Part Vietnam III
Pada masa ini Malaysia juga telah membuag Dasar Berkecuali pada 1971. Tun Abdul Razak telah membuat ZOPRAN iaitu zon aman bebas dan berkecuali untuk boleh bebaik dengan negara Barat yang demokrasi dan negara komunis. Zaman Tunku Abdul Rahman adalah lebih Pro barat sebelum zaman Tun Razak.
Konsep ZOPRAN itu untuk menjalinkan hubungan antara negara ASEAn dan tidak mahu membuat konflik seperti di Vietnam yang sedang bergolak akibat US dan komunis. Di sini tiada barangan nuklear boleh diletakkan di kawasan Asia Tenggara, mengundurkan tentera asing dari Asia Tenggara dan mendapat pengiktirafan kuasa kuasa besar seperi US dan China.
Tun Razak juga telah berjumpa pemimpin China dan bebaik baik pada 1974. Bukan senang untuk berjumpa pemimpin tertinggi China kerana protokol pada masa itu perlu berjumpa dengan PM China sahaja.
Semasa zaman Tun Mahathir, isu pelarian Vietnam sangat panas. Ini kerana rakyat Vietnam Selatan telah lari ke luar negara kerana risau akan keselamatan dalam tempoh 1975 sehingga 1990.
Besut ialah tempat pertama pelarian Vietnam mendapat semasa 1975 di Terengganu. Kerajaan negeri Terengganu telah meletakkan mereka di Pulau Bidong untuk mengawal kemasukan mereka. Tetapi nelayan agak tidak suka perkara ini kerana Pulau Bidong ada hasil perikanan yang banyak dan tidak dibenarkan ke pulau sana.
Pernah dikatakan bahawa 2,400 orang pelarian pernah mendarat pada tahun 1978. Ini jumlah tertinggi pada masa itu.
Akhirnya kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk menghantar balik pelarian ke negara asal atau ke negara Barat yang sudi menerima mereka.
Jumlah pelarian yang ada di Pulau Bidong ialah sebanyak 252 ribu dan akhirnya menjadi kosong pada 1991.
Ada beberapa masalah berkaitan pelarian Vietnam tetapi perkara ini dapat diselesaikan dengan menghantar mereka balik ke negara asal atau negara baru.
Semua ini terdapat di suratkhabar Berita Harian 2005 dan ini merupakan satu pengajaran kepada kita supaya menjaga keamanan dan kestabilan negara.
YOU ARE READING
Faris Note 7
Non-FictionStory of Faris through semester 4 of degree. Eventhough the story can be mix of Wattpad and study life. This shows that Faris determined to fight for Wattpad and stand with his studying life.