Bab 25 ♡

144 7 0
                                    

"Faiz macam mana ma?" soal Medina. Puan Roslindah tersenyum. Mangkuk di tangan di letakkan di atas meja. Kepala Medina diusap lembut.

"Dia dah okay. Cuma dia kena tahan wad." ujar Puan Roslindah.

"Macam mana majlis? Hari ni dah hari Selasa, minggu depan dah berlansung. Tak cepat sangat ke mama. Dengan keadaan Faiz macam ni." dahi Medina berkerut. Sejujurnya dia tidak mahu terburu-buru. Biarlah mereka rehat sebentar.

Lagi pun kondisi Faiz tidak lah baik.

"Itu keputusan Faiz sayang. Kalau ikutkan mama dengan papa pun berat hati. Tapi Faiz paksa. Jadi mama tak mahu lah dia sedih." Medina mengeluh.

Dia sendiri terpaksa terima walaupun hatinya kini tidak mahu itu berlansung.

Dia takut sekiranya masa yang akan datang sama nasib seperti ketika dahulu.

Medina takut akan cinta. Dan dia takut untuk beri hatinya. Takut diberi pada orang yang salah.

Medina hanya mampu mendoakan kebahagiaan agar hadir dalam hidupnya.

Seringkali dia berdoa kepada pemilik hati.

Puan Roslindah memandang sayu wajah sugul anaknya yang jauh termenung memandang kota raya di luar tingkap.

Jauh di sudut hatinya, dia tahu apa yang dirasakan oleh anak kesayangannya itu. Sudah lama dia tidak melihat wajah ceria Medina Tasnim. Segala-gala nya berubah. Dia berharap Faiz Putera ialah orang yang tepat.

Yang mampu membahagiakan Medina Tasnim.

.
.
.
.
.

"Assalamualaikum." Medina melangkah masuk. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Faiz.

"Kenapa awak datang sini? Awak kan tak sihat lagi." kata Faiz. Tampak risau di wajahnya.

"Saya dah okay. Awak tu haa. Degil." marah Medina.

Faiz tergelak.

"Siapa yang degil? Saya atau awak?" jeingan diberikan.

Medina berdecit.

"Awak kena sihat. Kalau tak macam mana nak kahwin dengan saya. Tengok keadaan awak sekarang. Macam mana tak buat saya risau."

Faiz mencuit hidung Medina.

"Eee ada je benda nak bebel." Medina mengelak.

"Saya bebel ni sebab saya risaukan awak." kata Medina.

"Ye ke? Atau awak sayangkan saya?" gurau Faiz.

Medina tersenyum nipis. Tidak mampu untuk memberikan jawapan.

"Makan lah bubur ni. Panas-panas sedap." Medina sengaja mengalihkan topiknya.

Faiz yang tahu akan hal tersebut, hanya mendiamkan diri. Lalu menganggukkan kepala nya.

"Nak awak suapkan boleh?" pinta Faiz manja.

Medina tersenyum lucu. Wajah kacak Faiz ditenung.

Mengapa Faiz tidak memilih wanita yang lain? Faiz sudah cukup sempurna di matanya. Baik akhlaknya mampu membuatkan gadis-gadis cair.

"Jika benar dia jodoh aku, Ya Allah, tolong jaga hubungan kami." getus hati Medina.

Petikan jari menyedarkan Medina dari lamunan.

"Eh mengelamun pula dia."

"Apa awak cakap tadi?" soal Medina.

"Saya nak awak suapkan saya boleh?" pinta Faiz lagi.

Hadirkan Rasa BahagiaWhere stories live. Discover now