28| Home

290 35 13
                                        

"Sayang dah siap?" Taehyung pandang isterinya yang sudah siap menukar baju untuk pulang ke kediaman mereka.

Aeri hanya mengangguk dan berdiam diri. Sejak mengetahui bahawa dia telah keguguran, Aeri lebih banyak diam tidak bercakap. Makan pun perlu di paksa, dia juga banyak mengelamun.

"Jom balik rumah kita." Taehyung bantu isterinya untuk duduk diatas kerusi roda lalu mengambil beg baju dan bertolak keluar dari wad.

Bayaran bil dan ubat-ubatan telah diselesaikan terlebih dahulu semasa isterinya berkemas.

"Sayang nak apa-apa tak? Saya belikan." Soal Taehyung sambil menolak kerusi roda isterinya. Aeri hanya geleng, wajahnya pucat lesu bagaikan jasad yang tak bernyawa.

"Cakap ja saya belikan." Kata Taehyung lagi, dia cuba membuat isterinya berbual dan mengeluarkan suara, jujut dia rindu.

"Saya nak anak saya balik." Kata Aeri buatkan Taehyung terdiam.

"Nanti bila sayang dah sihat, kita usaha lagi ya. Saya janji." Taehyung kembali menolak kerusi roda.

                                       +++

"Ala comelnya anak eomma, nak minum susu ye?"

Taehyung keluar dari bilik tidur setelah selesai membersihkan diri terdengar suara seseorang bercakap.

"Sayang? Eodiya?" Dia mencari kelibat isterinya sehinggalah sampai di hadapan pintu bilik anak mereka.

"Jangan nangis sayang eomma ada ni. Alolo sayang eomma."

Cepat-cepat Taehyung buka pintu bilik dan menerpa masuk kedalam, risau dia dibuatnya.

"Sayang buat apa ni?" Soal Taehyung sambil memerhati isterinya yang sedang menggendong anak patung yang dibalut dengan kain baby.

"Anak saya nangis nak susu."

"Sayang jangan macam ni." Taehyung cuba mendekati isterinya.

"Tolong jangan marah, anak saya lapar je. Saya janji lepasni dia tak bising lagi." Aeri tepuk-tepuk anak patung itu perlahan, bagaikan menidurkan anak kecil.

"Tak saya tak marah, saya tak akan marah awak. Saya sayang awak." Taehyung pegang bahu isterinya.

"Awak sayang saya?"

"Nae saranghae."

"Nado." Aeri letak kepalanya didada Taehyung perlahan sambil Taehyung mengusap-usap kepala Aeri.

"Awak nak tengok baby, comelkan? Muka dia macam awak. Mesti dah besar nanti kacak macam awak, macam appa dia."

Taehyung cium kepala isterinya sambil mengalirkan air mata. Dia buntu, dia tak tahu apa perlu dia buat. 

Kalau dia bagitahu isterinya hal sebenar sekarang mungkin isterinya akan mengamuk, mengurung diri dan membencinya. Jadi, dia buat keputusan untuk melayankan saja isterinya sekarang.

"Apa nama anak kita?" Soal Taehyung.

"Kim Tae won." Sebut Aeri satu persatu.

"Sedapnya nama anak kita."

"Awak suka?"

"Suka sangat sebab sayang yang namakan anak kita."

"Saya sayang awak, awak jangan marah saya lagi ya." Aeri pandang suaminya.

"Tak akan sekali pun saya marah awak lagi, saya cinta awak sepenuh hati saya. Awak isteri yang paling sempurna saya ada." Taehyung cium bibir isterinya lembut.

Tbc

Miss Daehyung tak? Kenapa aku inlove dengan Daehyung ni haishhh hahahah 😂

[C]Sad Ending | KTHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang