Aku pandang wajah tersenyum isteri aku yang tengah bercakap dengan anak patung. Kejap dia ketawa, kejap dia tepuk-tepuk anak patung tu.
Aku buat semua ni sebab aku tak nak kehilangan dia. Kalau aku bagi tahu hal sebenar mesti dia akan tinggalkan aku. Dia akan benci aku selamanya.
Semua tu tak akan jadi! Aeri akan hidup bersama aku selamanya. Aku sanggup buat apa saja demi untuk terus berada disisi dia. Aku akan pastikan!
"Sayang buat apa tu?" Aku duduk bersila ditepi isteri aku di ruang tamu.
"Ni main dengan Taewon, tengok seronoknya dia."
"Sayang pergi mandi dulu, sekarang dah petang. Biar saya tengok Taewon kat sini." Aku angkat anak patung dan letak di ribaku.
"Baik sayang, jaga anak kita baik-baik ya." Dia senyum dan cium kepala aku sekali lalu bangun dan naik ke bilik.
"Taewon?" Aku senyum dan letakkan anak patung tu ditempat tidur.
Kring! Kring!
"Hmm nak apa?" Kata aku selepas mengangkat panggilan dari Daehyung.
"Aku nak datang rumah kau."
"Nak buat apa!? Tak payah!"
"Aku nak tengok keadaan Aeri."
"Aku kata tak payah tu tak payah la, kau tak faham ke."
"Kau nak aku datang dengan eomma appa ke?"
"Apa masalah kau? Jangan menyibuk la dengan hal rumah tangga aku. Terus aku matikan panggilan.
Semak la dia ni! Dia ingat aku tak pandai jaga isteri ke? Bodoh ! Bodoh kau Daehyung! Kau tak guna!
+++
Ting! Tong! Ting! Tong!
Taehyung cepat-cepat berjalan kearah pintu rumahnya untuk melihat siapa tetamu yang tidak diundang tu. Dalam hatinya sudah mengagak bahawa itu ialah Daehyung.
Tapi yang dirisaunya ialah adakah eomma dan appanya datang bersama. Mujur isterinya kini sedang berada di dalam bilik. Boleh la dia berikan alasan bahawa isterinya perlu berehat walaupun sudah seminggu pulang.
"Aku cakap jangan datang kan." Taehyung pandang adik kembarnya dengan muka tak puas hati.
"Aku datang nak pastikan Aeri okay ke tak, that all."
"Dia okay, aku jaga isteri aku baik. Sekarang kau boleh balik."
"Aku tak akan pergi selagi aku tak tengok dengan mata aku."
"Kau tak faham bahasa ke? Ke kau nak aku call polis?"
"Call la polis, aku cabar kau hyung." Daehyung peluk tubuhnya.
"Berambus kau dari rumah aku."
"Aku nak tengok keadaan Aeri."
"Tak boleh!"
"Tepi aku nak masuk! Kau sorokkan sesuatu kan hyung ?Aku kenal kau." Daehyung tolak badan Taehyung sehingga dia dapat masuk ke dalam rumah.
Masuk saja dia di dalam, cepat-cepat dia cari Aeri. Taehyung sedaya upaya mengejar dan memegang Daehyung dari terus menerjah ke dalam rumahnya.
"Aeri kau kat mana? Aku datang ni!" Kini Daehyung sudah berjaya naik ke tingkat atas. Taehyung memegang bahunya tapi kuat dia tepis tangan Taehyung. Taehyung yang sekarang terlalu lemah.
"Aeri!?"
"Kat sini. Saya kat bilik baby." Laung Aeri. Daehyung berlari mencari kelibat Aeri.
Masuk saja dalam bilik, Daehyung tergamam seketika setelah melihat Aeri tengah menggendong anak patung sambil memberi susu botol kepada patung tersebut.
"Diam sikit, anak saya nak tidur." Kata Aeri sambil tersenyum dengan wajah yang pucat dan keadaan yang kurang terurus.
"Hyung, ini kau kata okay? Isteri kau ni manusia lah hyung!"
Tbc

ANDA SEDANG MEMBACA
[C]Sad Ending | KTH
Kısa Hikaye[WARNING EMOTIONAL] Disebabkan satu kesilapan dia tinggalkan aku buat selamanya.