Hari ni tak macam hari-hari lain, dah dua hari Taehyung tak balik rumah. Aku call dia tak angkat, massege tu usah di tanya lah. Barang dapur dah hampir habis jadi aku bersiap untuk ke pasaraya, bukan habis sebab makan tapi sebab buang.
Aku risau bila aku tak masak dia akan cakap aku isteri derhaka, tak tunaikan tanggungjawab dan yang paling pedih bila dia cakap aku akan pergi untuk bersama Daehyung. Bila masak macam biasalah aku makan sorang itu pun hanya dua tiga suap.
Dulu sebelum mengandung, aku tanya ramai ibu-ibu tentang mengidam. Diorang cakap ibu mengandung biasalah mengidam macam-macam, benda yang pelik-pelik pun ada tapi tak adalah sampai mengidam nak naik UFO.
Lain pula bagi aku yang mengandung sekarang ni, aku tak rasa nak makan apa-apa atau menyusahkan sapa-sapa terutamanya Taehyung. Terima kasih anak eomma, eomma sayang kamu sangat-sangat.
Yang aku mahu hanyalah suami aku yang dulu, yang penyayang dan baik hati. Aku tahu ini bukan mengidam tapi memang datang dari hati aku.
Sejak kejadian gelap itu dan Taehyung berubah aku bagaikan mayat hidup perempuan terdesak, jiwa aku dah pergi bersamanya.
Sampai saja di pasaraya aku parking kan kereta dan masuk mencari barang. Hampir 45 minit juga aku mencari barang dan membuat bayaran.
Satu perkara yang aku tak sangka berlaku di depan apabila aku berjalan untuk keluar dari pasaraya.
"Taehyung..."
Dia tengah minum dengan seorang perempuan di sebuah cafe. Aku hanya nampak belakang perempuan tu dan tereye contact dengan Taehyung. Dia pandang aku dengan reaksi terkejut kemudian dia kembali berborak mesra dengan perempuan itu.
Hati aku, sakit, sangat sakit, hancur, aku rasa macam hati ni jatuh diatas batu sehingga berkecai.
Kenapa? Kenapa macam ni? Sanggup awak buat macam ni.
Aku masih berdiri tegak memegang plastik barang dapur sambil memandang Taehyung. Kali kedua mata kami bertaut muka dia macam 'saya boleh terangkan' tapi lepas beberapa saat dia cium pipi perempuan tu.
Air mata isteri aku mula mengalir, aku melangkahkan kaki keluar dari situ.
Sakit sangat semua ni, Taehyung.
tbc
ANDA SEDANG MEMBACA
[C]Sad Ending | KTH
Kısa Hikaye[WARNING EMOTIONAL] Disebabkan satu kesilapan dia tinggalkan aku buat selamanya.
![[C]Sad Ending | KTH](https://img.wattpad.com/cover/239111056-64-k777286.jpg)