Bab 31 ♡

199 5 1
                                    

*****

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*****

"Awak tak sihat tau Faiz. Esok majlis dah berlansung. Saya tak nak awak penat."

Faiz tersenyum. Dia segak berkemeja putih. Lengan baju nya itu disinsing hingga ke siku. Dia duduk di kerusi roda memandang wajah anggun milik Medina.

Medina pula kelihatan cantik menyarungkan dress labuh berwarna putih di tubuh badannya yang ramping dan menawan itu. Rambut perang semula jadi dilepaskan beralun indah. Dia menolak kerusi roda yang diduduki Faiz ke halaman belakang rumah.

"Tak payah lah membebel. Esok kita dah halal. Lagipun saja saya nak bersweet malam ni. Saya nak tengok awak pakai cantik-cantik malam ni."

Medina menjulingkan mata ke atas. Lalu dia tersenyum.

"Macam lah saya tak tahu ada surprise untuk saya."

Faiz tergelak. Sudah pasti mummynya sendiri yang membongkarkan rahsia. Cis. Patutlah Medina beriak biasa sahaja apabila dia menyuruh gadis itu berpakaian cantik pada malam ini.

"Ala kenapa mummy bagitahu ni? Ish nak merajuklah dengan mummy." Faiz berpeluk tubuh.

"Mengada." Medina ketawa melihat muncung Faiz.

Comel dia mata nya.

Mereka akhirnya sampai ke halaman belakang rumah milik Faiz. Medina terpegun.

Cantik taman itu dihias dengan lampu serta meja makan yang hanya khas untuk dua orang sahaja.

Terdapat juga lilin di atas meja.

Sungguh romantik suasana pada malam ini.

"Wah siapa yang hias ni? Cantik nya." Medina memuji. Dia berjalan menikmati tempat yang cantik itu.

Faiz memandang penuh teruja. Dia berasa sangat gembira apabila melihat gadis itu tersenyum.

Berhempas pulas dia membantu pekerja-pekerja yang diupah untuk menyiapkan semua ini. Dengan keadaan nya yang tidak mengizinkan dia melakukan semua nya, Faiz hanya mampu menolong mana yang diperlukan sahaja.

Medina yang teruja itu terus memandang Syakir.

"Thank you so much buat semua ni. Awak tak perlu pun buat benda ni semua." Medina menghampiri Faiz lalu menolaknya menuju ke meja makan.

"Saya rasa saya nak lakar memori indah yang terakhir." ujar Faiz.

"Yang terakhir?" tanya Medina pelik.

"Iya yang terakhir sebelum kita diijab kabul kan." Faiz tergelak.

Medina merenung ke dalam anak mata milik Faiz. Mencari kejujuran dalam kata-kata lelaki itu.

"Hey." Faiz memetik jari bagi menyedarkan Medina. Ralit gadis itu merenung wajah nya.

"Saya tahu saya handsome malam ni. Jangan lah tenung-tenung saya macam tu." Medina menjulingkan mata ke atas.

Hadirkan Rasa BahagiaWhere stories live. Discover now