Rambutnya dikemaskan. Baju blouse berwarna soft pink bercorak bunga kecil berwarna putih sangat sesuai dengan kulitnya yang cerah. Dipadankan dengan seluar palazo berwarna putih. Medina hanya memakai bedak dan lipstick yang berwarna pink. Kelihatan cantik dan menawan. Matanya yang bundar, alis mata yang melentik cantik, hidung mancung yang terletak elok, bibir mungil kemerahan, dan tulang muka yang membentuk indah. Betul-betul seperti karisma seorang ratu.
Medina tersenyum sinis. Inilah diri dia yang baru. Cantik dan menawan. Petik jari, ramai lelaki beratur. Tapi dia tidak semurah itu. Lelaki baginya semua adalah sama. Hanya mahu nafsu mereka dipuaskan, tetapi lansung tidak kenal erti mencintai dan menghargai. Sampah!
"Syakir syakir. Lima tahun benda tu dah berlalu. Kau jangan ingat dengan permohonan maaf kau tu, aku akan terbuka hati untuk terima. Aku tak bodohlah Syakir. Kau buat aku menderita. Kawan-kawan kau buat aku sengsara. Dan dia buat aku kenal apa itu erti dunia yang sebenar. Kejam betul kau orang kan.
Lima tahun yang lalu, aku pergi bukan bererti aku kalah Tengku Syakir Adam. Tapi aku ubati hati aku yang bernanah ni. Kecewa dan derita, aku akan pastikan kau akan kena juga."
Lipstick diletakkan ditempat yang sepatutnya.
"Medina Tasnim. Kau bukan kau yang dulu. Yang lemah. Yang dipijak dan mudah dianiaya. Jangan jadi bodoh macam dulu. Kau kuat untuk balas balik perbuatan mereka satu persatu."
Bedak dimasukkan didalam beg tangan berwarna putih jenama Gucci.
"Kau balas balik Medina. Buat dia orang sengsara. Mudah. "
Beg tangan diletakkan dibahunya.
"Balas perlahan-lahan. Tak perlu pun terburu-buru. Buat macam mereka dahulu. Mereja jatuhkan engkau Medina dengan perlahan-perlahan tanpa kau sendiri sedar. Buat sama macam apa yang dia orang buat.
Jam tangan berwarna emas dipakaikan dipergelangan tangannya.
"Eh salah!"
Rantai diambil lalu diletakkan dileher jenjangnya yang berwarna putih. Sungguh menggoda.
"Buat lebih daripada apa yang mereka semua buat dekat kau, Medina Tasnim."
Cincin tunang yang bertakhtakan berlian disarungkan dijari manisnya.
Perfect !
Cantik sungguh penampilannya pada hari ini. Tubuhnya yang cantik dan tinggi, membuat Medina merasakan kerjaya sebagai seorang model amat sesuai untuk diri nya. Medina lantas berlalu meninggalkan bilik tidurnya.
Kasut tumit tinggi berwarna biru gelap diambil. Setelah bersarapan dengan kedua orang tuanya, kereta Mini Cooper berwarna pink miliknya membelah jalan raya.
Briefcasenya diambil. Syakir segak berpakai kemeja berwarna biru muda. Kot hitam nya diletakkan dilengan. Dia mula memandu Honda City. Tidak sabar untuk pergi ke pejabat. Tersenyum lebar dia pada pagi ini.
Lampu isyarat berwarna merah. Syakir memperlahankan keretanya. Cermin mata hitam dipakai menampakkan dirinya semakin kacak. Dia memerhatikan jalan raya yang semakin sesak dengan kenderaan. Sudah pasti mereka ingin cepat untuk sampai ke tempat kerja. Lengan kanannya disandarkan ditepi tingkap. Matanya memandang kereta sebelahnya. Cantik kereta Mini Cooper tu, warna pink ! Syakir sempat memuji.
Tanpa dia sedar, tingkap kereta Mini Cooper itu terbuka sedikit. Matanya sempat menangkap plastik gula getah yang dibaling keluar tingkap kereta.
"Sayang, tuan punya keretanya pula tak cantik perangai. " Omelnya perlahan. Dia menggelengkan kepala.
YOU ARE READING
Hadirkan Rasa Bahagia
Romance"Sayang tidak semestinya memiliki. " - Tengku Syakir Adam "Dan sayang tidak semestinya membahagiakan. "- Medina Tasnim . . . . .