Taehyung dah betul-betul berubah. Hari ni dah genap 7 bulan aku mengandung.
Selama 7 bulan ni aku buat semua sendiri. Check up baby, makan, keluar, sakit pun sendiri jaga diri.
Eomma Taehyung ada juga kadang-kadang datang jenguk aku dan baby.
Daehyung dah hilang entah kemana. Eomma cakap dia pergi London, pindah sana untuk uruskan syarikat sendiri. Tapi kami semua tak tahu betul ke tidak.
Hari terakhir dia dekat sini, dia ada datang jumpa aku. Dia cakap dia minta maaf dan dia janji dia akan pulihkan hidup aku dan anak aku balik.
Aku tak faham apa yang dia maksudkan. Tapi aku harap dia betul-betul berubah.
Taehyung pula lebih kerap berjumpa dengan yeoja-yeojachingunya.
Balik lewat malam, kadang-kadang tak balik langsung.
Dan selalu balik dalam keadaan mabuk. Dulu, dia tak pernah mabuk seteruk sekarang.
Layanan dia terhadap aku pun semakin teruk. Dia selalu memukul dan mendera fizikal dan mental aku.
Eomma dan appa Taehyung perasan hubungan kami dah lain, tapi diorang tak tahu apa yang berlaku. Kami cuba rahsiakan semua ni.
Bukan hanya Taehyung yang berubah, tapi aku juga.
Aku rasa pengorbanan aku untuk kembalikan hubungan kami hanya sia-sia.
Dulu meja makan penuh dengan hidangan yang aku masak, tapi sekarang tidak lagi. Aku hanya masak sedikit, itupun yang aku teringin nak makan.
Aku pun dah kurang bertegur sapa dengan dia, walaupun dalam hati ni aku sangat rindukan dia.
Terkadang aku juga tertanya, dia tak rindukan aku?
Kami masih lagi sekatil dan sebilik tapi semuanya terasa kosong sahaja.
Aktiviti harian dia hanyalah pergi kerja, balik rumah kejap kemudian keluar kembali dan aku tak pasti dia pulang atau tak.
Aku dah tak tunggu kepulangan dia di ruang tamu macam dulu.
Jujurnya aku nak sangat buat macam tu, tapi aku takut. Setiap kali dia pulang mesti mabuk dan dia tak terkawal.
Entahlah,
Hidup aku betul-betul dah berubah. Aku pernah terfikir untuk minta cerai tapi aku sayang dia. Aku tak boleh hidup kalau takda dia depan mata aku.
Lain pula dia, dia sekali pun tak pernah sebut pasal cerai. Aku tak tahu kenapa. Mungkin dia belum puas sakitkan aku.
Bilik baby pun aku sendiri yang siapkan, barang-barang baby semua aku beli sendiri walaupun itu semua duit Taehyung.
Dia betul-betul tak kesah. Dia betul-betul percaya yang ini anak Daehyung.
Tak apa sayang, eomma janji nanti bila kamu dah lahir, eomma akan bawa kamu ke tempat yang lebih bahagia. Kita tinggalkan semua sengsara ni. Eomma tak nak kamu sakit. Maafkan
Maafkan saya suamiku, saya cintakan awak dengan sepenuh hati saya. Tapi awak yang nafikan.
Tbc
ANDA SEDANG MEMBACA
[C]Sad Ending | KTH
Short Story[WARNING EMOTIONAL] Disebabkan satu kesilapan dia tinggalkan aku buat selamanya.
![[C]Sad Ending | KTH](https://img.wattpad.com/cover/239111056-64-k777286.jpg)