Bab 5 | Part 3 ♡

186 12 0
                                    

Pelipisnya diurut. Otot diregangkan. Siap akhirnya kerja yang diberikan oleh cikgu tiga hari yang lepas. Syakir memandang kertas-kertas yang berselerak. Tetapi fikiran sudah jauh melayang memikirkan tentang cabaran yang diberikan oleh kawan-kawannya.

Dia orang kalau dah diberi peluang nak kenakan aku, ada je benda merepek nak bagi dekat aku. Hati mula merungut.

Dah kau setuju Syakir. Kalau kau tak setuju, tak adanya sekarang kau ada dalam situasi sulit ni. Akal mula menindas.

"Arhh. " Syakir menjerit perlahan. Kusut betul dia sekarang ini. Terngiang-ngiang kata Haikal tempoh hari.

"Aku nak kau tackle awek tu. " Rayyan mula memberikan pendapat mereka semua. Syakir memandang kearah dua gadis tersebut.

"Perempuan cantik tu. Ouh boleh je. Senang kacang. " Mereka semua memandang sesama sendiri sebelum menghamburkan ketawa. Syakir mula memandang pelik. Salah ke aku sebut tadi?

"Mimpi lah kau. Gadis cantik tu aku punya. Yang kita orang nak kau tackle, perempuan gemuk tu. " Terkejut bukan kepalang Syakir. Matanya membulat. Seriuslah kawan-kawan aku ni.

"Wei kau orang biar betul. " Tegak terus badan Syakir. Gila ke mereka ini.

"Ya. Itu je cabaran kita orang. Takkan kau taknak buat kot. Pengecutlah nama dia. " Afiq mula mencurahkan api. Sangat tahu bahawa Syakir memang pantang dicabar. Pernah ketika dahulu, mereka semua mencabar Syakir untuk menyorok serta membuang kasut guru disiplin didalam longkang, Syakir melakukannya tanpa rasa gentar dan takut.

Tindakannya sehingga kini lansung tidak dapat dikesan oleh pihak sekolah. Hebat.

"Okay, fine. Aku sahut cabaran kau orang. " Syakir akhirnya mengalah.

"But... " Haikal mengangkat-angkat kening sambil tersenyum sumbing.

"But? " Syakir sudah tidak sabar. Dia tahu pasti ada lagi helah yang ingin dilakukan oleh mereka. Tetapi lansung tidak memberikan sendikit ketakutan pun dalam diri Tengku Syakir.

"Of course lah ada rules, dude. " Afiq membalas tamparan dengan Haikal serta Rayyan.

"Hm apa? "

"Pertama, satu bulan je masa kau untuk couple dengan dia. " Rayyan memulakan peraturan yang pertama. Syakir menganggukkan kepalanya.

"Kedua, selepas sebulan kau perlu tinggalkan dia. Pastikan dia terkesan dengan tindakkan kau. Kalau lagi hebat, buat dia menderita." Afiq tersenyum sinis.

"Dan yang terakhir. Kau lansung tak boleh jatuh cinta dengan dia. Couple dengan dia tetapi bukan dalam keadaan sayang. Buat dia bahagia tapi bukan dengan keikhlasan hati kau. " Haikal menyandarkan tubuhnya.

"Simple, right? " Syakir menganggukkan kepala. Senang baginya.

Sudah ramai perempuan yang dilakukan sebegitu. Setakat perempuan gemuk tu, petik jari jelah. Bagi lah dua bulan, dia mampu untuk buat perempuan gemuk tu menderita. Tanpa Syakir sedar, dia sudah pun mengukirkan senyuman penuh makna. Lebih tepat lagi, senyuman jahat. Rakan-rakannya yang lain pula tersenyum lebar. Beginilah sahabat.

Syakir tahu cadangan yang diberikan oleh rakannya begitu kejam. Tersangatlah kejam. Tetapi mereka berempat sudah biasa mempermainkan wanita. Dan kebiasaannya, Syakir lah yang selalu membuat wanita-wanita disana cair dengan kata manis tapi ditinggalkan tanpa sedikit rasa kesian dan simpati.

Syakir tergelak kecil apabila mengingati semula apa yang pernah dia lakukan dahulu. Dia mencapai telefon bimbitnya yang berada disebelah fail lalu mencari sesuatu.

Hadirkan Rasa BahagiaWhere stories live. Discover now