Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Beg galas berwarna pink itu dibetul kan. Tudung yang senget dibiarkan. Cermin mata besar itu terletak elok. Kaki melangkah menuju ke pejabat.
Boleh tahan besar sekolah ini. Tapi ramai pula pelajar yang sombong. Mana kan tidak, sewaktu dia masuk ke pintu gerbang sekolah ini, dirinya sudah diperhatikan oleh pelajar-pelajar yang lain. Terdapat juga sekumpulan pelajar perempuan yang menjeling ke arahnya. Tidak lain tidak bukan untuk dijadikan bahan gosip murahan. Pelajar lelaki tidak ketinggalan tersenyum sinis. Ada juga yang bersiul nakal. Seolah-olah memerli bentuk tubuh badan Medina.
Medina hanya memandang kosong. Dia sudah bersedia dengan penerimaan dirinya di sekolah ini. Dia juga dapat menyangka apa yang akan terjadi kepada dirinya nanti. Adakah akan sering dibuli seperti selalu di sekolah lamanya dahulu. Medina hanya berdoa supaya dia diberi kekuatan untuk menghadapinya.
"Tak apa Medina. Mana tahu dia orang dekat sekolah ni semua baik-baik." Dia cuba menyedapkan hatinya. Sedar tidak sedar dia sudah berada di pintu depan pejabat. Pintu itu lantas diketuk.
Medina melangkah masuk setelah mendapat kebenaran.
"Awak pelajar yang terpilih ya? " Medina tersenyum manis lalu menganggukkan kepala.
"Okay jom ikut saya. Saya cikgu Munirah, guru kelas awak. Mari saya tunjukkan kelas awak." Medina hanya menuruti. Sempat dia memuji kecantikkan guru itu. Dengan tahi lalat yang terletak di pipi sebelah kiri, menampak guru itu sangat comel.
Ramai pelajar yang sudah masuk ke kelas. Terdapat juga segelintir pelajar yang masih melengah-lengahkan masa untuk masuk ke kelas. Setelah sampai dihadapan kelas 5 Violet, iaitu kelas aliran Sains tulen, ramai mata yang memerhatikannya. Medina menarik nafas sedalam-dalamnya.
Langkah Medina yang semakin menghampiri kelas tersebut membuatkan dia berdebar.
"Medina, sila perkenalkan diri awak." cikgu Munirah menarik Medina ke hadapan. Medina tersenyum.
"Hai nama saya..." tiba-tiba telinganya menangkap bunyi ejekan yang tidak jauh dari tempatnya berdiri.
"Berat berapa kak? " Semua yang berada di dalam kelas tersebut sudah ketawa terbahak-bahak. Medina menahan rasa di hati. Malu diperkatakan sebegitu. Fikirannya terus melayang memikirkan Trisya. Rindu dia pada gadis itu.
"Eh diam semua! Macam pasar malam. Harap je kelas depan, tapi perangai and sikap awak kalah macam budak kelas belakang." Cikgu Munirah mengetuk meja mengguna rotan yang dibawa.
Pelajar yang lain semua diam. Tetapi masih ada yang tergelak kecil dan menahan senyum. Mungkin masih memikirkan perkara itu lawak.
"Medina, awak boleh sambung." Medina mengangguk.
"Hai nama saya Medina Tasnim binti Mokhtar. Saya dari Sekolah Menengah Putera Arsyad."
"Kalau kamu semua nak tahu, Medina ni merupakan pelajar yang telah terpilih dalam program pemindahan pelajar. Disebabkan akademik yang terbaik, jadi guru-guru semua sebulat suara untuk memilih dia." terang cikgi Munirah panjang lebar. Diselitkan pujian yang ikhlas.
"Cikgu nak tanya." seorang budak perempuan mengangkat tangan. Dari tadi gadis itu memerhatikan sahaja Medina dengan pandangan yang tidak puas hati.
"Ya Maisarah. Boleh, silakan."
"Kenapa dia cemerlang akademik je, kokurikulum atau sukan? " Medina merasakan soalan itu sengaja dan sebagai hinaan terhadap dirinya.
"Woi Maisarah. Dia tu gemuk. Takkan tak nampak lagi kot. Kau boleh join dia pakai cermin mata. Hahahaha."
YOU ARE READING
Hadirkan Rasa Bahagia
Romansa"Sayang tidak semestinya memiliki. " - Tengku Syakir Adam "Dan sayang tidak semestinya membahagiakan. "- Medina Tasnim . . . . .