Sudah hampir sebulan Aeri di rawat di hospital. Suaminya semakin kurus tidak terurus sibuk meneman isterinya.
Banyak perkara yang difikirkan membuatkan dia semakin serabut. Ditambahkan pula dengan perempuan-perempuan yang merupakan bekas kekasihnya datang meminta untuk bersamanya kembali.
Ada yang serang wad Aeri sehingga dia tidak terkawal. Keadaan Aeri tidak langsung nampak seperti akan membaik.
Dia lebih kerap berdiam sahaja. Dia seperti mumia. Hanya jasad sahaja yang tinggal. Roh dan jiwanya telah mati.
Tetapi Aeri tidak lagi meminta untuk mereka bawakan anaknya. Mungkin dia sudah sedar kenyaataannya. Terlampau memikirkan perkara yang berlaku sehingga otaknya tidak terkawal seperti orang putus wayar.
Hari ini Kim Taehyung akan bawa pulang isterinya ke rumah setelah doktor mengesahkan keadaan Aeri. Dia sukar untuk sembuh.
Mahu tak mahu mereka perlu menerima kenyataan. Taehyung tekad akan menjaga isterinya sebaik yang boleh.
Dia berjanji kepada dirinya bahawa dia akan pastikan Myeong Aeri isterinya akan sembuh. Dan hidup bahagia bersamanya seperti dulu.
Manusia hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan.
+++
"Kita dah sampai rumah kita." Taehyung buka pintu rumah dan masuk bersama isteri, ibu bapa dan adiknya.
Aeri hanya melangkah tanpa sebarang reaksi. Kosong sahaja wajahnya, tiada perasaan langsung.
"Betul ke keputusan Tae ni? Taknak duduk dengan eomma. Eomma boleh tengok-tengokkan Aeri." Puan Kim risau.
"Tae boleh jaga isteri Tae." Kata Taehyung ringkas. Malas mahu berbahas, dia tahu ramai yang mahu rampas isterinya dari dia.
Tanpa sedar Taehyung sudah terobses dengan isterinya akibat kesalahan yang dia lakukan dahulu.
"Kalau jadi apa-apa call terus jangan berahsia." Bidas Tuan Kim pula.
Taehyung mengangguk kecil.
Setelah bulan tiba dan matahari menghilang, eomma, appa dan Daehyung pulang kerumah mereka. Taehyung lebih nyaman dan selesa.
Bilik baby yang ada di tingkat atas telah dia kunci rapat. Tidak mahu isterinya mengamuk lagi.
"Sayang makan sikit." Dia dekatkan sudu ke mulut isterinya yang tertunduk diam.
"Buka mulut."
"Sayang buka mulut!"
"Aeri dengar tak?"
"Myeong Aeri aku cakap dengan kau ni." Isterinya tetap sama seperti berada di dunia lain.
"MYEONG AERI KAU PEKAK KE?!"
Lelaki yang dahulunya lembut dan sopan boleh berubah menjadi seorang yang baran akibat kesalahannya sediri.
Tbc
Hye ada yang tunggu aku update ke? Hahah enjoy💜

ANDA SEDANG MEMBACA
[C]Sad Ending | KTH
Conto[WARNING EMOTIONAL] Disebabkan satu kesilapan dia tinggalkan aku buat selamanya.