14|Mad

341 38 5
                                    

"Nak kemana?"

Aku pandang muka dia dengan riak hairan.

"Aku tanya kau nak pergi mana pagi-pagi macam ni?"

"Hospital." 

"Aku hantarkan."

"Tak payah susahkan awak. Saya boleh pergi sendiri." Aku tinggalkan dia dan berjalan ke pintu rumah.

"Biar la aku teman kali ni."

"Saya okay ja selama ni pergi sendiri."

"Tapi aku nak teman harini."

"Tiba-tiba nak teman, pelik." 

"Aku tak penah teman kau check up."

"Saya tak perlukan awak. Anak saya pun tak perlukan sapa-sapa untuk teman dia."

"Harini scan jantina baby kan?"

"Hmm."

"Tunggu jap aku ambil dompet duit kat bilik." Dia terus belari naik atas.

Memang tak faham bahasa ke apa? Dah la tiba-tiba nak teman aku. Selama ni tak sibuk pun nak ikut, dah 7 bulan anak ada dalam perut sekali pun dia tak hiraukan. Hari ni sibuk nak tahu jantina anak aku pulak.

Dia berdiri depan aku sambil sengih lepas selesai ambil dompet dia.

"Wae?" Aku pandang dia pelik.

"Kau tunggu aku."

"Dah awak suruh tunggu."

"Gomawo."

Aku abaikan dia dan berjalan ke kereta aku. Aku rasa lain macam, rasa pelik. Kenapa dia macam ni? Ada sesuatu ke? Omo! Tak mungkin dia nak kawen dengan perempuan lain dan tinggalkan aku.

Aniya aniya, jangan fikir bukan-bukan. Dia tak kan buat kau macam tu.

"Naik kereta aku."

"Saya ada kereta saya."

"Kau bantah cakap aku?"

Cepat-cepat aku geleng kepala dan naik kereta dia.

"Bagus isteri aku." Dia gosok kepala aku sambil senyum.

Aku cuba jauhkan diri dari dia,  jujur aku tak selesa. Aku takut bila dia macam ni.

"Cepat jalan, nanti lambat."

Dalam perjalan ke hospital, dia tak berhenti berborak dengan aku. Dia cerita macam-macam.

"Kau nak baby girl ke baby boy?"

"Saya tak kesah."

"Kau rasa dalam tu baby girl ke boy?"

"Saya rasa boy, sebab dia selalu pusing kearah ni." Aku tunjuk perut aku. Taehyung sentuh dan usap perlahan, hanya tuhan yang tahu bertapa terkejutnya aku. Ini pertama kali dia sentuh anak dia. Aku rasa sebak tapi aku tahan.

"Kenapa kau tengok aku macam tu?"

"Tak da apa. Awak nak baby girl ke boy?"

"Ermm baby boy kot."

Aku senyum.

"Kesian baby ni." Kata Taehyung tanpa pandang aku.

"Kenapa pulak?"

"Mesti dia sedih kalau dapat tahu appa dia lari tinggalkan dia." Kata-kata Taehyung buatkan hati aku sakit, aku cuba kawal air mata daripada keluar. 

Jadi aku pusing menghadap tingkap ditepi, awak lukakan saya lagi.

"Kenapa kau diam?"

Aku menyesal bagi dia sentuh anak aku tadi.

"Dengar tak aku cakap dengan kau ni?"

"Dengar."

"Boleh tak aku nak pegang baby kau sekali lagi? Mesti dia tendang-tendang kan?"

Aku tunduk memandang perut aku yang besar, aku peluk perut aku.

Taehyung cuba sentuh tapi aku jauhkan.

"Wae? Aku tak boleh sentuh isteri sendiri dah ke?"

"Aniya, tapi baby tak gerak pun."

Dia tolak rambut kebelakang dan memandu macam biasa.

Masa saya harapkan awak pegang dia, awak tak nak. Bila saya dah tak nak, baru awak nak sentuh dia. Saya minta maaf tapi saya dah tak sanggup awak hina anak saya.

"Daehyung penah sentuh anak dia?"

"Apa awak ni!?" Aku tinggikan sikit suara aku.

"Aku tanya ja."

"Parking cepat, saya dah lambat."

Lepas dapat park kereta aku terus meninggalkan Taehyung, buat sakit hati ja. Baik tak payah teman.

"Myeong Aeri."

Aku masuk ke bilik untuk di periksa selepas nama ku dipanggil.

"Hari ni dah boleh check jantina baby, puan nak tahu ke tak? Ada sesetengah pasangan nak tahu, ada juga yang tak nak sebab nak buat surprise." Jelas doktor wanita pertengahan abad kepada aku sambil memeriksa kandungan.

"Baby sihat ja tengok tu dia gerak-gerak. Jadi  macam mana puan? Nak tahu ke tak nak?" Sambung doktor itu lagi.

"Saya tak..."

"Mestilah nak doktor!" 

Aku terkejut bila dengar suara Taehyung.

"Oh ni suami Aeri ya, pertama kali nampak, kacak."

"Ya saya suami dia. Sayang, kita check jantina baby okay." Taehyung usap rambut aku.

tbc

[C]Sad Ending | KTHWhere stories live. Discover now