"Faiz awak okay ke tak ni. Kenapa muka awak pucat je ni? " Medina memerhati setiap inci wajah Faiz Putera. Tubuh badan lelaki itu kelihatan tidak bermaya. Tetapi senyuman di bibir Faiz lansung tidak lekang.
"Ambil berat juga awak dekat saya kan?"
"Ish memang lah. Awak demam ke?" Sambil itu Medina mencari minyak angin di dalam beg nya. Boleh juga dia berikan kepada lelaki itu.
"Lagi satu, kalau awak tak larat, kita boleh pergi lain kali." kata Medina. Kesihatan lelaki di sebelahnya ini harus dijaga. Takut jika ada sebarang perkara yang serius. Medina tidak mahu menyusahkan Faiz.
"Ala sekali sekala. Kita kan selalu busy je. Ini lah masa nak cari baju nikah kita." Medina mengeluh. Inilah sifat Faiz yang lansung dia tidak gemari. Keras kepala. Degil!
Dua sifat yang tidak pernah hilang pada diri Faiz. Tetapi, apa beza dengan kau Medina. Bukan sama juga ke?
Eh suka hati lah. Akal sudah memarahi.
"Ikut awak lah. Saya cakap supaya nanti tak ada apa-apa jadi dekat awak." Medina berpeluk tubuh. Menunjukkan yang dia sedang berada dalam serius.
"Selagi awak ada di sisi saya Medina, selagi tu saya okay."
"Ish apa awak ni. " Faiz tergelak. Kelakar melihat wajah kemerahan Medina. Jarang sekali dia ingin melihat gadis itu begitu. Comel pada pandangan matanya.
"Sure ke awak nak warna putih? " Faiz mengubah topik. Serba salah juga melihat Medina terus berdiam diri setelah diusik sebegitu.
Medina tidak menggelengkan kepala. Hanya kening sahaja yang terjongket menandakan benar apa yang dikatakan lelaki itu.
Warna putih memang telah selalu menjadi pilihan bagi pasangan untuk mengadakan majlis nikah. Suci dan bersih. Bagi Medina, dia amat menggemari warna putih.
Kerana warna putih lansung tidak kelihatan buruk. Tenang apabila dipandang. Ia akan menjadi kotor sekiranya ada tangan kotor yang sengaja membiarkan warna putih itu dicemari.
"Bagus lah. Saya tak sabar nak tengok awak pakai pakaian nikah kita nanti. Mesti cantik" Sambil itu Faiz sudah terbatuk-batuk. Ia tetap menimbulkan kerisauan terhadap diri Medina.
"Kalau awak tak sihat atau tak selesa, bagi tahu saya. Faham." Medina memberikan amaran keras.
Faiz tersenyum manis lalu mengangguk.
.
.
.
.
."Boleh kami lihat design baju yang lain? " tanya Faiz kepada salah seorang pekerja di butik tersebut.
Butik itu milik rakannya, Maisarah. Nama dia sudah cukup dikenali kerana pakaian yang direka cantik sehingga membawa nama ke antarabangsa.
Fesyen baju sungguh cantik dan menarik minat pelanggan untuk membeli.
"Medina! "
Terdengar nama dilaung lantas Medina memusingkan kepalanya melihat empunya tuan badan. Gadis yang memakai kemeja merah, dipadankan dengan seluar skinny menampakkan gadis itu sungguh cantik. Gadis itu juga siap berkot menunjukkan karisma sebagai seorang majikan di tempat kerjanya.
Tubuh badan Medina lantas dipeluk erat.
"Aku rindu kau. Baru ingat nak datang jenguk aku." Medina tergelak. Muka Maisarah cemberut apabila mengenangkan bahawa Medina sudah lama tidak bertemu dengannya.
Maisara Izzati. Dia pernah menjadi musuh atau lebih tepat pembulinya di sekolah ketika dahulu. Dia lah yang sentiasa membuat hati Medina sakit dengan perbuatan serta hinaan yang dilemparkan.
YOU ARE READING
Hadirkan Rasa Bahagia
Lãng mạn"Sayang tidak semestinya memiliki. " - Tengku Syakir Adam "Dan sayang tidak semestinya membahagiakan. "- Medina Tasnim . . . . .