Hidup aku sangat bahagia setelah bertemu dengan lelaki bernama Kim Taehyung. 5 tahun aku mengenali rapat dan bercinta dengannya sehinggalah kami berkahwin dan mendirikan rumah tangga selama 2 tahun dengan bahagia tanpa sebarang masalah.
Setiap kata kata yang keluar dari mulutnya hanyalah cinta dan kasih sehinggakan tiada sesaat pun aku merasa dikhianati. Jujur setelah bertemu dengan lelaki ini aku hanya mampu tersenyum bahagia dan hidup lebih bermakna.
Kesetiaan, kepercayaan, cinta dan kasih ini hanya untuk awak seorang, percayalah walaupun sebesar zarah sekali pun tidak pernah terdetik hati ini ingin berubah.
"Sayang, ikat kan tali leher kejap." Taehyung menghampiri aku yang tengah menghidang makanan di dapur. Dekat rumah ni hanya kami berdua sebab belum ada rezeki anak lagi.
Pinggang aku dipeluk erat oleh Taehyung dari belakang, tadi nak suruh ikatkan tali leher ni kenapa peluk pula ni?
"Kenapa ni sayang? Meh nak ikat tali leher tu dulu, kejap lagi lambat awak nak pergi kerja." Aku pusing menghadapnya tapi dia masih ingin memeluk ku.
"Hari ni balik lewat dalam pukul 11 malam macam tu, ada 3 meeting lepas tu ada dinner dengan syarikat Kim SeokJin. Nanti saya rindu isteri saya macam mana? Dah la selalunya time lunch saya balik makan lepastu pukul 5 saya balik kerja. Tapi hari ni saya kena balik lambat jadi saya nak peluk isteri yang paling saya sayang ni puas-puas takut nanti rindu." Kata Taehyung sambil peluk aku erat.
Aku hanya mengikuti rentaknya, manja suami ni kena layan kalau tak siapa nak layankan kalau bukan isteri. Kejap peluk, kejap cium.
"Sini pakai tali leher dulu." Aku ambil tali leher lalu pakaikan dekat Taehyung, dia hanya memandang aku dengan senyuman manis. Siap saja aku pakaikan dia terus dahi aku disambar oleh bibir panasnya.
"Hari ni saya buat nasi goreng kegemaran awak, makan banyak banyak tau." Aku sendukkan nasi goreng ke dalam pinggan Taehyung.
"Kalau saya gemuk macam mana?" Soal dia tersenyum lalu suapkan nasi goreng ke dalam mulut. Selama 2 tahun kami kawin ni, semua yang aku masak semua dia yang habiskan. Sekarang saja gatal soal macam tu.
"Awak gemuk ke kurus ke tetap saya sayang sampai hujung nyawa saya tau, dah makan cepat makan banyak-banyak." Balas aku sambil pandang dia yang dah tersengih.
"Gomawo sayang, tapi sayang masak semua sedap tu yang saya suka tu." Kata Taehyung lalu dia minum pula air coklat panas yang aku tuangkan ke dalam cawannya.
"Lunch nanti nak sayang hantarkan makanan tak? Kan awak cakap tak sempat balik." Soal aku lalu tambah kan nasi goreng kedalam pinggan Taehyung.
"Tak payah la buat susah ja, nanti sayang kena hadap jem pula. Kedai makan dekat bawah tu ada banyak, pandai-pandai la saya makan nanti. Sayang tu jangan tak makan pula and kalau mengantuk tak payah tunggu sampai saya balik tau." Kata Taehyung lalu habiskan makanannya.
"Okay sayang, tapi jangan tak makan pula. Nanti sakit susah pula." Aku hulurkan beg Taehyung setelah sampai depan pintu.
"Kalau saya sakit awak rawat la dengan cinta awak." Balas Taehyung lalu dia cium dahi aku.
"Dahi je? Hari ni pergi kerja lama tau." Kata aku. Taehyung senyum dan cium bibir aku dan kedua belah pipi ku.
"Kalau rindu saya call tau." Kata Taehyung sebelum masuk ke dalam kereta. Aku hanya senyum sambil mengangguk lalu tangan aku lambaikan kearah Taehyung.
"Kerja elok elok sayang, saranghae." Jerit aku sedikit sebelum Taehyung tutup pintu kereta dia.
"Nado saranghae!" Balas Taehyung lalu dia bagi flying kiss. Aku sambut dan letak dekat hati.
Selepas saja kereta dia sudah tidak kelihatan, aku tutup pagar dan pintu rumah. Sunyi ja rumah ni, aku dah mula rindu dia. Kami ada seekor anjing nama dia Kim Yeontan, tengah tidur kot dekat bilik dia.
Lepas aku kawin dengan Taehyung terus aku jadi house wife 24/7 . Kerja aku kemas rumah, basuh baju, masak dan macam macam kat rumah ni termasuklah main dengan Yeontan.
..
Jam menunjukkan tepat pukul 10 malam, lagi sejam baru suami aku pulang. Makanan yang aku masak untuk dinner sudah pun sejuk. Aku masak untuk dia sebab takut dia lapar bila balik nanti. Yeontan pun dah tidur lepas aku bagi dia makan tadi.
Masa macam lambat berjalan, aku dah mula mengantuk ni tapi aku gagahkan untuk tunggu suami aku pulang. Aku tak nak bila dia balik sekejap lagi dia rasa aku tak kesahkan dia yang letih bekerja. Walaupun sebenarnya dia tak kesah pun kalau aku tidur dulu.
Pejam celik pejam celik sampai bosan baru lah aku dengar kereta Taehyung masuk ke dalam perkarangan rumah. Rindunya aku dengan suami seorang ni. Tergesa-gesa aku buka pintu untuk menyambutnya.
"Sayang kenapa ni? Nampak letih ja, awak tak sihat ke?" Soal aku bila muka Taehyung pucat semacam ja.
"Sayang~ Saya rindu awak. Kenapa tak tidur lagi ni?" Kata dia sambil kami beriringan masuk ke dalam rumah.
"Awak nak makan tak? Kalau nak saya nak panaskan lauk." Soal aku sambil membuang tali leher Taehyung.
"Kenapa ni? Panas nya badan awak. Awak demam ni, dah makan ubat ke? Ni awak ada skip makan ke?" Soal aku lagi, risau sangat bila aku pegang dada dia yang berlapik baju pun terasa bahang panas.
"Saya tak larat." Balas Taehyung lemah.
"Jom naik mandi lepastu makan ubat then tidur okay, saya risau la." Aku pimpim tangan Taehyung ke tangga.
"Jangan risau suami awak kuat la, ni kalau awak nak tu pun boleh lagi." Balas Taehyung membuat kan aku rasa nak cubit dia.
"Sakit sakit pun sempat lagi nak gatal eh." Aku buka butang baju Taehyung bila dia dah duduk kat katil. Ini kalau aku tak tolong memang susah la dia nak mandi.
"Tapi kalau sayang nak betul-betul tunggu esok la baru ada lagi banyak power." Tambah Taehyung lagi, tapi kali ni aku betul betul cubit dia dekat lengan.
"Ish cepat pergi mandi." Aku tarik Taehyung supaya berdiri dan tolak dia kearah bilik mandi. Lepas saja Taehyung masuk mandi, aku turun bawah buatkan bubur ayam dan ambil ubat untuk dia.
Siap saja bubur aku bawa naik ke atas nak bagi Taehyung makan bersama ubatnya. Taehyung kalau demam memang manja habis, susah nak mandi, susah nak makan ubat lepastu kuat meracau.
"Dah siap mandi?" Soal aku bila nampak Taehyung sarungkan baju tidur ke tubuhnya.
"Dah sayang." Balas dia lalu duduk atas katil.
"Jom makan." Aku tunjuk mangkuk bubur ayam dekat Taehyung.
"Tak ada selera la sayang. Tapi kalau sayang suapkan boleh juga." Taehyung senyum dengan muka pucatnya.
"Buka mulut cepat." Aku suapkan bubur ke dalam mulut Taehyung sambil tersenyum.
"Nak lagi, sedap."
tbc
Sorry la kalau hambar, biasala mula-mula memang hambar sikit. Ni belum masuk lagi cerita yang sebenarnya.
Vote and comment dialu-alukan! Enjoy!

ANDA SEDANG MEMBACA
[C]Sad Ending | KTH
Short Story[WARNING EMOTIONAL] Disebabkan satu kesilapan dia tinggalkan aku buat selamanya.