23| Jeju 1

301 34 4
                                        

Aku berdiri di hadapan balkoni sambil menikmati udara laut yang sangat nyaman ditambah pula dengan permandangan laut yang cantik.

Ya aku ikut bercuti bersama Taehyung di Jeju. Memang pada mulanya aku enggan tapi lepas tengok dia merayu-rayu dan masa tu dia demam aku jadi tak sampai hati pula.

"Sayang~"

"Hmm."

"Jom jalan-jalan kat bawah." Dia datang dan peluk pinggang aku sambil usap perut aku yang membuncit.

"Saya penat." Aku cuba lari dari pelukan dia tapi tak berjaya.

"Alaa, kalau macam tu sayang kena belanja something dulu."

"Tak nak saya penat." Aku pusing menghadap dia agar pelukan dapat dilepaskan. Tapi aku silap, dia tetap memeluk aku dan bibir dia betul-betul ada di depan mata aku.

Cup~

"Ishh apa awak ni!" Aku tolak dada dia.

"Baru cium dahi dah marah, baru nak minta yang tu." Taehyung muncungkan bibir sambil tunjuk bibir aku.

"Gatal."

"Gatal dengan isteri tak apa."

"Tapi awak gatal dengan semua perempuan." Aku tolak dia dan duduk di birai katil.

"Mana ada." Dia melutut di depan aku.

"Ada."

"Jom turun."

"Syireo."

"Kalau kau sakit pinggang or tak larat jalan, aku dukung. Jom laa." Dia pegang tangan aku sambil pandang muka aku, nak pujuk la tu.

"Tak nak."

"Eomma cakap perempuan mengandung kena banyak berjalan baru senang bersalin."

"Hmm."

"Jom la teman aku, aku nak luangkan masa aku dengan isteri dan anak aku. Jebal~" Dia letak kepala diatas riba aku sambil pegang tangan aku.

Aku mengeluh perlahan dan berdiri.

"Jom."

"Jom! Kajja kita jalan- jalan ya anak appa."  Dia sentuh perut aku. Aku hanya pandang dia kosong.
  
                                       +++

"Jauh la sikit saya rimas la, panas." Aku tolak badan Taehyung yang sibuk nak peluk aku. Bantal aku letak ditengah antara aku dan dia. Nak tidur pun susah.

"Nak peluk pun marah." Dia buang bantal yang aku letak dan kembali memeluk aku.

"Ish sana la, ni ambil semua selimut ni. Dah pergi jauh sana." Aku tolak selimut kearah dia, nak tidur ke nak menggatal dia ni.

"Selimut nanti masuk angin." Dia bangun dan selimut aku kembali. Dia tarik batal tidur aku yang hampir terjatuh sebab aku jauhkan diri dari dia.

"Tidur elok-elok, bantal ni letak dekat sini dekat pinggang. Nanti sakit susah pula." Lepas siap dia baring sambil memandang aku.

"Kalau saya sakit bukan susahkan awak pun." Aku tak nak kalah.

"Tahu mana tak susahkan aku?"

"Bukan awak kesah pun."

"Aku kesah, aku risau. Now tidur sebelum aku ngap kau yang sexy ni." Dia buat muka gatal lalu cuit hidung aku.

"Byuntae!" Aku tampar bahu dia dan pusing membelakangkan dia.

"Meow meow." Dia peluk aku erat.

"Tak nak gatal, kucing gatal." Aku tergelak dengan perkataan sendiri.

"Kucing gatal ye, meow meow meowwwwww. Appa kucing datang ni eomma kucing."

"Hahahha."

"Hahahh meow, bunyi la kucing."

"Tak nak nanti anak saya jadi kucing."

"Anak kita."

"Anak saya." Aku berhenti dari ketawa dan tidur membelakangkan dia.

"Maafkan aku."

Tbc

Taehyung betul-betul berubah ke korang rasa? Sila jelaskan ( 5 mark ) 😂💜

[C]Sad Ending | KTHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang