Lututnya dirapatkan. Medina masih memikirkan tentang perkara yang berlaku disekolah tadi. Adakah patut untuk dia terima tawaran sekolah tersebut. Memang dari dulu dia inginkan tawaran tersebut, tetapi bukan keseorangan.
Jadi sekarang, tawaran tersebut hanya diberikan kepada dia. Medina menggelengkan kepala. Dia ingin Trisya menyertainya sekali. Dia pasti jika dia bersekolah di situ, nasib yang akan menimpa dirinya pasti buruk.
Masa yang diberikan hanya seminggu untuk dia membuat keputusan dengan betul. Trisya jugak tidak habis-habis menggalakkannya untuk pergi dan menerima tawaran tersebut. Medina menoleh melihat ke arah pintu apabila terdengar bunyi ketukan.
"Sayang fikir kan apa tu? Mama tengok kusut je. Kenapa? " Puan Roslindah duduk di birai katil. Sempat dia mengusap kepala anaknya itu.
Medina bergerak ke arah mamanya lalu membaringkan kepalanya diatas peha Puan Roslindah.
"Mama tahukan yang Medina dapat tawaran tu?" Puan Roslindah menganggukkan kepala.
"Medina rasa taknak lah pergi. Medina seorang-seorang nanti. Medina tak ada kawan nanti mama. Kalau dekat sini, Medina ada Trisya." Puan Roslindah tersenyum melihat celoteh anaknya. Rupanya itu yang dirisaukan dan membelenggu fikiran anaknya itu. Dia mengambil tangan Medina lalu dielus lembut.
"Mana boleh macam tu. Tawaran bukan datang banyak kali. Medina dikira bertuah dapat tawaran macam tu. Mama and papa bangga. Kelebihannya banyak kalau Medina terima tawaran tu. Ada ramai lagi pelajar yang berebut nak tawaran ni, tapi Medina seorang yang terpilih. Medina tak rasa bangga ke. Dua bulan je Medina ada dekat sana. Pejam celik pejam celik nanti Medina kembali balik dekat sekolah lama. Boleh jumpa Trisya." Panjang lebar Puan Roslindah memberi nasihat. Kata-kata yang dilontarkan membuat kan Medina tersentap. Dia cuba menghadam setiap apa yang yang diperkatakan.
Ada betul apa yang dikatakan oleh mamanya. Peluang yang ada sekarang ini perlu diambil sebaik mungkin. Dia tidak perlu risaukan perkara-perkara yang tidak penting.
"Dahlah mama nak tidur. Medina jangan tidur lambat sangat okay." Dahi anaknya dikucup penuh kasih sebelum keluar dari kamar tersebut. Medina senyum. Indah ciuman yang diberikan oleh mama nya itu.
Tiba-tiba fikirannya teringatkan tentang Syakir. Apa yang sedang lelaki itu lakukan sekarang ini. Dia dan Syakir semakin rapat. Banyak juga perkara yang pernah diborakkan menimbulkan rasa keselesaan kepada diri seorang Medina.
Sekurang-kurang Medina ada juga kawan lelaki untuk meluahkan masalahnya.
Medina tersenyum apabila mengingati titik permulaan perkenalannya bersama Syakir. Semuanya dari sahabat baiknya, Trisya Ratna.
.
.
.
.
.
"Trisya, saya dah lama nak tanya benda ni. Tapi saya asyik lupa je. Awak ada bagi nombor saya dekat siapa-siapa ke? " Trisya mengerutkan dahinya. Jari telunjuk diketukkan di dagu seolah-olah tengah berfikir."Hmm dekat siapa ea? " Medina membuat muka. Menunggu jawapan. Setelah agak lama, akhirnya Medina sendiri yang membuka mulut. Nak harapkan Trisya ingat, dua tahun lagi entah ingat ke tidak. Kawan dia yang seorang ini pelupa teruk.
"Syakir! " sebutnya kuat. Medina terus menutup mulut apabila suaranya yang kuat membuatkan beberapa guru yang lalu lalang di koridor memandang tajam ke arah mereka.
"Ish awak ni. Perlahan kan sikitlah suara tu. Bukannya saya pekak lagi. Tapi saya nak tanya ni, Syakir mana ya."
Medina ingin sahaja menghantukkan kepalanya di meja. Telan semut ke waktu cuti. Teruk sangat dah tu.
"Tengku Syakir? " Meja ditepuk kuat. Bahu Medina terangkat. Dadanya diurut. Nasib tiada heart attack. Kurang asam punya Trisya.
"Ye ye saya ingat! Tengku Syakir Adam kan? " Anggukan diberikan.
YOU ARE READING
Hadirkan Rasa Bahagia
Romance"Sayang tidak semestinya memiliki. " - Tengku Syakir Adam "Dan sayang tidak semestinya membahagiakan. "- Medina Tasnim . . . . .