Hasad bermaksud dengki. Penyakit ini merupakan cabang dari sifat kedekut. Dalam hasad, kita rasa sekolah tidak mahu orang lain senang dan jadi senang seperi kita. Cara menjauhi perkara ini ialah dengan bersedekah dan menolong orang yang susah dan turut bersimpati dengan nasib mereka yang tidak berkemampuan seperti kita.
Riak mempunyai 2 iaitu riak khafi dan jali. Riak khafi berlaku dalam hati dan ia berpunca apabila seseorang mendapat pangkat dan suatu kebesaran dalam hidup. Untuk mengelakkan perkara ini, kita mestilah bersyukur dengan mengetahui bahawa ini semua pinjaman dari Allah dan meletakkan sifat zuhud dan merendah diri dalam diri.
Ujub ialah merasa takbur dan bangga dengan diri sendiri dengan melampau lampau. Ini susah diubati kerana mindset sendiri yang menjadikan begitu di sokong oleh hati yang kotor. Ini ialah perangai Iblis yang akhirnya dia diturunkan ke bumi kerana Ujub. Cara nak hilangkan Ujub ialah dengan kita perlu melihat orang dengan pandangan positif dan pandangan syukur supaya kita sedar diri. Kita juga jangan terlalu berlagak dan takbur kerana takbur dan riak juga melahirkan dna menyokong perasaan ujub ini. Dengan zikir Al nafs dan menghayati zikir Al nafs tersebut juga kita akan dapat bersihkan hati kita.
YOU ARE READING
Faris Note 7
Non-FictionStory of Faris through semester 4 of degree. Eventhough the story can be mix of Wattpad and study life. This shows that Faris determined to fight for Wattpad and stand with his studying life.