia membawa cawan yang berisi kopi untuk diberikan kepada Syakir.
"Ya mummy." Syakir bangun lalu membetulkan duduknya.
Tengku Syazreena melabuhkan duduknya bersebelahan dengan Syakir. Cawan tadi disambut baik oleh Syakir lalu diteguk perlahan.
"Betul ke apa yang mummy dengar. Minggu depan Medina dah nak nikah?" tanya Tengku Syareena untuk kepastian.
Alangkah terkejutnya apabila mengetahui bahawa Medina, gadis yang dicintai sepenuh hati oleh anak nya sendiri akan menikah pada minggu hadapan. Dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi.
Hati ibu nya sunggu pilu akan keadaan anak nya sekarang.
Syakir hanya mengangguk kan kepala tanda benar apa yang ditanya oleh Tengku Syazreena.
"Syakir okay?" tanya Tengku Syazreena.
Tergelak kecil Syakir.
Okay kah dia apabila berhadapan dengan perkara ini. Tetapi dia akui akan kekhilafan diri pada waktu dulu. Dan dia sendiri terpaksa menerima suratan takdir.
"Tipulah kalau Syakir tak okay mummy. Setiap hari Syakir berdoa agar Medina itu menjadi jodoh Syakir. Tapi I know yang Allah dah aturkan baik-baik untuk hamba nya. Kita ni hanya merancang, Dia yang menetukan segala nya." ujar Syakir panjang lebar.
Tersenyum Tengku Syazreena. Dapat dilihat betapa tabahnya Syakir dalam menempuhi setiap halangan itu.
Jatuh air mata nya. Tersentuh setiap bait-bait ayat yang dilontarkan oleh Syakir.
"Mummy tahu kamu kuat. Jodoh dan ajal ini semua Allah dah tentukan. Kita hanya mampu menerima apa yang tertulis untuk kita. Kadang kita tak tahu siapakah yang akan melamar kita. Ajal atau jodoh."
Jari Syakir mengusap pipi milik Tengku Syazreena.
"Terima kasih mummy. Sebab always bagi semangat dekat Syakir."
Terus didakap tubuh anak lelaki nya itu dengan penuh kasih dan sayang.
Sesungguhnya setiap yang diaturkan oleh Allah pasti akan ada hikmah disebalik semua nya.
.
.
.
.
.Balik dari pantai tadi, badan nya tidak sihat. Kepala semakin memberat. Tubuh badan nya terasa sungguh lemah. Wajah nya pucat seperti tidak berdarah.
Faiz terbaring lemah. Dia lansung tidak berdaya sekarang ini.
Puan Sri Rohaya masuk sambil menatang dulang. Dia meletakkan dulang lalu mengambil tempat di sebelah Faiz.
"Mummy dah call doktor. Sabar ya. Faiz kuat kan?" kata Puan Sri Rohaya. Air mata sudah laju mengalir di wajah tua nya itu. Tidak mampu melihat anak yang sedang menahan sakit. Sudah dipaksa berkali-kali untuk pergi ke hospital namun ditegah.
"Mu..mummy." panggil Faiz.
"Jangan risau. Faiz okay." terbatuk-batuk dia mengungkap kan ayat tersebut. Kekuatan nya masa kini tidak ada.
Rambut anak nya diusap lalu dicium penuh kasih dan sayang. Luluh hati ibu nya.
"Faiz, pergi hospital jom. Mummy tak sanggup tengok kamu macam ni."
YOU ARE READING
Hadirkan Rasa Bahagia
Romance"Sayang tidak semestinya memiliki. " - Tengku Syakir Adam "Dan sayang tidak semestinya membahagiakan. "- Medina Tasnim . . . . .