26|Gone

337 36 9
                                        

Taehyung mundar-mandir di hadapan wad kecemasan isterinya. Jam sudah menunjukkan pukul 2:37 pagi.

"Taehyung duduk la dulu, eomma pasti Aeri dan baby baik ja kat dalam tu." Kata wanita separuh abad yang merangkap ibu kepada Taehyung.

"Duduk Tae, sekarang cerita apa yang jadi sebenarnya. Dari tadi kamu diam saja." Kata appa Taehyung tegas.

"Aeri... Ae.. Aeri jatuh.. dia jatuh tangga." Kata Taehyung sambil mengigit hujung jari runcingnya.

"Kenapa sampai jatuh tangga!? Kamu buat apa?" Eomma Taehyung sudah berdiri di depan anak lelakinya.

"Taehyung cakap!? Kenapa diam!?" Appanya pula menapak kearahnya.

"Tae... Tae tak sengaja ter..."

Belum sempat Taehyung menghabiskan kata-katanya, pintu wad sudah terbuka dan seorang doktor perempuan yang bername tagkan Song Hye Kyo keluar mendekati mereka.

"Keluarga Myeong Aeri?" Soalnya.

"Saya suami dia."

"Puan Aeri dan melepasi keadaan kritikal dan boleh dipindahkan ke wad biasa. Tapi saya minta maaf encik, anak encik tak dapat diselamatkan. Gegaran kuat berlaku sehingga kandungan jatuh dan puan Aeri mengalami pendarahan yang teruk." Terang doktor perempuan itu.

Eomma Taehyung sudah hampir terkulai dipegang erat oleh suaminya. Taehyung pula sudah melutut sambil tertunduk memandang memandang lantai.

"Eomma! Appa!"

Ketiga-tiga mereka memandang kearah suara yang memanggil.

"Daehyung, Daehyung anak eomma." Wanita itu memeluk anak lelakinya yang berpakaian segak dan kemas. Akhirnya, dapat juga si ibu melepaskan rindu pada anaknya.

"Nae eomma Daehyung dah balik, Daehyung minta ampun atas semua salah Daehyung eomma. Appa Dae minta maaf, Dae dah berubah."

Lelaki yang bergelar appa itu mengangguk sambil menepuk bahu anak lelakinya.

"Aeri macam mana? Daehyung nak jumpa dia, Daehyung banyak salah dengan dia." Daehyung pandang eomma dan appanya.

"Kau siapa nak jumpa isteri aku?" Taehyung berdiri di hadapan Daehyung dengan muka kusut.

"Aku lebih layak jaga dia, kalau dia dengan aku dia tak kan masuk icu sampai macam ni." Daehyung tolak bahu Taehyung sehingga terdorong ke belakang.

"Kau memang tak gunakan!" Taehyung cuba nak tumbuk Daehyung tapi dihalang oleh appa mereka.

"Taehyung jaga perangai, isteri kamu kat dalam tengah bertarung nyawa. Dan... cucu eomma, anak kamu dah tak da. Kamu tak sedih ke?" Kata wanita itu.

"Aeri gugur?" Soal Daehyung.

"Ya dia gugur, kenapa? Kau sedih? Ke kau gembira?" Soal Taehyung pula.

"Dah jangan bertengkar!" Lelaki separuh abad itu pula bersuara. Naik sakit kepala memikirkan anak-anak dan menantu mereka. Punca semua ini berlaku pun mereka belum tahu.

"Appa bawa eomma balik dulu, biar Dae duduk sini."

"Kau tak payah sibuk."

"Aku ada benda nak cakap dengan kau hyung. Appa dan eomma balik dulu ya."

Selepas kedua orang tua mereka berangkat pulang Taehyung telah menguruskan pemindahan wad isterinya dan Daehyung menguruskan jenazah baby.

"Hyung, kau happy lah sekarang kan?"

"Kalau kau nak gaduh baik kau balik sebelum aku tumbuk muka kau."

"Kau ingat aku tak tahu ke hyung, selama ni kau siksa Aeri. Kau curang dengan dia, kau tak balik rumah. Kau hina dia sampai dia sakit, kau tak perduli langsung pasal dia. Kau ingat aku tak tahu?" Kata Daehyung berani.

"Dia bagi tahu kau?" Soal Taehyung yang sudah naik berang.

"Kau lelaki paling bodoh yang aku kenal, selama ni semua orang sanjung kau sampai kau lupa diri. Now tengok diri kau, lagi teruk dari aku. Kalau kau tak sayang dia, aku boleh jaga dia. Aku dah janji dengan dia yang aku akan jaga dia bila aku balik Korea, and sekarang aku dah balik."

"Kau hebat sangat la sekarang ni?" Taehyung genggam penumbuknya, ingin saja dia layangkan tapi belum waktunya.

"Ada isteri bak bidadari tapi kau pijak dia. Kau huru harakan hidup dia. Kau buat dia tersiksa setia dengan kau. Kau jangan lupa ya hyung yang Myeong Aeri, isteri kau tu sebatang kara. Kau tak fikir ke di mana dia luahkan rasa sakit yang dia pendam. Dengan aku? Memang tak la, sebelah mata pun dia tak pandang aku. Kau bodoh. Kau ingat dia akan maafkan kau ke. Kau cuba bunuh jiwa dan raga dia dan kau pembunuh, kau bunuh anak sendiri."

Taehyung terdiam dan tergamam. Daehyung pula berjalan pergi meninggalkan Taehyung yang sudah terduduk dilantai.

"Aku akan kotakan janji aku Aeri." Bisik Daehyung perlahan.

Tbc

Ada team Daehyung tak??😂

Start from esok maybe aku update lambat or pendek sebab harini last cuti . So bersabarlahh. Aku dah malas nak belajar tapi kena belajar juga. I just wanna be free all the time. 😭

Btw enjoy💜

[C]Sad Ending | KTHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang