"Macam mana boleh jadi macam ni Syakir."
Faiz segera bergegas datang ke pejabat Syakir setelah mengetahui segala masalah yang baru dihadapi oleh rakan nya itu.
"Aku tak dapat tahan." kata Syakir perlahan. Dia meregangkan segala otot dan sendi nya. Dia memejamkan mata di kerusi empuk nya itu.
"Tak dapat tahan? Maksud kau?" tanya Faiz pelik. Syakir mengeluh. Dia sebenar nya rasa serba salah untuk beritahu.
"Aku...cium dia." kata Syakir satu persatu.
"Apa?" Faiz berang.
"Kau ni dah gila ke?" tanya nya lagi. Mahu saja muka Syakir itu ditumbuk. Tetapi dia tetap bersabar.
Urat-urat tangan sudah kelihatan.
"Kau tahu tak Medina tu tunang aku? Atau kau sengaja buat-buat tak tahu?" tanya Faiz. Kali ini suara nya sungguh perlahan.
"Aku minta maaf. Sorry bro." kata Syakir. Fikirannya kini semakin serabut. Memikirkan tentang perkara-perkara yang masih belum diselesaikan lagi, membuat kan dia berasa mahu pitam.
"Aku nak Medina bahagia Syakir. Bukan derita. Tolong hadirkan rasa bahagia. Dalam diri dia sendiri. Selama aku kenal Medina, aku dapat rasai semua keperitan hidup yang dia lalui."
Syakir merenung ke dalam anak mata Faiz. Jujur, sekarang ini dia hanya inginkan Medina. Dia ingin memohon segala kemaafan dari gadis itu.
Kedua-dua belah tangan menggenggam antara satu sama lain.
"Aku tahu apa yang jadi lima tahun lepas Syakir."
Kata-kata Faiz memberi tamparan hebat kepada nya. Mata Syakir membulat. Terkejut dengan kenyataan itu.
"Da..dari mana kau tahu?" tanya Syakir.
"Syakir, aku bukan budak lagi. Bila aku sayang gila dekat seseorang ni, of course segala hidup dia aku nak tahu."
"Atau lebih tepat lagi, aku nak tahu siapa yang pernah bahagiakan dia ataupun sakitkan hati dia." sindiran yang cukup padu membuatkan Syakir terdiam seribu bahasa.
Rahsia yang disimpan kemas dari lelaki itu akhirnya terbongkar.
"Rilex Syakir. Aku tak benci kau. Tapi aku nak kau tebus segala kesalahan kau." kata Faiz. Kali ini dia mengambil masa yang lama untuk meneruskan kata-kata nya.
Syakir diam menunggu.
"Aku tahu kau masih cinta dan sayangkan dia. Aku tahu tu Syakir."
"Macam mana kau boleh tahu?" tanya Syakir. Pelbagai persoalan yang bermain di minda nya.
"Ingat lagi orang yang terlanggar kau tempoh hari. Berpakaian hoodie."
Syakir cuba mengingati peristiwa itu.
Syakir mengaduh kesakitan apabila tangannya terlanggar dengan siku seseorang.
"Maaf encik." Lelaki yang memakai hoodie tadi tidak sengaja terlanggar sewaktu dia membawa air yang baru dibeli.
"Jangan cakap itu kau." tergelak Faiz.
"Ya itu aku."
"Tak perlu rampas Syakir. Aku boleh undur diri." Mata Faiz merah. Hatinya sakit.
Tetapi dia terpaksa menahan perasaan nya itu.
"Kau kenapa Faiz? Dia tu tunang kau. Walaupun aku masih suka kan dia, tapi aku tak tergamak untuk rampas Medina tu dari kau !" suara Syakir memetir satu ruangan pejabat. Nafasnya berombak kencang.
YOU ARE READING
Hadirkan Rasa Bahagia
Romance"Sayang tidak semestinya memiliki. " - Tengku Syakir Adam "Dan sayang tidak semestinya membahagiakan. "- Medina Tasnim . . . . .