Ep 87 Kazim Elias

1 0 0
                                    

Ustaz Kazim elias telah berceramah untuk mengenali jodoh. Pada suku pertama jodoh ya dia telah menceritakan keadaan bahawa mengenal jodoh yang zmana sekarang yang banyak orang kecil yang tidak sepatutnya bercinta dan nak bercinta. Dia juga cerita tentang jodoh yang ada berkaitan dengan agama yang baik dan akhlak yang baik.

Agama yang baik. Ini bermaksud yang ada fahaman agama. Allah beri fahaman agama yang Dia sahaja akan memberi pada orang yang dikehendakinya. Tanya bukan pada orang yang hendak meminang tetapi pada anak kita sendiri jika perempuan. Ini kerana boleh tahu bahawa tahap pemahaman agama bakal suami itu.

Isteri juga menentukan baik dan buruknya suami. Ini kerana isteri duduk rumah dengan suami dan tahu tentang perangai dan akhlak suami. Dia lah orang terdekat yang tahu tentang suami.

Akhlak yang baik. Ustaz memberi tahu tentang agama tidak cukup kerana mahu akhlak itu sekali. Tanpa akhlak, agama itu tidak lengkap kerana ramai orang akan salah guna kerana tidak faham konsep agama. Agama perlu berjalan serentak dengan akhlak.

Yang agama boleh kita nilai. Tetapi akhlak tidak boleh nilai. Ada ulama zaman dulu belajar agama, 40 tahun dan juga dia belajar 40 tahun untuk akhlak. Ini menunjukkan bahawa akhlak itu tersangat penting. Perkara seperti ini boleh mengajin dan belajar dulu. Akhlak perlu di bentuk dan diambil masa untuk di bentuk. Jika ia dibentuk dengan baik, maka baik lah orang itu menjadi.

Faris Note 7Where stories live. Discover now