Part 14

86 12 1
                                    

Cinta Luar Biasa Si Tunduyutung
BY : TESCY DESCY
Rekaan semata mata
Slowly Update

Part 14

“Ma, buli kah durang cari apa yang mama suruh tu?” - Adik perempuan si Tunduyutung tanya mama durang.

“Emmm.. Nasib durang lah. Kalau tu rusah mahu muncul dapan durang.” - Bilang mama si Tunduyutung.

“Ada kah tu rusah macam tu, ma?” - Adik lelaki si Tunduyutung lagi tanya mama durang.

“Kanapa pula tiada? Tu rusah tu, tiada di hutan tu. Dia ada sini dakat-dakat rumah kita saja. Tapi, bukan semua urang buli nampak.” - Bulat saja mata durang si Tunduyutung dingar mama durang cakap macam tu.

“Aikk.. Ya kah, ma. Tidak parana pun surang nampak.” - Adik perempuan si Tunduyutung bersuara.

“Mimang lah. Malam saja gia dia datang.”

“Dia buat apa datang sini rumah kita, ma?”

“Parana kan bapa kamurang cakap, ada mahu limpas pigi round-round kampung. Tu yang bunyi selalu kita dingar tu. Dia lah bah tu.”

“Bukan tu…” - Adik perempuan si Tunduyutung tidak kasi habis ayat dia. Tapi, adik si Tunduyutung kasi maksud tu rogon (hantu) sana hutan.

“Bukan. Bapa kamurang singaja mahu kasi takut kamurang bah tu. Supaya kamurang tidak ingat-ingat mahu pigi cubuk di luar. Bapa kamurang tidak mahu, kamurang tahu tu rusah wujud. Pasal kamurang masi budak-budak lagi masa tu. Bapa kamurang takut, kamurang ta’lapas cakap sama urang-urang kampung yang kamu ada nampak tu rusah. Tu lah, bapa kamurang singaja kasi takut-takut kamurang tu.” - Bilang mama si Tunduyutung.

“Kanapa pula tu rusah suka pigi rumah kita, ma?” - Tunduyutung lagi tanya mama dia.

“Lapas mama kasi tahu kamurang. Mama harap, kamurang simpan ni rahsia. Tidak buli orang lain tahu ni hal. Kamurang dingar kah?”

Mama si Tunduyutung tingu durang si Tunduyutung satu-satu. Semua durang angguk kapala. Kecuali adik bungsu si Tunduyutung saja tiada dakat durang si Tunduyutung. Adik bungsu si Tunduyutung tidur sana bawa puku rambutan dakat dapan sawah. Sana dalam ayunan bikinan si Tunduyutung, adik si Tunduyutung tidur.

“Tu rusah tu, bukan binatang semua jadi. Dia tu kana sumpah sama muyang kamurang. Dia tu manusia macam kita. Dia ni pengikut muyang kamurang yang dulu-dulu. Tapi di sebabkan dia langgar perjanjian sama pantang larang. Dia kana sumpah. Tu sumahan akan hilang lapas muyang kamurang ada 9 keturunan. Pasal tu lah tanduk dia ada 9 cabang. Lapas cukup sudah keturunan muyang kamurang sampai 9 keturunan, baru lah tu rusah jadi manusia balik, dan akan mati sebagai manusia. Selagi bulum cukup lagi keturunan muyang kamurang, selagi tu lah tu rusah terus hidup. Dan akan terus berjaga di kawasan rumah kita. Dia tidak buli kana jumpa sama urang-urang kampung. Kalau urang kampung nampak dia. Dia buli kana bunuh. Jadi, kalau dia kana bunuh sebelum cukup keturunan muyang kamurang, dia akan mati sebagai binatang. Dan di masa kelahiran baru dia akan datang, dia akan tatap lahir sa’bagai binatang. Pasal tu lah, bapa kamurang tidak mahu kamurang tahu, yang dia tu ada. Bapa kamurang cuba mahu kasi salamat dia dari mata urang-urang jahat. Dia bukan ada kuasa mahu kasi lindung diri dia, pasal tu lah bapa tidak mahu siapa-siapa tahu pasal dia ni. Dia salamat di sini. Dia datang sini pun, sebab dia keluar pigi makan saja.” - Panjang libar mama durang si Tunduyutung kasi cerita sama durang si Tunduyutung.

“Ma, tu rusah lelaki atau perempuan?” - si Edon lagi tanya mama durang.

“Perempuan. Dia bidan kampung macam muyang perempuan kamurang. Cantik dia ni.”

Cinta Luar Biasa Si Tunduyutung Where stories live. Discover now