Medina hanya berkurung di dalam bilik sejak pulang dari makan malam bersama Tengku Syakir. Dalam kereta tadi, mereka hanya diam. Semuanya masih memendam rasa. Syakir juga begitu. Diam seribu bahasa.
Dia memikirkan perbualannya bersama Syakir.
Mihun sup yang terhidang di depan mata dipandang dengan penuh selera. Sedapnya. Terus lupa yang Medina tengah dalam proses diet.
Syakir tertawa lucu. Penuh berminat dia melihat Medina menikmati makanan yang dipesan gadis itu.
Medina yang perasan akan pandangan Syakir, terus garfu serta sudu diletakkan kembali.
"Kenapa tak makan? " soal Medina.
"Tengok awak makan, saya dah kenyang." jujur Syakir. Sememangnya dia tidak berasa lapar ketika ini.
"Tak payah lah order kalau macam tu. Membazir duit je." bebel Medina perlahan namun dapat didengari oleh Syakir.
"Awak tak berubah. Kuat membebel. Tapi saya tahu, awak membebel tandanya awak ambil berat tentang saya." Syakir menongkat dagu.
"Bukan saya ambil berat tentang awak. Tapi saya kesiankan dekat girlfriend awak. Dapat boyfriend yang tahu membazir duit je." Syakir tertawa.
Dirasakan apa yang diperkatakan oleh Medina sungguh mencuit hatinya. Seperti ada nada cemburu. Syakir menggelengkan kepalanya. Mata masih tajam menikam sepasang mata bundar milik Medina.
"Saya tak ada girlfriend. Girlfriend saya awak. Tapi sayang awak dah bertunang." jawabnya penuh berani.
Medina diam seolah-olah lansung tidak terkesan dengan apa yang Syakir cuba sampaikan.
"Cantik cincin tunang awak." Cincin yang melekat pada jari manis gadis itu membangkitkan rasa cemburu di hati. Kalau boleh mahu sahaja dia membuka cincin tersebut, lalu dibaling jauh dari Medina Tasnim.
"Saya suka. Pandai Faiz pilih. Menepati citarasa saya."
Medina sengaja. Dia tahu, Syakir memendam rasa sakit hati. Dia tergelak di dalam hati. Biar padan muka lelaki itu.
Syakir menyuapkan nasi di dalam mulut. Jantung tidak perlu cakap, laju berdegup menahan amarah.
Akhirnya mereka selesai makan. Medina mengambil tisu lalu mengelap mulutnya. Takut comot. Syakir pula menyandarkan tubuhnya. Makanannya tidak habis di makan. Dia lansung tiada selera. Makan apabila tengah marah, memanglah tidak berselera ! Marah hatinya.
"Saya nak balik. Tadi awak cakap nak bincangkan sesuatu." Medina sempat melihat jam di tangannya. Selepas itu, beralih melihat Syakir yang masih merenungnya.
"Saya rindukan awak." Medina menjeling tajam. Buang masa dia sahaja.
"Kalau itu yang awak nak cakap. Baik tak payah. Buang masa saya." marahnya.
"Tidak, itu yang saya nak bincangkan. Saya rindu awak Medina." muka Medina sudah terlihat merah menahan geram. Tetapi pada pandangan Syakir, ia tetap terlihat cantik.
"Saya tahu saya banyak salah dekat awak. Setiap hari saya doa supaya Allah buka kan pintu hati awak untuk terima kemaafan saya. Saya tahu salah saya dekat awak besar, Medina. Tapi saya betul-betul menyesal. Jujur saya masih simpan perasaan dekat awak. Saya masih cintakan awak." Medina sudah tidak dapat tahan. Syakri ni dah gila ke ?
"Awak ni merepek apa? Dah gila ke? Saya ni tunangan orang. Saya ni dah bertunang. Lagi sekali saya cakap, saya ni dah bertunang. Tak perlu menagih macam ni. Tak rasa jijik ke jilat ludah balik." Turun naik dada nya.
YOU ARE READING
Hadirkan Rasa Bahagia
Romance"Sayang tidak semestinya memiliki. " - Tengku Syakir Adam "Dan sayang tidak semestinya membahagiakan. "- Medina Tasnim . . . . .