35|Left

482 36 8
                                        

Taehyung mundar-mandir dihadapan bilik bedah menunggu keputusan daripada doktor. Sudah 2 jam pembedahan ini dijalankan. Myeong Aeri, isterinya tidak dapat bertahan lagi membawa kandungan didalam perutnya.

Tubuhnya tidak dapat memberikan sokongan untuk terus membiarkan janin itu menghuni rahimnya. Dia terlampau lemah, selera makan sudah tiada, bercakap pun sudah tidak mahu. Sepertinya dia betul-betul sakit dengan apa yang berlaku, jiwanya dan otaknya tertekan.

Doktor juga telah mengesahkan Aeri menghidap kemurungan yang sangat teruk dan mental. Dia juga telah disahkan menghidap kansel otak, akibat daripada terlalu berfikir dan terhentak ditempat keras berkali-kali.

Bagai batu besar yang menghempap diri Taehyung, hanya tuhan saja yang tahu bertapa menyesalnya diri dia serta bertapa bersalahnya dia dengan isterinya. Dia betul-betul berdosa. Tapi semuanya tiada guna, isterinya kini sudah terbaring lemah di katil bilik bedah.

"Taehyung, makan dulu eomma bawa gimbab ni." Puan Kim memujuk anak lelakinya yang masih berdegil. Sudah lewat petang masih belum menjamah walaupun sebutir nasi.

"Tae nak makan dengan Aeri lepas dia keluar nanti." Tubuh yang semakin susut, muka yang sangat tidak bermaya membuatkan si ibu berasa risau.

"Sayang makan la sikit, lambat lagi isteri kamu nak keluar. Kamu tak sayang eomma ke?" Puan Kim menarik tangan anaknya supaya duduk di kerusi.

"Aeri kat dalam pun tak makan lagi, Tae nak tunggu dia." Taehyung daratkan kepalanya dibahu eommanya.

"Taehyung dengar cakap eomma kali ni, makan sikit nanti kamu sakit." Puan Kim masih cuba memujuk.

"Taehyung makan, kamu nak bagi Aeri tengok keadaan kamu macam ni ke? Nak dia sedih ke?" Kata Tuan Kim tegas, malas mahu manjakan anak lelakinya kang makin menjadi-jadi.

"Dia bukan kesah pun appa." Bidas Daehyung, cuba bakar abang kembarnya. Naik menyampah dia bila si Taehyung asyik bertindak bodoh, tapi dia juga sedar disebalik kehancuran rumah tangga ini. Dia juga bersalah, dia sedar.

Kreak!

Pintu bilik bedah terbuka, doktor dan beberapa orang jururawat mendekati keluarga itu.

"Suami Myeong Aeri?" Soal doktor.

"Saya." Laju sahaja Taehyung menjawap.

"Saya harap encik dan puan bertenang dulu semuanya berjalan dengan lancar. Janin sudah berjaya dikeluarkan, encik oleh ururkannya selepas ni. Ketumbuhan didalam kepala juga berjaya dibuang tapi macam yang kami bagi tahu sebelum ini, risikonya puan Aeri mungkin akan kehilangan separuh ingatannya." Jelas doktor.

+++

Pertama kali Taehyung tengok janin anak kandung keduanya, mengalir laju air mata jantannya memikirkan isteri dan anak-anaknya. Masih terasa salah didalam dirinya kerana tidak langsung menghiraukan anak pertamanya.

Mungkin ini balasan tuhan kepadanya, kehilangan dua orang cahaya mata sebelum mereka membesar dengan sempurna didalam rahim isterinya. Serta isterinya menghidap penyakit berbahaya seperti ini. Semua salahnya, itu yang sedang berlegar di dalam fikiran Taehyung sekarang ini.

"Hyung! Hyung! Cepat hyung, Aeri dah sedar." Kata Daehyung apabila sudah berjumpa dengan hyungnya.

"Jinja?!" Terkejut Taehyung isterinya sedar dalam waktu yang sangat singkat.

"Eo dah sedar, ni anak kau dah selesai ke?"

"Dah, kajja naik bilik isteri aku."

Sampai saja mereka berdua di bilik vvip Aeri, mereka mendekati eomma mereka yang menangis dan dipapah oleh appa mereka. Kedua orang tua mereka kelihatan sedih, di mata appanya juga sudah mengalir air mata.

"Wae? Waeyo eomma ? Wae appa? Aeri okay kan? Isteri Tae dah sedar kan?" Taehyung cuba memandang ke arah katil tetapi di lindung oleh tubuh doktor dan jururawat.

"Anak eomma kuatkan?" Puan Kim memegang muka Taehyung dengan kedua belah telapak tangannya.

"Wae eomma?" Risau hati Taehyung dibuatnya.

"Aeri dah tak ada." Kata Tuan Kim lalu peluk bahu anak lelaki sulungnya.

Hampir terhenti jantung Taehyung dibuatnya, Daehyung yang disebelah sudah terduduk. Air mata dua beradik kembar ini sudah mula mengalir laju.

"Eomma appa bergurau kan?" Soal Taehyung enggan percaya, dia senyum sambil mengalirkan air mata.

Puan Kim menangis bersama anaknya dan menggelengkan kepala sambil menatap mata Taehyung.

"Aniya! Ani semua ni tipu kan. Semua berguraukan? Isteri Taehyung dah sedar, dia kat mana?" Taehyung mendekati katil isterinya.

Tubuh kaku itu sudah dilitupi dengan kain putih. Taehyung memberanikan diri untuk menarik turun kain itu. Dan ya, itu isterinya. Terbaring kaku, tubuhnya sudah mulai pucat.

"Aeri! Sayang! Sayang bangun sayang. Awak dah janji takkan tinggalkan saya!" Taehyung cium isterinya berkali-kali.

"Sayang! Jebal, jangan buat lawak dekat sini. Saya tahu ni prank je kan?" Taehyung masih cuba menipu dirinya.

"Hyung! Isteri kau dah tak ada! Kau ni kenapa?!" Marah Daehyung, sakit hatinya melihat ini semua.

"Eomma isteri Tae dah tinggalkan Tae. Appa, Tae berdosa dengan dia. Kenapa dia tinggalkan Tae? Tae dah janji akan jaga dia kenapa dia pergi? Tae berdosa eomma appa." Raung Taehyung, air mata masih laju mengalir.

"Sayang ampunkan dosa saya, saya banyak salah dengan awak. Saya jahat dengan awak, saya kejam. Saya suami tak guna. Saya tak jaga awak elok-elok. Maafkan saya, hukum la saya."

tbc

Hye lama menunggu ke? hehhe sorry!

lagi satu episode ja lagi cerita ni nak end. Enjoy!💜

[C]Sad Ending | KTHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang