Part 30

60 7 0
                                    

Cinta Luar Biasa Si Tunduyutung
BY : TESCY DESCY
Rekaan semata mata
Slowly Update

Part 30

Macam ada bunyi tapak kaki size basar si Tunduyutung dingar. Tu daun-daun karing bo'bunyi, macam ada barang barat kana tarik di atas tanah. Tunduyutung cari-cari tu bunyi. Tu bunyi macam ada di keliling tu puncak bukit bah.

'Aduiii… macam mana sia mahu ambil tu bunga.' - Tunduyutung garu-garu kapala dia, sambil Tunduyutung cari jalan mahu panjat tu pokok.

'Aarrghh!! Panjat saja lah.'

Tunduyutung cakap dalam hati saja sambil cari jalan mahu ambil tu bunga. Tunduyutung tiada pilihan lain. Macam mahu turun sudah tu cahaya matahari. Takut juga si Tunduyutung, kalau dia tidak dapat pulang.

Tunduyutung pigi dakat tu pokok basar. Tunduyutung tingu tu pokok. Tunduyutung tingu kulit tu pokok mana yang buli dia injak. Ada kulit-kulit tu pokok timbul bah dari batang tu pokok. Tunduyutung cuba panjat sambil injak tu kulit kayu. Karas juga bah tu kayu.

Tunduyutung sampai saja sana atas tu pokok. Guyang-guyang ekur tu ular. Tunduyutung takut kalau tu ular bangun. Tunduyutung tingu tu bunga, ngam-ngam dakat kapala tu ular. Tunduyutung cuba lagi mahu naik atas sikit, supaya dia dapat pigang dahan tu kayu yang ada di atas kapala tu ular.

'Jangan dulu kau bangun.. Tulung lah.' - Tunduyutung bisik dalam hati sambil tingu mata tu ular.

'Arghh.. Sikit lagi.' - Tunduyutung cuba mahu kasi sampai tangan dia, mahu ambil tu bunga.

'Sikit lagi.. Ahh.. Dapat.'

Tunduyutung dapat tu bunga. Terus to'buka saja mata tu ular. Ta'karas si Tunduyutung, bila tu ular buka mata sudah. Tu ular angkat kapala dia. Tunduyutung cuba mahu turun palan-palan.

Krakkk.. Krakkk.. Krakkk…

Bo'bunyi bah tu pokok kana pulas ekut tu ular. Sepantas kilat bah si Tunduyutung turun dari tu pokok. Ada dalam 10 kaki lagi mahu sampai tanah. Tunduyutung tiada pilihan lain.

Dubbb..

Tunduyutung lumpat saja turun pigi tanah. Semua tu ular-ular dari atas tu dahan-dahan pokok, semua bangun. Tu kabus makin tabal. Tunduyutung mahu lari, tapi dia tidak nampak jalan. Tunduyutung dingar bunyi salakan tu anjing, tapi Tunduyutung tidak tahu di mana tu anjing.

Bukk.. Bukk.. Bukk..

Ba'jatuhan lagi semua tu ular pigi tanah. Tunduyutung genggam kuat-kuat tu bunga. Turun lagi tu ular basar. Tu ular mahu pigi dakat si Tunduyutung. Macam kana gam kaki si Tunduyutung di tanah. Tidak bah si Tunduyutung dapat ba'garak.

'Shit!! Buat hal ni kaki!!' - Tunduyutung bisik dalam hati.

Zuppp…

Muncul 1 asap hitam. Terus tu ular tunduk sama tu asap hitam. Tunduyutung tingu saja tu asap hitam. Palan-palan tu asap hitam be'tukar jadi bentuk manusia. Perempuan tua sudah, pakai baju dulu-dulu warna hitam. Ada tongkat kayu panjang tu odu-odu pigang.

"Bahhh.. Jangan kamurang masam-masam sama tuan kamu ni. Sekarang, dia lah tuan kamurang. Ni tanah, dia punya. Kamu tinggal saja sini diam-diam." - Tu odu-odu cakap sama tu ular semua.

'Kamurang? Aikk.. Macam urang pula ni ular.' - Tunduyutung bisik dalam hati.

"Utung, durang ni. Panjaga ni tampat. Durang tinggal sini, sebab sini salamat." - Tu odu-odu cakap sama si Tunduyutung.

"Ohh.. Pandai patuk kah tu?" - Tunduyutung tanya tu odu-odu. Tu odu-odu senyum sama si Tunduyutung.

"Bahhh.. Kamurang kasi nampak lah diri kamurang tu." - Tu odu-odu cakap sama tu ular.

Cinta Luar Biasa Si Tunduyutung Where stories live. Discover now