Lepas saja aku paksa dia makan ubat terus dia tertidur. Aku pula mengiring di sebelahnya, sesekali aku basahkan kembali kain tuala kecil yang ada di dahinya.
Aku risau tapi hati aku masih sakit memikirkan semua ni. Aku tak tahu nak buat apa. Aku takut untuk tinggalkan dia tapi terkadang aku terfikir untuk pergi dari hidupnya. Rambut lebat Taehyung, aku usap perlahan.
"Sayang, nak air." Kata Taehyung apabila matanya terbuka.
Aku cepat-cepat bangun dan capai botol air yang aku sediakan diatas meja disebelah katil. Tuang dalam gelas dan bantu dia bangun.
"Nah." Aku hulurkan gelas kepadanya tapi dia hanya pandang muka aku dengan mata yang kuyu.
"Tolong la, aku sakit ni." Dia senyum.
"Iyalah." Aku malas nak berbahas banyak benda jadi aku hanya ikutkan sahaja apa yang dia inginkan.
"Gomawo wife."
"Tidur la balik, saya nak turun bawah jap."
"Teman la aku macam tadi, ni tangan ni usap la rambut aku." Dia pegang tangan aku dan usap kepalanya sendiri.
"Saya nak bagi Yeontan makan." Aku tarik tangan dan berlalu pergi.
+++
Sejak tadi aku langsung tak jejakkan kaki ke tingkat atas. Dia dah besar, pandai-pandai la dia nak makan ke mandi ke apa ke.
Aku letih nak ulang alik buat benda yang menyakitkan hati aku. Aku sakit setiap kali dia bermanja. Dia ikhlas ke?
Kalau dulu ya, aku sangat sukakan manjanya. Setiap masa kalau boleh aku nak menempel je dengan dia.
"Sayang~"
Aku pandang Taehyung yang tengah turun dari tingkat atas. Terhegeh-hegeh, saja nak perhatian aku la tu. Nak bagi aku bantu dia lepastu dia boleh la buat semua benda sesuka dia.
"Sayang tolong jap aku sakit kepala."
Aku diam dan bangun ke dapur. Dah besar macam tu pun nak mengada. Menyampah aku tengok.
"Sayang, aku lapar."
"Order la pizza." Aku duduk di kerusi dekat dapur. Taehyung turut mengikuti aku. Entah la aku malas nak layan perangai dia.
Aku minum air suam dan pandang arah lain. Malas aku tengok dia sebab dia asyik tenung aku ni. Rimas.
"Masakkan aku sesuatu."
"Saya penat." Aku mengelat. Tapi ada betulnya, dah tujuh bulan ni buatkan aku rasa cepat letih dan sakit pinggang.
"Sayang, aku lapar. Kalau penat tolong letak air panas dekat ramyeon cup pun cukup la." Dia letak kepala atas meja sambil picit-picit perlahan.
Aku tak tahu ada syaitan apa yang merasuk aku, sebab aku langsung tak kesiankan dia. Walaupun dia nampak teruk sangat, dah tawar ke hati aku untuk dia?
"Boleh tak sayang?" Soal dia lagi dengan suara serak yang kedengaran sangat lemah.
Aku diam dan bangun lalu masakkan dia nasi goreng kimchi. Simple ja, ada nasi sejuk, ada telur, kimchi sikit dan bahan-bahan perasa.
Dalam beberapa minit aku hidangkan diatas meja bersama hot chocolate dan tidak lupa juga ubat sakit kepala untuknya.
"Makan la, kejap lagi naik tidur sekarang dah pukul 10 malam." Aku pandang dia yang terlihat lemah.
"Gomawo. Teman aku boleh?" Dia capai tangan aku.
Tapi aku cepat-cepat lepaskan tangan kami dari bertaut.
"Kalau saya kat sini nanti awak jijik pula nak makan. Saya kan perempuan kotor," Aku berjalan pergi.
"Mian." Kata Taehyung perlahan tapi masih dapat didengari oleh aku. Lepas tu aku dengar macam esakan orang menangis. Dia menangis ke? Sebab aku ke? Eh tak-tak dia menangis sebab sakit kepala tu hahaha perasan lah kau ni Aeri.
Tbc
Enjoy💜

ANDA SEDANG MEMBACA
[C]Sad Ending | KTH
Short Story[WARNING EMOTIONAL] Disebabkan satu kesilapan dia tinggalkan aku buat selamanya.