2|The Day

376 39 4
                                        

Kadang-kadang apa yang kita nampak dengan mata sendiri tidak seperti yang kita fikirkan, kerana itu lah wujudnya bertanya dan mendengar. Tetapi jika hanya bertanya dan mendengar tiada guna juga tanpa sebuah kepercayaan.

"Sayang, you kat mana? Nak saya pergi ambil awak tak ni?" Soal Taehyung melalui panggilan telephone.

"Tak payah la, saya kejap ja ni. Awak balik dulu, rehat." Balas aku sambil melintas jalan di tengah bandar raya Itaewon. Walaupun hari sudah gelap, semakin ramai orang keluar untuk melepak, date dan macam-macam lagi.

"Betul ni, tak menyesal?" Soalnya. Aku hanya balas dengan meng 'hmm' kan saja sambil mengangguk kepala.

"Kalau macam tu hati-hati tau, ada apa masalah call saya terus ya. Jangan shopping banyak sangat eh sayang." Kata kata Taehyung buatkan aku tergelak sedikit.

"Mana ada beli banyak pun sayang, saya beli minyak wangi baru ja." Balas aku, sebenarnya aku keluar nak beli hadiah anniversarry untuk Taehyung. Esok genap dua tahun perkahwinan kami, jadi aku nak buat kejutan untuk dia.

"Saya dah nak drive ni." Kata Taehyung.

"Drive elok-elok sayang." Balas aku lalu mematikan panggilan.

Beg beg kertas yang mengandungi barangan yang aku beli, aku jinjit dengan berhati-hati sambil tersenyum riang. Mesti 'dia' gembira, aku tak sabar nak balik jumpa dia. Aku terus berjalan dan berjalan sehinggalah ternampak satu susuk tubuh yang paling aku kenali.

"Daehyung? Daehyung ke tu?" Aku mengikuti lelaki itu, sehinggalah dia masuk ke kawasan hotel. Ini mesti berparty lah lepas tu mabuk sampai tak balik rumah, kalau balik pun mesti habis la dengan appa Kim.

Aku masih mengikutinya, kalau di biarkan nanti menjadi jadi perangai dia. Kim Daehyung ni adik kembar Taehyung, mereka kembar seiras jadi semua hampir sama tapi yang membezakan ialah perangai diorang.

Taehyung lebih matang, beradab, menghormati orang lain dan bertanggungjawab. Berbeza dengan Daehyung yang kurang ajar, playboy, tak da tanggungjawab dan keras kepala.

"Daehyung!" Jerit aku sedikit bila Daehyung ingin masuk ke satu bilik.

"Wow kakak ipar kesayangan, kau stalk aku ke? Kau dah call suami kau bagi tahu dia aku kat sini? Jadi senang la appa nak cari aku." Kata dia sambil menyedut sebatang rokok yang menyala.

"Saya ada dekat sini sebab nak awak tahu yang eomma rindu awak, dia nak awak balik."

"Lepastu senang la laki dia pukul aku then banding-bandingkan aku dengan laki kau! Macam tu Aeri!" Jerit Daehyung buat aku sedikit takut.

"Awak dah mabuk ni jom kita balik, saya call Taehyung okay. Kalau tak nak balik rumah appa, kita balik rumah saya dan Taehyung dulu ya." Kata aku ingin memujuk.

"Kau tau tak aku tak suka laki kau, apa yang dia buat semua baik. Aku ja yang jahat sekarang ni, kau nak tengok aku jahat tak?" Soal Daehyung sambil tersenyum senget.

Aku pandang dia pelik sambil berundur ke belakang perlahan. Hati aku dapat rasakan satu aura yang tak elok. Daehyung mabuk, aku takut dia ada niat jahat ataupun bertindak luar kawalan.

"Kau nak kemana? Kau yang datang kat aku, sekarang kau nak lari pula." Dia semakin laju menghampiri aku.

"Aku rasa aku nak buktikan dekat eomma dan appa yang aku pun boleh dapat apa yang Taehyung dapat." Kata Daehyung lepas tu dia pegang aku kuat.

"Lepas Daehyung! Lepaskan saya, ini salah Daehyung." Aku jerit sambil meronta-ronta minta dilepaskan .

Daehyung menarik aku masuk ke dalam bilik hotelnya dan mencampak aku di katil bercadar putih. Barangan yang aku beli berselerak aku abaikan, aku takut. Taehyung tolong saya! Handbeg aku juga sudah tidak tahu kemana.

"Kau tengok sini Aeri, aku pun boleh dapatkan perempuan macam kau. Aku boleh ada apa yang Taehyung ada." Daehyung mula memeluk aku dan meraba-raba tubuh aku.

"Tolong! Tolong! Tolong saya Taehyung! ummm." Mulut aku ditutup dengan tangan besarnya tapi aku masih lagi berusaha melepaskan diri dengan meronta-ronta.

"Taehyung tak akan ada untuk kau, tapi aku ada untuk kau malam ni." Daehyung mula menarik pakaian aku. Hati ini hanya mampu berdoa pada tuhan agar selamatkan aku.

"Myeong Aeri! APA KAU BUAT SEBENARNYA NI!" Jerit Taehyung, aku pasti itu Taehyung.

Tiba-tiba tubuh Daehyung yang berada diatas aku jatuh dari katil akibat di tumbuk oleh Taehyung. Cepat-cepat aku tarik kembali pakaian aku dan berlari mendapatkan Taehyung.

"Sayang saya takut." Aku peluk tubuh Taehyung sambil menangis.

"KAU BUAT APA DEKAT ISTERI AKU NI DAEHYUNG!? DIA ISTERI AKU, KAKAK IPAR KAU. APA KAU NAK SEBENARNYA?!" Jerkah Taehyung kuat lalu dia lepaskan pelukan aku dan menghampiri Daehyung.

Satu lagi tumbukan dilayangkan membuatkan Daehyung kembali jatuh ke lantai. Aku yang dibelakang cepat-cepat capai beg tangan dan ingin beredar bersama Taehyung. Aku sangat takut dengan kejadian aku hampir dirogol oleh Daehyung dan ditambahkan lagi dengan Taehyung yang tengah mengamuk sekarang ni.

"Kau patutnya tanya bini kau kenapa dia datang cari aku malam ni." Kata Daehyung sambil tersenyum sinis.

"Bini kau tak puas dengan kau la.." Belum sempat Daehyung menghabiskan kata-katanya, sekali lagi Taehyung menumbuk wajahnya membuatkan dia hampir terjatuh.

"Aku belum selesai lagi dengan kau!" Jerit Taehyung lalu dia menghampiri aku dan membisikan sesuatu.

"Patut tak nak aku datang, rupanya nak mengawan dengan jantan tu." Itulah yang Taehyung bisikkan membuatkan air mata aku semakin laju mengalir lalu dia tarik aku keluar dari hotel tu.

Air mata aku masih belum berhenti walaupun kami sudah di dalam kereta. Taehyung diam saja tapi jelas muka dia sangat la ketat. Ini pertama kali aku nampak dia bergini.

"Sayang, saya tahu ini salah saya. Saya tak sepatutnya ikut Daehyung sampai jadi macam ni." Kata aku sambil teresak esak menangis. Taehyung hanya diam.

"Saya patutnya dengar cakap awa.." Kata kata aku terhenti bila Taehyung membuka mulut.

"Kau boleh diam tak?! Aku nak bawa kereta ni. Ke kau nak sambung mengawan dekat sini dengan aku pula?!" Air mata aku makin laju mengalir, dia tak percayakan aku ke?

"Taehyung, apa yang Daehyung cakap tu semua tipu. Saya tak penah terfikir langsung nak berlaku curang keatas awak sayang." Aku cuba memengang tangan dia tapi dia tepis dan berhentikan kereta di bahu jalan.

"Aku suruh kau diam kan?! DAN JANGAN PANGGIL AKU SAYANG! Aku jijik dengan kau. Oh kau nak sambung mengawan dengan aku pula ke?" Kata Taehyung lepastu dia dekat kan tubuh dia dengan aku.

"ARRRR! Tolong saya tak nak!" Jerit aku sambil menangis, aku takut, aku trauma. Walaupun Taehyung suami aku tapi rupa mereka sama, aku masih tak boleh lupa kejadian tadi. Taehyung berundur ke tempat duduk dia kembali dengan muka ketat.

"Taehyung saya... sayang saya minta maa.."

"DIAM!" Jerkah Taehyung sambil mengetuk stereng kuat dengan tangan dia.

Dari sini lah mulanya kehidupan kami yang baharu dan berbeza. Di malam perkahwinan kami yang ke dua tahun sepatutnya aku bersamanya dan dipenuhi dengan senyuman gelak tawa dan cinta berubah sepenuhnya.

Dia juga bukan lagi Kim Taehyung yang ceria seperti dulu tapi Kim Taehyung yang beku, kasar dan menyakitkan hati dengan kata katanya berbeza dengan yang dulu. Tapi semua ini terjadi kerana aku, semua ini salah aku.

tbc

Actually aku nk publish dua part hari ni tapi words hilang. Wattpad ni haishhh. Baca la yg ni dulu 😂. Enjoy!💜

[C]Sad Ending | KTHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang