Cinta Luar Biasa Si Tunduyutung
BY : TESCY DESCY
Rekaan semata mata
Slowly UpdatePart 16
#Bandar
"Anak wagu.. Anak wagu." - Tunduyutung kana kasi bangun. Tunduyutung buka mata dia. Tunduyutung tingu urang yang kasi bangun dia, tu pemandu bas bah pula.
"Kau tidak mahu turun kah? Sampai bandar sudah ni." - Sambung lagi tu pemandu bas cakap sama si Tunduyutung. Tunduyutung tingu di luar. Sampai sudah bah pula.
"Aikk.. Lama sudah kah kita sampai ni angkol?"
"Tidak juga lama. Tapi, tinggal kau lagi ni bulum turun."
"Ohhh.. alahhh.. Siou."
Tunduyutung terus bediri. Tunduyutung turun dari tu bas sambil paluk beg dia. Tunduyutung tingu di kawasan tampat dia bediri. Si Tunduyutung ada di kawasan terminal bas. Tunduyutung talan-talan lagi air liur dia. Lama juga perjalanan si Tunduyutung mahu sampai bandar. Dari jam 10 pagi si Tunduyutung dari pekan di kampung dia. Mahu jam 2 sudah si Tunduyutung sampai bandar, pasal jem gia tu perjalanan.
'Mana sia mahu pigi ni.' - Tunduyutung bisik dalam hati.
Bingung-bingung si Tunduyutung mahu jalan pigi arah mana. Sudah lah si Tunduyutung tiada siapa-siapa, kana lagi bawa diri sendiri. Tunduyutung tingu mana ada ramai orang jalan, sana lah si Tunduyutung ikut.
"Bos.."
Tiba-tiba ada suara pigi panggil si Tunduyutung. Tunduyutung tingu arah tu suara. Ada 1 lelaki kurus-kurus pakai pakaian kemas-kemas juga dari pakaian si Tunduyutung. Tu orang pigi dakat si Tunduyutung.
"Bos, barang bagus." - Sambung lagi tu orang cakap sama si Tunduyutung. Terus be'kerut dahi si Tunduyutung.
"Siou, sia bukan bos. Barang bagus apa tu?" - Sopan butul si Tunduyutung jawab tu lelaki.
"Dari kampung kah bos?" - Tu lelaki tanya si Tunduyutung sambil si Tunduyutung kana tingu dari atas sampai bawa.
"Arr.. Ya."
"Mahu pigi mana bos?"
"Aarr.. Sia mahu cari karaja." - Terus tu lelaki senyum sinis.
"Ohhh.. Kau mahu kerja. Kerja apa kau mahu bos?" - Sambil tu lelaki pigi kambai bahu si Tunduyutung.
"Apa-apa saja. Kau tahu kah, ada karaja kusung?"
"Ohhh.. Tahu bah busku. Mari ikut aku."
"Di mana kawan?"
"Ikut saja. Ada tu sana." - Tunduyutung ikut saja.
"Busku, kau tiada duit kah?" - Tu lelaki tanya lagi si Tunduyutung.
"Aarr.. Ada juga bah. Kanapa kawan." - Ta'lampau lurus bendul bah si Tunduyutung ni mahu terus tarang.
"Aku ada barang bagus ni. Kau mahu kah?"
"Barang apa juga tu?"
"Ni bah busku." - Sambil tu lelaki kasi tingu si Tunduyutung 1 plastik kici. Terus be'kerut dahi si Tunduyutung tingu tu plastik.
"Apa tu? Garam kah?" - Terus tu lelaki katawa saja.
"Ya busku. Garam yang buli buat kita tenang."
"Barapa lah tu kau jual?"
"Kalau macam ni punya. Aku jual 50 saja." - Terus bulat saja mata si Tunduyutung.
"Alaahhh.. Kici-kici macam tu pun, mahu 50 kah?"
YOU ARE READING
Cinta Luar Biasa Si Tunduyutung
RandomSinopsis Cinta Luar Biasa Si Tunduyutung BY : TESCY DESCY 100% Sabahan Slang Rekaan nopo 😜. Slowly Update Sia cuba lagi bikin cerita pasal perjalanan kehidupan tanak wagu kunun. Balik-balik cerita sumandak putus sinta saja sia bikin kan 🤣😂...