Part 21

69 9 0
                                    

Cinta Luar Biasa Si Tunduyutung
BY : TESCY DESCY
Rekaan semata mata
Slowly Update

Part 21

#Ke-esokkan Hari.
#Tunduyutung

Tunduyutung kana kasi keluar wad sudah. Tunduyutung diam-diam saja. Walaupun, macam banyak si Tunduyutung mahu tahu pasal masa lalu dia. Tapi, si Tunduyutung rasa, macam susah butul mahu keluar dari mulut dia.

"Herry, mari ikut saya." - Dato' David cakap sama si Tunduyutung.

"Kita mahu pigi mana?" - Tunduyutung tanya si Dato' David.

"Saya bawa kau pulang."

"Aar.. Tidak paya lah." - Tunduyutung mahu tulak kunun palawa tu Dato'.

"Kanapa?" - Tu Dato' tanya si Tunduyutung.

"Sia mahu balik rumah." - Dato' David tarik napas dia sambil tingu si Tunduyutung.

"Kau ingat kah mana rumah kau?" - Tunduyutung giling kapala.

"Jadi, macam mana kau mahu pulang?" - Tunduyutung diam saja sambil tingu anak mata Dato' David.

"Sorry, Herry. Sebab kau tulung saya. Memory kau lost. Sebagai balasan. Saya bawa kau pulang dulu pigi rumah saya. Bila ingatan kau sudah baik. Kau pigi lah cari keluarga kau. Kalau ka'adaan kau macam ni. Macam mana kau mahu cari siapa diri kau sebenar. Termasuk keluarga kau?" - Tunduyutung tunduk. Dato' David pigang bahu si Tunduyutung.

"Jangan risau, Herry. Kau selamat di kawasan saya. Mari."

Tunduyutung ikut saja langka tu Dato'. Sampai saja dapan kereta. Tunduyutung masuk dalam kereta sama-sama tu Dato'. Tunduyutung duduk diam-diam saja sambil be'pikir. Tu Dato' pun diam-diam saja.

Sampai saja di dapan rumah banglo yang ada 4 tingkat. Tunduyutung tingu tu rumah dengan pandangan kusung. Ta'kajut pun tidak. Heran pun tidak. Sakai pun tidak. Tunduyutung rasa macam parasaan dia kusung ni.

"Bah, mari masuk. Buat macam rumah sendiri." - Dato' David cakap sama si Tunduyutung. Tunduyutung senyum saja.

"Bik." - Dato' David panggil maid dia.

"Ya, Dato'?" - Ketua maid yang jawab tu Dato'.

"Bawa dia pigi bilik. Nanti hantar saja makanan pigi bilik dia. Biar dia rehat dulu." - Tu Dato' cakap sama tu maid.

"Baik, Dato'."

Tu maid bawa si Tunduyutung mahu naik pigi tingkat 1. Tunduyutung ikut saja. Sampai di bilik, tu maid kasi tunjuk-tunjuk lagi si Tunduyutung, mana bathroom. Mana pakaian baru yang Dato' David sudah suruh orang-orang dia pigi kasi beli untuk si Tunduyutung. Tu maid kasi tunjuk lagi si Tunduyutung, mana pintu mahu keluar pigi balkoni.

Tunduyutung diam-diam sambil angguk-angguk kapala saja. Siap tu maid kasi tunjuk-tunjuk si Tunduyutung dalam tu bilik. Tu maid keluar. Tunduyutung pigi duduk di siring katil. Tunduyutung cuba mahu cari jawapan, siapa dia yang dulu.

"Aarrggghh..."

Tiba-tiba sakit kapala si Tunduyutung. Tunduyutung paksa mahu ingat pasal masa lalu dia bah, tu lah pandai sakit kapala si Tunduyutung. Tunduyutung pigang kapala dia, sambil tunduk tingu lantai.

"Jangan di paksa, Herry." - Tunduyutung pusing pigi arah pintu. Dato' David pula.

"Sia mahu ingat, siapa sia saja bah ni." - Tunduyutung jawab tu Dato'.

"Rehat dulu. Nanti kau sakit, kalau cuba mahu paksa."

Tunduyutung diam sambil tarik napas. Tu Dato' pujuk si Tunduyutung, mahu suruh pigi rehat. Tunduyutung pigi juga tidur. Dato' David keluar dari bilik si Tunduyutung, mahu pigi bilik sebelah.

Cinta Luar Biasa Si Tunduyutung Where stories live. Discover now