Ep 101 Stigma Hantu Malaysia

0 0 0
                                    

Badut di Amerika lebih ditakuti kerana stigma masyarakat yang menganggap mereka dengan kes penculikan kanak2. Tiada siapa yang berani dengan badut kerana ia seperti suatu perkara yang menakutkan. Contoh di Malaysia, penculik kanak2 ialah hantu kopek atau momok. Itu sebab selepas magrib pada masa dulu orang tua tidak kasi main di luar ditakuti hilang.

Malah stigma hantu telah lama wujud dan melebar sejak Kejatuhan Melaka. Tapi ia telah di kutuk dalam buku Hikayat Abdullah Munsyi pada 1824. Kejatuhan Melaka 1511 dan tahun 1824 beza jauh selama 313. Tapi zaman 2020 ada juga yang percaya kepada kewujudan hantu dan banyak hantu ini telah di senaraikan oleh buku Abdullah Munsyi itu sendiri. Kira beratus tahun juga lah orang Malaysia percaya kan hantu. Better x badut.

Kecuali di Malaysia kajian tentang hantu tidak holistik dan luas. Ia hanya mengkaji pada bidang yang tertentu contohnya paranormal. Pernah terbaca di Malaysia ada universiti yang menawarkan course tentang paranormal di suratkhabar. Sudah lupa akan tajuk itu. Harap ada course ini boleh la buat kajian tentang kepercayaan tentang hantu di Malaysia. Walaupun sudah maju di ambang 2020 tetapi ada juga orang yang percaya akan kewujudan yang karut. Ia wujud tetapi dipanggil jin dan syaitan.

Dalam hikayat Abdullah Munsyi, banyak perkara yang diceritakan dan ia juga fokus pada kepercayaan hantu. Ia lebih pada kritikan pada masyarakat. Buku itu juga menyatakan bahawa terdapat 27 hantu yang telah didaftarkan. Hantu pun boleh berdaftar daa. Itu hakikatnya. Keadaan dulu kita mahu elakkan anak2 daripada bermain di luar dan mereka akan bercakap ada hantu supaya mereka tidak degil. Ini kerana ia ialah pendidikan tidak formal yang membentuk asas budaya itu sendiri. Tidak salah tetapi ia telah menjadi kepercayaan yang amat karut dan berpanjangan. Siap ada francaise puntianak Harum sundal malam lagi haha. Love that show. Tetapi kepercayaan kepada hantu perlu di pandang secara holistik supaya dapat beza kan antara arahan masyarakat (budaya) atau hantu yang betul.

Sekian Faris

Faris Note 7Where stories live. Discover now