34|End

412 35 13
                                    

Daehyung turun dari kereta dan menapak laju masuk ke dalam rumah abang kembarnya. Geram di hati apabila mendengar cerita daripada eommanya.

Hyung yang dulunya dia cemburu kerana sifat dan sikap yang baik. Kini berubah menjadi lelaki yang dayus dan tak berhati perut.

"Hyung! Hyung! " Daehyung mendaki tangga mencari hyungnya.

"Kyaa! Siapa bagi kau masuk ni?!" Taehyung dekati adiknya.

"Kau dayus hyung."

"Jangan kacau rumah tangga aku!"

"Bagi aku bawa Aeri balik rumah eomma appa!"

"Berambus la kau! Jangan kacau isteri aku!"

Buk!

Satu tumbukan dilayangkan oleh Daehyung tepat ke pipi kiri Taehyung. Tertoleh wajah Taehyung akibat ditumbuk.

"Kau!" Taehyung tolak dinding pipinya menggunakan lidah. Muka dan telinga sudah merah menandakan dia ingin meletup.

"Mana Aeri?!"

"Saya kat sini." Aeri keluar dari bilik dan mendekati mereka.

"Ikut saya balik rumah eomma dan appa. Awak tak kan terseksa kat sana." Daehyung hulurkan tangan kearah Aeri, berharap dapat membawa perempuan itu pergi dari sini.

"Kau ni tak faham bahasa ke?!" Jerkah Taehyung lalu dia pula yang memberi satu tumbukan padu di muka Daehyung.

"Aku tak nak dia tinggal dalam neraka kau!" Jerkah Daehyung pula.

"Kurang ajar!" Taehyung cuba melayangkan penumbuknya lagi tapi kali ini dihalang oleh isterinya.

"Saya tak akan tinggalkan awak." Kata Aeri lalu memeluk pinggang suaminya.

"Janji." Taehyung pandang isterinya. Aeri angguk sambil senyum.

"Aeri saya nak selamatkan awak, cepat sebelum terlambat." Kata-kata Daehyung buatkan hati Taehyung panas kembali.

"Sial kau!" Taehyung lepaskan pelukan dan menghampiri adiknya. Ingin saja dia hempuk kepala batu adiknya sehingga pecah.

"Kau tu yang sial! Seksa isteri sendiri." Daehyung juga tak nak kalah.

"Berhenti!" Jerit Aeri. Mereka berdua terus pandang Aeri yang masih berdiri di belakang Taehyung.

"Saya tak akan tinggalkan suami saya. Balik la Daehyung." Tambah Aeri. Taehyung sudah tersenyum sinis.

"Kau dengar tu? Jadi tunggu apa lagi? Berambuslah!" Kata Taehyung.

"Saya takkan biar awak hidup dalam neraka ni Aeri."

Lepas saja Daehyung berkata, Taehyung terus tumbuk mukanya sekali lagi lagi. Sesuka hati saja dia hina kediaman mereka. Kalau ini neraka, dia ingat Taehyung itu apa? Setan ke? Dia juga setan sebab itu dia boleh masuk ke sini.

"Kau ingat kau sorang je boleh pukul orang? Aku pun boleh!" Daehyung cuba memukul Taehyung kembali tapi malangnya Aeri datang cuba melindungi suaminya.

Tubuh Aeri terbaring dilantai setelah tidak sengaja ditolak oleh Daehyung dan Taehyung.

"Kau buat apa ni sial!" Jerit Taehyung sambil menepuk pipi isterinya lembut.

"Aku tak sengaja." Balas Daehyung.

"Kalau jadi apa-apa kat isteri aku, mati kau." Taehyung angkat isterinya.

                                      +++

"Puan Aeri tak ada apa-apa, dia cuma terkejut. Dan encik Taehyung, tahniah isteri encik mengandung. Tapi pihak hospital belum pasti tubuh puan Aeri mampu ke tak nak bawa anak itu. Jangan risau encik pihak kami akan sedaya upaya mencari jalan yang terbaik." Jelas doktor yang merawat Aeri.

Selepas sahaja doktor lelaki bernama Lee jong suk itu beredar puan Kim mendekati anak sulungnya.

"Ini yang Taehyung nak ke?" Soal Puan Kim. Yang lain hanya diam di belakang.

"Taehyung nak dia tinggalkan kita ke?" Soal Puan Kim lagi.

"Tae.. Taehyung.. Taehyung sayang dia." Balas Taehyung tertunduk.

"Sayang kepala hotak kau!" Tengking Daehyung.

"Daehyung! Jaga mulut tu." Tuan Kim pula bersuara.

"Aeri kat dalam tu tak sedarkan diri lagi. Kalau jadi apa-apa macam mana?" Soal Puan Kim kesal dengan anak lelakinya.

"Menantu kita kuat." Kata Tuan Kim.

Matahari sudah tidur, bulan pula menghiasi langit tetapi tanpa bintang kerana awan telah menurunkan segala air yang telah dikumpulkan.

Hujan lebat di luar dipandang oleh Taehyung. Isterinya masih tertidur akibat ubat yang telah disuntik ke tubuhnya.

"Saya minta maaf, saya janji dengan awak kali ni saya betul-betul berubah. Saya tak akan marah awak lagi. Saya akan jaga awak baik-baik macam awak jaga saya. Saya cinta awak sayang." Taehyung cium dahi isterinya. 

"Jangan berjanji kalau tak boleh tunaikan." Kata Daehyung yang berdiri di depan pintu.

"Wae kau tak balik lagi?" Soal Taehyung malas. Dia dah penat nak bergaduh, otaknya hanya memikirkan isterinya sahaja.

"Nah eomma bagi kau ni, minum nanti mati pulak." Daehyung hulurkan satu kotak ginseng merah kearah Taehyung. Beg kertas yang berisi ginseng bertukar tangan.

"Aku balik dulu, jaga isteri tu elok-elok. Dia manusia." Kata Daehyung lepastu dia tinggalkan Taehyung.

Tbc

Hyee thank you for 1k 💜 Aku saja tak nak update tunggu 1k baru update 😂

Btw ff ni dah nak sampai penghujung. So aku nak minta pendapat korang nak

Real happy ending
Or
Fake happy ending

Ha pilih la😂💜

[C]Sad Ending | KTHWhere stories live. Discover now