Sudah seminggu Aeri di bawa pulang ke rumah. Perangai Kim Taehyung semakin menjadi-jadi, tengking sesuka hati, pukul sana sini, tapi dia tetap lakukan tugas dia untuk menjga isterinya dan yang paling tidak puas hati setiap hari dia mahu isterinya melayan nafsu serakahnya.
"Sayang dah bangun?" Taehyung pandang isterinya yang masih terbaring diatas katil sambil memandang syiling.
Keadaan Aeri masih diragui, kadang dia hanya diam, kadang dia bersuara sedikit dan kadang dia bercakap seorang diri.
"Jom mandi." Taehyung bangun dari pembaringan dan menarik tangan isterinya supaya bangun.
"Saya minta maaf, saya tak boleh kawal marah saya semalam. Maafkan saya ye, saya sayang awak." Kata Taehyung lembut memujuk hati isterinya.
Maafnya entah ikhlas entah tidak. Terlalu murah kerana setiap masa dia lukakan isterinya dia kembali meminta maaf bagaikan ia hanya perkara kecil.
"Maafkan saya tak?"
Aeri menganggukkan kepalanya sambil memandang kebawah. Mungkin dia takut dengan suaminya atau pun dia masih keliru dengan keadaan yang tengah berlaku.
"Saya pun sayang awak." Balas Aeri.
Selepas selesai membersihkan diri bersama, mereka turun kebawah untuk bersarapan. Hanya roti yang disaluti jam strawberry dan teh panas sahaja. Tiada lagi nasi goreng kimchi, sandwich tuna, dan biskut buatan Aeri.
"Saya nak keluar kejap lagi. Awak jangan buka pintu kalau orang datang. Faham?" Pesan Taehyung.
"Faham." Aeri hanya menuruti.
Dia hanya menjawap seperti robot yang telah disetkan. Tiada lagi soalan seperti 'awak nak ke mana?' 'Hati-hati nanti' 'balik awal ya saya masak masakan kegemaran awak' dan banyak lagi.
+++
Pulang saja Taehyung pada pukul 7.00 malam selepas menyelesaikan masalahnya dengan perempuan-perempuan yang masih mengganggunya terus dia cari isterinya.
Risau kalau-kalau ada sesuatu yang terjadi. Nahas dia dengan appa dan eommanya. Dan mungkin Daehyung akan datang merampas isterinya.
"Sayang, saya dah balik." Taehyung naik ke tingkat atas mencari isterinya.
"Saya dah balik." Aeri bangun menghampiri suaminya yang baru membuka pintu bilik.
"Apa awak buat ni?!" Naik darah Taehyung bila barang-barangnya seperti minyak wangi, jam tangan, rantai, gelang dan cincin berselerak diatas lantai.
"...." Aeri hanya diam dan cuba memeluk suaminya.
"Kau ni memangkan? Aku balik penat-penat dengan stress lagi kau boleh buat macam ni!?" Terhunjut bahu Aeri akibat terkejut dengan suara suaminya.
"Sini kau!"
+++
Tepat jam 8:47 malam bunyi loceng kediaman Taehyung dan Aeri di tekan menandakan ada tetamu yang datang.
"Siapa pulak datang malam-malam ni?" Cepat-cepat Taehyung memakai bathrobe dan selimutkan isterinya yang sudah tertidur lalu turun ke bawah.
Lepas saja Taehyung membuka pintu muncul wajah kedua orang tuanya. Hampir cuak dia dibuatnya.
"Apa yang lama sangat nak buka pintu?" Kata Puan Kim.
"Kitorang dah tidur. Ni pun Tae terjaga sebab dengar loceng." Tipu Taehyung.
"Awalnya tidur." Tambah eommanya lagi.
"Isterinya kamu mana? Eomma dan appa nak tengok dia." Kata appa Taehyung pula.
"Dia dah tidur, kenapa tak datang siang je?"
"Siang kerja, kamu tu tak apa la appa bagi cuti jaga isteri." Balas Tuan Kim.
"Awal Aeri tidur, kamu suruh dia buat kerja apa kat rumah?" Soal Puan Kim lalu silangkan kakinya. Mereka kini berborak di ruang tamu.
"Dia...... erm dia letih kot, Tae tak suruh bbuat apa-aaapa pun." Balas Taehyung gelabah.
Eomma dan appanya sudah dapat menghidu bau sesuatu yang tak kena dengan dirinya.
"Baik kamu tunjuk Aeri kat kami ataupun kami tidur sini malam ni. Macam mana?" Kata appa Taehyung tegas.
"Eomma appa balik dulu, esok datang lain. Sekarang dia tidur, kesian nak kejut." Kata Taehyung cuba mengelat.
"Aniya, Tae pilih antara tunjuk Aeri sekarang or kami tidur sini. Now pilih." Kata Tuan Kim lagi. Isterinya hanya mengangguk setuju.
"Okay fine, Tae kejutkan Aeri kejap. Eomma appa tunggu sini." Taehyung naik keatas dengan gelabah.
Macam mana dia nak tunjuk keadaan isterinya sekarang dekat eomma dan appa. Dia pandang leher isterinya, telan liur dia. Macam mana nak tutup. Tak kan nak letak kain mafla, kat rumah kot.
"Sayang bangun." Dia tepuk bahu isterinya agar bangun.
"Wae?" Soal Aeri, bingung.
"Pakai baju cepat, nah pakai baju turtle neck ni kat dalam." Arah Taehyung. Isterinya hanya menuruti.
Selesai saja mereka terus turun ke bawah.
"Menantu eomma, rindunya eomma dekat kamu." Puan Kim memeluk menantunya.
"Baru bangun tidur ke? Maaf eomma appa ganggu." Kata Tuan Kim pula selepas melihat muka sleepy menantunya.
"Gwenchanna." Balas Aeri perlahan.
"Omo sayang, ya tuhan menantu eomma sihat?" Terkejut Puan Kim mendengar respond dari menantunya.
Aeri diam dan mengangguk.
"Ni kenapa pakai baju ni kat dalam? Tak penah dibuat orang pakai baju tidur lepastu dalam pakai turtle neck." Leter eomma.
"Dia sejuk." Tergesa Taehyung menjawap soalan eommanya.
"Aeri maafkan eomma ya." Puan Kim terus menarik leher baju itu kebawah. Terpamparlah pernipuan seorang Kim Taehyung.
"Taehyung!" Terkejut appanya melihat apa yang dia nampak.
"Tae appa tahu Tae ada hak, Tae suami tapi isterinya Tae belum sihat. Dia sakit, berpatang akibat keguguran hari tu pun belum habis lagi. Tae cakap Tae sayang dia Tae boleh jaga dia. Tapi ni apa? Dia sakit Tae. Tenung muka isterinya ni baik-baik dia tak sihat, dia tak okay. Kamu tak kesian kan dia? Kamu tak sayang dia? Kamu sanggup kehilangan dia?"Kata Tuan Kim sambil mengusap belakang anak lelakinya. Dia cuba berlembut.
Taehyung diam tertunduk.
"Kalau isteri ni mengandung macam mana!? Dalam keadaan macam ni dia tak boleh bawa anak tu, kamu nak hilang anak lagi ke Taehyung?! Ke kamu nak hilang isteri kamu?! Kamu ingat dia mampu lahirkan anak kamu ke bila dia mengandung?! Kalau jadi apa-apa dekat menantu eomma, siap kamu eomma kerjakan dan eomma tak akan segan-segan untuk bawa Aeri tinggalkan kamu!" Marah Puan Kim. Dia betul-betul hilang sabar dengan anaknya. Benda tak mampu nak fikir sendiri agaknya si Taehyung ni.
"Aeri okay." Balas Aeri pelahan.
"Ikut eomma balik ya sayang." Puan Kim peluk tubuh menantunya.
"No eomma! Tae tak benarkan. Ini isteri Tae. Dia tak akan keluar rumah tanpa izin Tae." Taehyung tarik tangan isterinya menjauhi eomma.
"Tae janji dengan appa nak jaga dia elok-elok ya kali ni. It's your last chance." Kata Tuan Kim pula.
"Nae Tae janji."
"Tak boleh saya tak setuju." Puan Kim masih belum berpuas hati.
"Yeobo, kita cuma mertua. Dia suami." Tuan Kim pegang bahu isterinya.
"Baik, tapi kali ni ja eomma mengalah ya Tae."
Tbc
💜
![](https://img.wattpad.com/cover/239111056-288-k777286.jpg)
YOU ARE READING
[C]Sad Ending | KTH
Kurzgeschichten[WARNING EMOTIONAL] Disebabkan satu kesilapan dia tinggalkan aku buat selamanya.