Part 1 Brunei (1984-2020)
Saya akan mulakan dengan keadaan di Brunei sekarang. Brunei ialah sebuah negara Melayu yang berjiran dengan Malaysia iaitu di Sabah dan Sarawak. Brunei telah merdeka dari jajahan British pada tahun 1984 dan telah diketuai oleh Sultan Hassanal Bolkiah semasa itu.
Dari segi politik, Negara Brunei dikuasai oleh Sultan Brunei yang telah menjadi pemerintah disana. Disana menggunakan sisitem sultan secara keseluruhannya. Maka tidak ada parti politik seperi Malaysia dan ini menyumbang kepada kestabilan dan keamanan Negara Brunei itu sendiri. Sultan dan pembesar menguasai kementerian dan telah membuat dasar eksekutif (Kabinet) dan arahan Sultan sangat penting. Ini macam yang kita selalu belajar sejarah dalam buku yang menyatakan bahawa sistem beraja Melayu dan pembesar menguasai sesebuah kerajaan. Kadar rasuah di Brunei hampir tiada atau sedikit seperti Sinagpura. Ini kerana kroni (member dengan kerajaan) telah dilantik secara terus oleh Sultan Brunei dan tidak ada alasan untuk merasuah. Sultan juga boleh memecat orang yang merasuah tanpa masuk ke mahkamah untuk membuat rayuan semula. Tiada pilih kasih atau kasihan disini.
Dari segi ekonomi, Brunei ialah Negara yang amat kaya dengan hasil petroleum dan gas ali dan ini telah menyumbang kepada ekonomi utama di Brunei. Rakyat Brunei yang sikit juga dapat merasai hasil dari petroleum ini seperti pemberian biasiswa dan banyak lagi. Yang memberi hasil ini ialah Sultan kerana dia pemilik kepada petroleum ini semua. Royalti juga diberi pada kerajaan Brunei. Brunei juga tidak mempunyai cukai pendapatan dan tidak ada cukai yang dikenakan pada rakyatnya. Ini ialah suatu perkara yang amat baik kerana ia boleh menaikkan ekonomi kerana tanpa cukai, ekonomi akan membesar. Cukai berfungsi untuk diberi balik kepada golongan yang memerlukan tetapi nampaknya di Brunei, tidak perlu itu semua kerana semua bergantung pada hasil minyak dan jumlah penduduk. Yang ada hanya cukai jalan dan cukai tanah yang sangat murah. Ramai keluarga dan anak muda di Brunei tidak rasai beban kewangan ekonomi dan sara hidup seperti di Malaysia. Perubatan dan pendidikan telah disubsidi oleh Sultan dan bayaran hanya murah. Mereka telah diajar di sekolah kerajaan dan sekolah ini maju dan berteknologi tinggi.
Dari segi sosial, rakyat sana terdiri dari 70 peratus Melayu da nada juga orang orang Bidayuh, Murut, Cina dan lain lain. Rakyat Brunei ialah antara rakyat yang tersikit di Asia Tenggara dan hasil ekonomi dapat diberi pada semua tanpa diskriminasi. Brunei juga telah menggalakkan rakyatnya membeli kereta luar Negara dan tidak ada kereta buatan sendiri seperti Malaysia. Pernah dikatakan bahawa Grab tiada di Brunei kerana di sana rakyat mempunyai kereta dan harga petrol yang murah telah membantu semua yang tinggal disana.
Dari segi undang undang, setiap arahan Sultan ialah undang undang. Brunei juga telah menjaga agama Islam disini dengan cukup baik. Ini ditunjukkan dengan polis Brunei yang dibayar gaji yang amat bagus dan telah ada sistem hudud di sana. Hudud ialah sistem Islam yang perlu diimplementasi di seluruh negara Islam dan hukumnya wajib bagi setiap pemerintah. Bukan sahaja hudud, tetapi hukuman syariah juga ada. Kalau di Malaysia, kita belum ada sistem perundangan Islam seperti hudud lagi kerana masih di peringkat perbincangan. Sekian untuk part 1 Brunei.
YOU ARE READING
Faris Note 7
Non-FictionStory of Faris through semester 4 of degree. Eventhough the story can be mix of Wattpad and study life. This shows that Faris determined to fight for Wattpad and stand with his studying life.